bismillah Pictures, Images and Photos
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Maahad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Maahad. Papar semua catatan
13 Mac 2010

bermula solat ghaib berjemaah

Perginya Sheikhul Azhar, Sheikh Tantawi, al fatihah. Status di YM, facebook, blog dll menyatakan pengkhabaran pemergian beliau. Ketidaksangkaan, ketidakpercayaan, kegumaman, keralatan (serta byk lg ke..ke..ke..ke) dan pelbagai perasaan yg timbul.




Jumaat- 12 Mac 2010, sehari selepas acara merentas desa peringkat ma'ahad (yg dimaksudkan di sini, kaki sudah sakit2). Setiap hari jumaat pelajar2 Ma'ahad Ar-Rahmah akan berkumpul di surau ma'ahad, membaca surah yasin beramai-ramai. Kelihatan pelajar2 berpusu-pusu menuju ke surau, masuk ke dalam surau dengan langkah kaki kanan, membaca doa, memenuhkan ruang kosong di dalam surau, bersalaman antara rakan2 seperjuangan. Bacaan yasin diketuai oleh salah seorang pelajar tingkatan 5.

Usai doa dibaca, hari itu terus dimeriahkan dengan majlis ilmu: taman syurga: tazkirah yg disampaikan oleh al fadhil tuan mudir. bersempenakan keputusan STAM dan SPM yg baru keluar (Alhamdulillah, peratusan tahun demi tahun semakin meningkat), tuan mudir memberi tazkirah berkisar ttg hidup sbg seorang pelajar, membina keyakinan, meningkatkan semangat. pelbagai tips telah dikongsikan. motivasi demi motivasi telah disampaikan.

Tazkirah sudah mencapai tahap penurunan dan menghampiri kepada peleraian (ala2 sastera bhs melayu). kami, pelajar Ma'ahad diberitahu agar bersiap2 untuk menunaikan solat ghaib yg bakal diimami oleh Ust Khairi. benar, kebanyakan guru2 lepasan Universiti al Azhar. Senior2 kami juga sedang menuntut di sana. jadi, solat ghaib diadakan bg mendoakan ulama' yg disanjungi ini.

Pelajar2 bersiap2 utk mengangkat wudu'. drpd yg senior hingga sekecil2 junior. Alhamdulillah, mereka didedahkan dgn ilmu solat ghaib ini.

"Kak, solat ghaib tu apa? nak bace apa?" -kelu saya dibuatnya..

Pada masa yg sama, kawan2 bersyukur krn solat ghaib dilaksanakan dgn hanya berdiri (kebanyakan mereka sakit2 kaki selepas merentas desa solok gaung, alangkah mahu duduk pun sudah mengeluh).

Seqadar itu perkembangan yg mampu disampaikan. serasa saya, solat ghaib ini pertama kali diadakan sejak saya bersekolah di sana. solat jenazah, Alhamdulillah, sudah lazim bagi banin. nampaknya perlu mendalami ilmu solat ghaib. kelak mudah andai terjadi apa2 =)

Oh.. ini takrifan solat ghaib secara ringkas, rujuk: http://www.iluvislam.com/
03 Februari 2010

Kursus Kepimpinan Pelajar 2010!

bismillah..

hujung bulan januari. kehadiran memuaskan. 29 dan 30 haribulan januari detik utk bergerak. detik utk menggempur minda! para pimpinan ma'ahad ar-rahmah hadir ke tapak ma'ahad.. kursus ini dikendalikan oleh alumni ma'ahad ar rahmah.


pimpinan2 ma'ahad ar rahmah 2010! kami sedia dipimpin utk menjadi pemimpin~


aktiviti kemuncak; night walk.. brhati2 sokmo.. ap yg pnting? krjasama~ pserta2 diuji dgn prlbagai rintangan agar pergi balik dgn slmt!



sdh kuasai ilmu jurus kertas kerja? pljr sini alhamdulillah.. ;)


barisan penceramah yg brpengalmn mngndalikan organisasi. ayyuhal asaatizzz, jazakumullah!

mg thn ini lbh ajmal dan lbh baik dr thn2 yg lalu. kursus yg sy hadiri ini ckp bermakna jg bg insan2 yg inginkan kemajuan dalam diri mreka. inshaAllah.. tajdid perjuangan! jutaan trimass buat yg mghulurkan bntuan scra langsung n xlangsung!

16 September 2009

pengalaman progam jati diri adik2



selamat menonton.. ;)
24 Mei 2009

Hari Sukan Peringkat Maahad 2009!

Bismillah..

Dah lama benar nak post.. Memandangkan tak jumpe kabel tuk dapatkan gambar, lagi pun pendrive rosak, ntah cam na jer nak transfer gambar, jadi rasa tak termotivasi nak hebahkan Hari Sukan ni. Lepas merayau kat internet ni, tetiba terjumpa blog Dewan Muslimat, gambar2 kitorang masa main game Hari Sukan ni tersiar dulu dah. Bahagianya rasa. Boleh cilok gambar2 kat situ. Trimass empunya blog. Trimas kepada Mak Cik Masturah selaku penangkap gambar pada hari tersebut! Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Hari Sukan diadakan pada 13 dan 14 hb lepas. 15 hb kitorang sambut Hari Guru. 18 hb terus exam. Kesian x? Ape pun, bila imbau balik gambar2 Hari Sukan minggu lepas, rasa seronok pulak. Siapa yang xmenikmati time ni, sebaliknya sibuk nak gaduh takut kalah, sayang 1000 kali sayang. Guru2 pun turut support anak2 didiknye. Dapat menghilangkan tensen pelajar. Tahun ni dapat masuk Rumah merah. 2 kali sudah jadi ahli rumah merah~

To all ex-student Ar Rahmah atau pelajar yang tak dapat hadir time Hari Sukan diadakan, selamat menyaksikan!


Guru-guru @ Hari Sukan


Tak pasti ape yang sedang berlaku pada 2 orang ustaz dan 2 orang pelajar di atas. Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org Mungkin tengah testing untuk acara lumba lari yang berlangsung tak lama lagi. Us Din & Us Syukur.


Ready tali untuk tarik tali. Kelihatan Us Din, Cikgu Md Lizah dan Cikgu Tariq menenangkan pelajar yang tak sabar kena tarik.Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org


Geng2 ustazah barangkali dah ready untuk acara guru vs pelajar. Amacam, ada berani? Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.orgTapi xsempat adakan acara ni sebab kesuntukan masa.
Pelajar berbaju biru: Baik aku blah dulu.. Wat2 xnampak~
Cikgu Sabrina, Ustazah Noraini, Pn Azni dan Pn Zainab.


Us Din cuba mengamankan keadaan kerana ramai pelajar yang jakun dengan acara julung kali diadakan. Bukan senang nak main ni. Nampaknya pasukan rumah biru dah ade pemain professional~


Guru2 sedang sediakan peralatan acara pancing botol.
Pn Zainab: Na, ape kata paku ni besar sikit, baru lambat budak2 tu nak menang..
Us Sardinah: Kalau gitu nanti kita pun susah la nak menang..
Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org


Tengah tunggu pemain agaknyer ni.. Game tuju tin!
Ustazah2: Kalo awak lambat biar ustazah jer main!
Pn Mahani & Ustazah Noraini.



Update keputusan acara. Semua nak tahu sape menang acara tarik tali~ Tak tau le diorang meeting ape tengah padang.
Pn Azni.Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org


Bukan sekadar Hari Sukan. Hehe.. Sabar ustaz, tak lama lagi xde la solo jer~
Us Abu Bakar + Ustazah Noraini, Us Khairi.Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Itu guru2 Ar Rahmah. Alhamdulillah.. Ceria2 belaka lepas bersenam2.. Harap2 kekal sampai ke kelas..


Antara Acara yg Diadakan


Olahraga lelaki sedang berlangsung. Bahagian muslimat, dalam proses kira2~ Huh budak2 ni.. Lecak2 pun redah.. Memang semangat kesukanan!


Tuju tin. Belum pernah rasa main game ni. Kalo ada can, tahun depan nak try. Blh ke..


Acara khas untuk muslimin saja. Mainan ni nama dia, kaki gergasi. Khas utk lelaki sebab kalau muslimat main, bayangkan je la kalo jatuh..




Acara ganti utk muslimat, pancing botol. Ustazah cuba bagi demo dengan paku besar tadi. Hehe.. Acara ni rumah merah yg menang.. Well..


Semangat betul adik2 kite ni.. Tak sangka ikan2 bilis ni menang acara tarik tali. Yang penting tau cara bukan kuat fizikal~


Paling best, terompah gergasi. Memang menguji kerjasama antara kumpulan! Kanan kiri kanan kiri. Rumah merah lum gerak2 lagi. Haish~


Specialnyer rumah hijau ni walaupun di tempat terakhir, makanan. Mi sup. Rumah2 lain sediakan air je. Xagak2..


Juara berturut-turut acara badminton perseorangan, raja pecut, ketua pasukan rumah biru merangkap ketua pelajar di maahad ini (yg memegang raket).


Rajin tul adik2 kita bantu guru2 balut container. Keep up keep up. Rumah merah pulak tu..


Laa uuunggg kaaann; Rumah Kuning!

Gtu la sedikit sebanyak suasana Hari Sukan 2009. Hakikatnya, juara pd tahun ini jatuh kepada Rumah kuning, 2sd Rumah merah, Rumah biru dan terakhir dan terbahagia Rumah hijau. Sebenarnya rumah merah boleh challenge rumah kuning. Tu pun bagi can jer tu. Huhu.. Xper, tahun ni diorang dapat. Tunggu Hari Sukan Peringkat Maahad Ar Rahmah 2010~


Aa ni le yg kite nanti2kan.. Mesti janggal jer tanpa gambar ni kan? Beliau la yang banyak berusaha untuk kebajikan pelajar, bersukan, menang menangis, kalah tersengeh. Penasihat Hari Sukan, trimass ya mudir!
Us Kamal.Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org
16 Mei 2009

Guru, Abu al-Ruuh



Terima Kasih Guru
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Bismillah..
Sambutan Hari Guru peringkat maahad telah diadakan semalam dengan penuh ceria rahmahnya.. Walaupun ada sedikit kekabutan dalam menjayakan program ini, namun itu tidak menghalang untuk kami menzahirkan ucap kasih kami kepada guru (walaupun sebenarnya tak mungkin akan mampu dizahirkan kasih ini kerana banyaknya jasa guru).

Masih ingat lagi diri 'ter'berbual di dalam kelas, guru maafkan. 'Ter'tidur di dalam kelas, guru maafkan. 'Ter'tak siapkan kerja sekolah yang diamanahkan, guru maafkan. Guru memang pemaaf, penyayang, guruku sahabatku, guruku understanding, guruku ada gaya, guruku hadir awal, guruku berdedikasi, guruku ialah guruku. Sampai terciptalah anugerah tersebut dan anugerah paling pelajar nantikan; anugerah guru paling popular di sekolah saya. Bukan nak membeza-bezakan antara guru, sekadar memeriahkan lagi suasana sambutan yang pasti diadakan setiap tahun. Biasanya juara berturut-turut ialah mudir saya yang dah konfiden sungguh bakal dinobat guru paling popular. ^o^


Di maahad ini, guru tak ajar kami takut akan guru. Kalau nak takut.. Takutla pada Allah SWT.. Ini yang saya dapat bezakan antara sekolah yang ada segelintir pelajar takut akan guru bila berdepan dengan guru, belakang guru, habisla kereta dicalarkan, tayar dipancitkan. Fuh berani betul. Kalau la mereka takut akan Allah, tak kira la dengan guru, rakan-rakan, ibu bapa, nak buat jahat belakang2 pun tak berani.

Guru abu al-ruuh, berkat kesabaranmu mengajarku, saya telah menjadi 'manusia'. ^o^

Guru, terima kasih..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA

to kak kiah, kak mahabbah, selamat ari guru.. (!.!)

[Dah nak peksa ni ape la yg dikarutkan~@.@]