bismillah Pictures, Images and Photos
30 Ogos 2009

Sesat dalam Pandan : Edisi Macam2

Meow2.. uwaa tolong2.. naper xda sapa dengar aku mengiaw-ngiauw.. tolong2.. da bape lama la agaknya aku kat sini.. sampai bila aku nak jadi macam ni? aku xnak mati kekeringan kat sini! punya la lama aku mengiauw, no respons!! letih. meow2..

Hmm rehat la pulak. penat aku mengiauw..

Aku dengar ada macam bunyik manusia kat luar tu. entah ape yang dikatakan, entah ape yang dilakukan.. ye, aku kini dalam tumbuhan2 yg bernama pandan. pandan2 ni banyak akar. aku tak jumpa jalan keluar setelah aku sesat dalam ni. bayangkan pandan ni tumbuh banyak sangat. pastu, besar sangat. kemudian, banyak sangat akarnya, tebal2 sangat akarnya. aku pun tak tahu cam mana aku tercampak dalam belukar pandan ini. meow2.. xjumpa jalan keluar. meow2..


The leg of a Hamas policeman is seen between the rubbles following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008

Allahu akbar!!
Allahu akbar!!

Aha, azan dah. aku pun tak tahu nak berbuka dgn ape. bukan ada makanan dalam semak2 pandan ni. tiba2, aku dengar derapan tapak kaki menghampiri aku. aku meow2 lg. derapan itu makin hampir. mungkinkah ada manusia yang sudi keluarkan aku daripada pandan ni?? tapi aku xsure. mungkin pihak musuh. sememangnya aku sgt mentah. badanku makin kurus sebab xmakan beberapa lama ntah. aku xpasti.

Suara manusia! aku pun tak faham ape yang diperkatakan sebab terlalu takut. suara kanak2 dan wanita. mungkin. aku diam.

Aku diam lagi. aku takut. mungkin musuh? atau sirna harapan yg mampu bawak aku keluar dari sini. tiba2, dari atas aku lihat, daun2 pandan bergoyang. seakan bunyi orang mematahkan akar2 pandan. aku lagi la takut. diam. derapan itu makin jauh. jauh dan jauh. mungkin makhluk itu pun nak berbuka puasa. derapan berlalu. meow2.. meow2..

Penat ni. dalam beberapa minit kemudian, kedengaran bunyik kucing lain bising2. 'makanan, makanan..' fahamlah aku, mungkin ada manusia yang beri kucing2 tu makanan. rupanya ada kucing lain di sekitar aku ni. tapi xde sekor pun yg sudi tolong aku. meow2.. teruja aku. kalau aku kat rumah tuan aku, dah lama aku makan kenyang2. meow2.. (nak jugak, nak jugak)

Aku hidu bau ikan yang digaul dgn nasik. aku dah masak sgt dgn bau itu. tapi bau itu disertai bunyi2 derapan. aku dengar ada suara orang memanggil kucing makan. mungkin aku la kucing yang dia cari. oh.. dia nak bawa aku keluarkah?? aku diam.

Aaahhh! kayu dari atas melibas-libas daun pandan yang tebal ni! gelap2! aaaaaa.. aha! jalan keluar! cabuttttttt..

I will survive. i will survive. meow2.. meow2.. (aku terlepas juga akhirnya..)


I will survive.. Xkan kubiar ramadhan begitu saja..

Inilah ramadhan aku yg aku tak kan lupa.. meow2.. tima kasih manusia, aku kini bebas. merdeka! merdeka drpd pandan2 tu.. meow2.. (balik2..)
_______________________________________________________________

Watak utama : kucing sesat
Watak sampingan : manusia, kucing
Latar tempat : tempat pembiakan daun pandan
Latar masa : maghrib

Kisah ini tak ada kena mengena hidup dengan yang mati. sekian..


Kad drpd ukhtie MP.. ;)

Kita masih ada di bulan yang mulia ni!! Jangan lepaskan peluang!! Rebut2!! Macam rebut kat shoping mall.. ;)

Emoticons
meow2.. (klik ler saye..)
21 Ogos 2009

Ahlan Ramadhan!


Kad ramadhan daripada kak khairunnisa.
istimewa hanya di bulan ni ja, hu2.. jazakallah ya ukhtie!
Bismillah..

pejam celik pejam celik, tup2 da sampai ke bulan ramadhan.

Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang panjang untuk mengaut keuntungan du bulan yang penuh berkat ini!

Alhamdulillah, sempat mengadakan jamuan sederhana bersama kawan2! bila2 boleh jamu orang makan lagi.

Alhamdulillah exam sudah tamat tapi masih ada lagi untuk yg akan datang. bulan ramadhan ni akan dipenuhkan dengan hal2 bermanfaat! InsyaAllah..



Dikesempatan ni, sy menghulurkan sepuluh jari agar semua kenalan maakan sy dr hujung rambut ke planet pluto. hu2~ drpd yg xdisengajakan hingga yg diperasankan. smg ramadhan kali ni dapat menjadikan kita hamba yg benar2 bertaqwa kpd Allah..

SELAMAT! RAMADHAN KAREEM!




15 Ogos 2009

Ibu Misali, Bacalah Demi Menjentik Hatimu

IBU MISALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun. Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas. Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.

'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan. Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam. Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.


"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.


"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota
mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta.Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah oranglain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukanpetugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahutak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahusaya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana sayatidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap-harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya."Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.

"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"


"Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

"Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya."

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala- galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah...."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis. Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

"Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik."

"Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa."

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah, "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. Gadis itu menyambung bicaranya.

"Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,
di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah."

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku. Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaianyang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.




***************************************************************************
Subhanallah, tabah menjaga anak2 yg kurang upaya, bersyukur dgn kurniaan Allah, hebat. Besar sgt dah ganjarannya nnt. InshaAllah..

14 Ogos 2009

8 jam 45 minit baki

8 jam 45 minit yg tinggal sebelum hadapi peperiksaan tarikh adab yg belum siap sedia sepenuhnya. najah sokmo.


perhatian ya, ramadhan mampir. agak2 la dalam stp perkara.

itupun kalau masih ada umur yg panjang, sempatla amik exam dan sambut ramadhan. =)
10 Ogos 2009

SETIAkawan

bismillah..

to all my pren.

sungguh sy menginginkan kawan yang setia. 'kamu jadila kawan yang setia supaya kamu dapat kawan yang setia'. berulang ayat, kata kebanyakan orang. semangat setiakawan xsemestinya utk kawan. bahkan sesiapa yang kita kenal. sesiapa yg kita aggap kawan. yg kita ajak berbual, sembang, teman. bagi sy la, kan.Smileys



beginila yg kita mesti laksanakan.


kawan yg setia pasti tidak akan menceritakan aib kawannya kpd orang lain.

kawan yg setia pandai menyimpan rahsia kawannya.Smileys

kawan yg setia xakan berpaling tadah.

kawan yg setia akan sedia membantu walaupun susah senang.

kawan yg setia akan berpesan/ menasihati kawannya drpd terus lalai dengan dunia.

kawan yg setia pastila selalu mengambil berat hal kawannya, menyenangkan/ mententeramkan hati kawannya. Smileys

kawan yg setia pasti takut jika kawannya terjebak dlm kemaksiatan.

kawan yg setia mendoakan kawannya agar berjaya.

kawan yg setia percaya pada kawannya.

kawan yg setia banyak bersabar dengan kawannya.Smileys

dan macam2 sifat mahmudah kawan yg bole je kita contohi, kisah Baginda Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, Saidina Abu bakar As Sidiq


Kami kawan~ (hmm?)

paling koman pun, mesti kita nakkan seseorang yang bole kongsi masalah kita. ahli kongsi gelap pun ramai kawan yg mereka percaya hinggakan kegiatan mereka tak diketahui polis. budak ponteng kelas pun ada kawan yang dipercayai supaya rancangan ponteng kelas tak terkantoi. andai kita tak ada pun sifat2 di atas, ade sikit2 ja mungkin, tapi cuba muhasabah diri balik.Smileys



bermaafanlah selalu, jgn segan utk bermaafan. persediaan kalau2 ajal sampai dah, kan. siapa tahu.

cuba rasa rahsia anda dibocorkan oleh kawan sendiri. malu, geram. pekung kita kawan sebarkan. mesti terasa dikhianati, kan. atau masa senang bole la duduk sama2, masa susah hilang entah ke mana. sedih. perasaan dipermainkan. cuba rasa lagi kalau tak da sape kisah kita buat ape pun, pandai2 la hidup. tak da sapa nak mendorong. Smileyshidup orang tak amik tahu, mati pun, xde sape kisah.

kalo kawan kita tu curang? sabarla. yg penting kita da laksanakan tugasan kita sebagai kawan. Allah yg nilai.

kalau dipendekkan, marila kita jadi kawan yang setia. jangan segan utk jd budak baik (skema?). peduli kata org. sebab kita menuju ke arah kebaikan! smg perkongsian ini dapat membuka mata2 mereka yg merasa kawan itu tak penting, dan jg kpd yg ingin menjadi kawan yg baik. sy nak jadi setiakawan.Smileys


ucapan penaja utk semua kenalan2ku. kpd mereka yg sy invite dari yahoo mssgr. daripada yg ada pertalian darah sampai la xde. hu2.. kakak2, adik2, kawan2. smg aku dapat jadi kawan, teman, sahabat, rakan dll yang SETIA. tiada kamu, bagaimanalah diriku ini. kehadiranmu setidak-tidaknya dapat mewarnai hidup ini.

*jangan suka mencarut, @ membiasakan diri dengan perkataan kotor.
Justify Full
03 Ogos 2009

virus ini memberi pengajaran apa ya?

Abtadiul kalami wal hadisi..
Bismillah..



semoga kabar baik2 kepada semua pembaca.

pagi ni jalan cam besa. berbaki sehari sebelum ummi habis cuti sempena kolej tempat beliau kerja kena tutup utk tempoh seminggu disebabkan virus bahaya bernama H1N1. bersiaplah aku ke maahad. heboh2 jgk pasal kejadian himpunan yg dikatakan haram pada 1 ogos kemarin. semburan pemedih mata, mandi free, kena singgah balai, kerugian peniaga. bla3.. dll.

sampai maahad~ kawan aku da turun dari bas. aku tunggu, jalan sama2 dengan kengkawan ke kelas. masih hangat lagi topik H1N1. seorang kawan berkata:

"mak ite kata H1N1 ni (mungkin) nak suh orang pakai purdah dan hapuskan babi."

a ah ek (gaya melaka), ye tak ye jgk. kufikir, mungkin zaman kebangkitan Islam nanti, ramai yang berniqob, babi2 pun dah habis. termasuk le babi2 yg betimbun kat melaka ni. sebelum ni aku ada baca kat satu blog pasal orang yang berpurdah/ berniqob beruntung sebab da awal2 buat persedian. xpayah la lagi pakai mask.

hari isnin, hari orang mula kerja dan bersekolah. aku menjadi pengerusi majlis dalam perhimpunan pagi tadi.

"tanpa membuang masa saya menjemput guru yang bertugas pada minggu ini utk menyampaikan ucapan, tafadhal."

dalam ucapan beliau, harapan penuntut2 xda la masalah/ hal selama beliau bertugas. beliau mengingatkan semua agar menjaga kesihatan. apatah lg baru2 (lama da) ni virus H1N1 sampai melaka sehingga mengakibatkan kematian. aku berlindung pada Allah. hakikatnya, penyakit lebih bahaya ialah N1R1. kuwang3. dah nama pun pengerusi majlis, maka sekalian hadirin aku dapat perhatikan. sorang penuntut siap memakai mask. kufikir, bagus budak ni amik langkah berjaga-jaga. hmm.

usai perhimpunan, kudekati budak tadi. sudah ada yang menerjah budak ni dengan mcm2 soalan. pelik, semua orang xpakai, dia surang pakai. mmg bagus.

kesimpulannya, jaga2lah diri anda. mencegah tu memang la teramat baik daripada merawat. an?

Jantung sihat Pictures, Images and Photos

*sempat sembang xkosong dengan sahabat, agak2 kalu nak hapuskan babi, rasa kesian pun ada. nanti generasi akan datang langsung xsempat jumpa babi. kenal babi dalam buku dan kamus2 haiwan jer. mungkin para saintis dan pakar akan suntik babi ni supaya xmembiak dengan banyak. hadkan pembiakan babi. sekor babi betina beranak sekor. ok? (najis mughalazhah: babi dan anjing)

*100% caya mesia arus perdana? muak aku dengar semalam. utusan meloya lar kata orang.. Photobucket

wahai semua. mulalah aku bertungkus lumus. exam mampir. najah inshaAllah..

02 Ogos 2009

jalan penyelesaian


carilah penyelesaian masalah yang sebenarnya pasti ada pada setiap masalah!

Bismillah..

kepeningan?

xjumpa jalan penyelesaian?

argghh frustttt!

blur dgn kerja betimbun?

tensen ngan hal2 amanah?

Inna ma'al 'Usri Yusra~

cayala.. hu2..

*kata apa? Mansuh ISA!..

Perempuan-perempuan yang dilupakan...

Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan.

Hem…

Siapakah yang saya teringat itu?

Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah.

Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya.

Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.

Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan.

Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi?

Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri?

Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana?

Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?

Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia?

Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?

Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.

Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.

Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Mayram, ibu kepada Isa as. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?”

Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.

“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yanng mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”.

Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.”

Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaiman Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah. Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “ Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “ Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki(kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid.

Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?

“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”

Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?

Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?

Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi?

Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi?

Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?

Siapa?

Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.

Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan.

Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.

Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

Sumber: http://ms.langitilahi.com/

What She Said...


Kepada rakan2 sekelas yang sempat membaca posting ini.. Esp Cik Sab, Cik Rab, Cik Haz, Cik Hazi, Cik Jamilah, Cik Arith, kawan2. Kepada adik2.. Esp Cik Zati, Cik Anis, Cik Syakira, Cik Faiza, Cik Madihah, Cik Faiqa, Cik Shida, Cik Qila, semua yg berasa dirinya adik. Kepada kakak2 yang bakal menempuh exam yang banyak besaa.. Esp Cik Atiqah, Arifah, Cik F, Cik2 yang di peringkat Univ.. Kepada mereka yang hadapi 'peperiksaan' yang diberi oleh Allah..

On bla3 [pesan akak kepada adik]

slm wbt [wsalam wbt..]

to get something big, you have to work big [sifat malas xada ubat!]

and i'm saying this, in everything of our doings. [contohnya?]

in studies, in commitments in cooking, heheh, and so on. [yes, im a muslimah. kerja dapur pun sebahagian dr hidup. banyaknya amanah..]

but in the end,
something is better than rather nothing [uuh.. toyib. tapi kena kerja big2]

be thankful of what you had achieved, [Alhamdulillah..]

and forget not to always improve yourself. [atas sokongan motivasi, kewangan, inspirasi dari banyak makhluk, setiap penjuru dan pelusuk!]

kindest one of you are those who are better today than yesterday, [celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam~]

and tomorrow, they'll be better than today. [amiin..]

Maat taufiq wan Najaah. [merenung, termenung. trimass!]

It's almost half a year you've been here. [di manakah itu?]

Hope you didn't waste your time. [perlu sentiasa beringat bab ni. trima kasih atas motivasi ini..]