bismillah Pictures, Images and Photos
20 Jun 2009

Ten Little Indians

Bismillah..
Mungkin inilah yang selalu diperkata budak2 zaman sekarang. 10 budak hitam. Hu2.. Lagu Ten Little Indians ni sempat saya nyanyi semasa standard 1. Balik rumah mesti nak nyanyi lagi. Lagi laju, lagi bagus. Satu lagi lagu yang tak dilupakan lagu macam mane berus gigi so early in the morning, This is the Way I Brush My Teeth. Teacher yang mengajar saya dulu pun masih ada di madrasah saya belajar dulu.


Rase nak gelak pun ade.. Lagu ni lah sebahagian drpd aku yang kini (ayat cm kenl je).. Huk2..

Masih lagi di standard 1, awal2 hari persekolahan buka, teacher ni dah mula mengajar. Teacher ni ajar sebut ayat. Apa ayat yang teacher tulis kat papan hitam (masa alam sekolah rendah masih menggunakan papan hitam), dia akan ajar kami sebut. Kami akan ikut jer ape dia sebut. Ayat yang paling tak boleh dilupakan;

Sonea is . . . . 'hiccups' (tiba2 teacher tersedu)

Saya pun ikut jer la, Sonea is hiccups. Murid2 lain konfiden dan yakin jer, dengan kuat dan lantang, tambah2 yang tak pandai bace ape dekat papan hitam tu, ikut ape yang teacher sebut, Sonea is hiccups. Rupanya teacher tu tersedu, kami pun sebut ikut sedu teacher tu!? Adoiyai.. Sonea is hiccups.. Kusanggka teacher sengaja tersedu masa tu..

Itu sedikit cerita standard 1. Yang lain2? Mesti banyak lagi kenangan kita di standard 1. Imbas kembali imbauan lampau purbakala~


Tak kisahla berapa pun umur, menuntut ilmu itu satu kewajipan..

Tiada ulasan: