Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Nisa Kawasan Jasin telah menganjurkan satu program Kem Bistari Remaja Mithali pada 1 Disember 2009 hingga 3 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Azzawiyah Umbai. Program yang merupakan salah satu daripada agenda tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin ini turut disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah menengah dan muslimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang meluas kepada remaja khususnya remaja muslimah berkenaan dengan gerak kerja organisasi dan kepimpinan.
Selain itu, kem yang diadakan ini juga bertujuan untuk membentuk keperibadian remaja khususnya remaja perempuan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan sahsiah diri selain menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak remaja solehah. Menurut pengarah program , Puan Hjh Shopiah binti Ahmad (gambar), program yang dianjurkan pada tahun ini lebih berjaya berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini dan berjaya menarik perhatian remaja khususnya daripada pelbagai latar belakang dan pemikiran keluarga. Di dalam program ini, peserta didedahkan dengan apa yang dikatakan sebagai Nisa dan Muslimat dan bagaimana ianya bergerak.
Pengarah yang juga timbalan ketua muslimat negeri turut menyatakan bahawa pada masa kini,kem yang dianjurkan ini juga adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri anak-anak remaja khususnya remaja muslimah dalam menghadapi cabaran dan juga dugaan yang berlaku apabila berada dalam situasi kehidupan yang sebenar. Antara pengisian yang disediakan antaranya slot motivasi, uji minda, gerak kerja berkumpulan, qiamullail dan kapsul iman. Menurut pandangan dari salah seorang dari pimpinan yang turut hadir, Puan Hjh Kintan Man (gambar), program yang diatur ini sememangnya memberikan kesan yang mendalam didalam jiwa para peserta malahan ada peserta yang mudah untuk menitiskan air mata dek kerana insaf atas segala kekurangan yang ada pada diri.
Menurut beliau lagi, dewasa ini, ibu bapa lebih banyak mementingkan kepada pencapaian akademik berbanding pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Penekanan terhadap akhlak dan juga pembinaan jatidiri adalah perlu bagi seseorang remaja yang bakal menjadi salah satu daripada aset negara dan agama. pemumpuan terhadap akademik dan pencapaian luaran tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai peribadi seseorang dan beliau yang juga naib ketua muslimat kawasan jasin juga merasakan program ini mempunyai manfaat dan sewajarnya diteruskan.
Salah seorang daripada peserta yang kali pertama mengikuti program ini, adik Nursyahirah Aqilah binti Jalil (gambar) menyifatkan program yang dianjurkan ini banyak memberikan pendedahan kepada beliau bagaimana untuk membentuk sahsiah dan peribagi seorang muslimah yang berwibawa dan sejati. Selain itu, menurut adik syahirah lagi, disamping dapat bertemu dengan kawan-kawan dari kawasan yang lain, melalui program ini juga, beliau dapat mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan nisa dan muslimat serta bagaimana ianya beroperasi. Menurut Adik Nusaibah binti Mohd Nazri, 13, pula, melalui program yang dianjurkan ini , para peserta akan dapat mengetahui pelbagai ilmu baru disamping menyemaikan semangat ukhuwah islamiah dan tanggungjawab.Pelajar maahad Hafiz kelang ini berpuashati dengan segala aktiviti yang dianjurkan serta dikendalikan oleh fasilitator yang berkelayakan dan mencadangkan agar program yang seumpama ini diadakan setiap tahun.
Terdahulu dalam majlis yang sama juga, para peserta turut melafazkan ikrar akan berusaha untuk menjana diri dan pemikiran menjadi Nisa dan Muslimah yang berdisiplin dan akan melaksanakan segala tanggungjawab yang bakal diamanahkan nanti.
Sumber: Jasin Daily Online
Sumber: Jasin Daily Online
2 ulasan:
salam ya Hurun3ain, mane chat chat box...
Wsalam wbt.. chatbox sdh hilangkah? aiyak.. ;) nnt pihak kami akn usahakn agr keselesaan pguna dpt diutamakn.. ;)
Catat Ulasan