bismillah Pictures, Images and Photos
18 Mei 2009

Motivasi Diri Menjelang Exam


Dh tgk dah? Gamilah2.. Walaupun video ni dah ramai tahu, tapi memang cukup tuk motivasi diri ni.. Jakun jgk tgk pak arab kecek Kelate.. Hafaz 10 p.p setiap hari selama 6 bulan, belajar wat ayat selama 6 bulan, praktikkan bm 9- 10 tahun.. Hye gtu la kalau orang nak majukan diri..
http://emo.huhiho.com

Bismillah..
Salam imtihan sume? Cam na stakat ni? Muhasabah semula usaha kita yep. Alhamdulillah.. Selamat untuk hari pertama imtihan. Ada 9 hari lagi. 21 madah lagi yang perlu ditempuh. Di musim imtihan ini, ramai saje yang memberi kata-kata semangat pada saya. Semoga kata2 tu bukan sekadar kata2, bukan disimpan dalam kepala otak saja, tapi menjadi inspirasi untuk terus belajar dan berjaye.. Umi abah, guru2, kakak2, kawan2, dan semua! Trimass atas sokongan padu anda!http://emo.huhiho.com

Skit Tips Seblah Mata utk Calon2 Imtihan;

-Masuk ke dewan mula dengan bismillah, langkah kaki kanan, dan cari keberkatan2 yg blh membantu kita dalam imtihan sat lagi.

-Harap anda semua membuat persediaan yg rapi, bawak semua kelengkapan alat tulis termasuk ubat-ubatan dan first aid. Kalo pinjam sana sini, ini akan mendatangkan kemarahan. Hi2.. Ini akan mengganggu kawan2 anda yang nak jawab soalan dan mungkin oleh sebab kita yang minta pinjam pen, pembaris, pemadam dll idea jawapan kawan anda hilang. Ish2 kasihan..
Kisah sebenar~ Blur!
'Ain, pinjam stepler, Ain, ada ubat pensel tekan x? Ain, ada ubat stepler x? Ain, ada ubat? Ain, ada tisu?'
Haih.. Jgn cop awal2 orang tu kedekut, kalau bukan time imtihan, satu periuk dia bagi pinjam. Fikirla, kawan anda sedang menjawab imtihan penting ni..

-Rajin2 tanya pengawas peperiksaan kalau ada yang tak jelas. Mana tahu dia murah hati nak bagi klu. Tapi kalau muka dia macam nak makan orang, sebaiknya duduk diam2. Kerana jelingan pengawas peperiksaan mampu melumpuhkan mood menjawab kita. He2..
Kisah sebenar~ Cikgu ni ape.. tak paham la.. (smbil trsyum kambing)
Cikgu: Kan kita dah belajar bab ni, ada 5, itu la saya ajar awk berbual.. bla3 (secara tak sedar guru terbagi klu)

-Rasa2 dah habis menjawab tu, walaupun ada yang tak habis, buat2 muka konfiden dan senyum kat kawan2 sebelah anda yang sdg sibuk menjawab. Siapa tahu berkat sedeqah senyuman anda akan mendatangkan jawapan di saat2 akhir.. (Dengan sym surang2 blh mencetuskan idea2 jawapan) Aiseh kena pada diri.. Sym suran2 ke dlm dewan? Haih..
Kisah sebenar~
Kawan: eh, ko dah siap da? Ni soalan ni aku xdpt. (smbil menunjukkan kertas jawapan) Ape ek?
Kadang2 bila tgk kerenah kawan kita menjawab, teringat masa dalam kelas belajar bab itu ini, pelajaran ke sekian sekian. Secara tak langsung jawapan akan mari..

Gtu la sedikit sbyk tips yg dpt dikongsi. Ape pun, formula bila lupa ialah selawat. Mujarab. Kena yakin la yep.. Buat yg tersilap sikit, ter'blur', jawapan tak mari, harap anda banyak2 tawakal. Cuba untuk dan tumpu untuk madah imtihan seterusnyer.. Jangan putus harapan!http://emo.huhiho.com


Syukran Kak Sal.. :-)
17 Mei 2009

Seorang Kak Sal


Bismillah.. Saya mengenali kak sal di alam maya ini, yep, walaupun hanya dalam alam maya, kesedaran tentang kita bersaudara tu terasa ye.. Kak Sal, syukran kerana rajin melayan kerenah kanak-kanak ini.. Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Pada jalan berliku moga Allah luruskan langkahmu..
Tika langit dunia runtuh moga Allah teguhkan aqidahmu..
Jika kesusahan datang moga Allah kuatkan hatimu..
Pada hati yang gelisah moga kasih Nya sentiasa bersamamu..
Moga ukhwah terus utuh dalam dakapan rahmat Nya..
-Kak Sal

Amiin..



Satu hari tu, Kak Sal yang mesti penat sebab baru habis macam-macam aktiviti meng'online'kan diri. Saya pun kacau. Mesti Kak Sal penat. Tapi saya nak tunjuk itu ini kat Kak Sal. Saya beritahu Kak Sal yang saya dah nak peksa ni. Kak Sal teman saya study walaupun saya study sleeping beauty. Trimas Kak Sal.
16 Mei 2009

Guru, Abu al-Ruuh



Terima Kasih Guru
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Bismillah..
Sambutan Hari Guru peringkat maahad telah diadakan semalam dengan penuh ceria rahmahnya.. Walaupun ada sedikit kekabutan dalam menjayakan program ini, namun itu tidak menghalang untuk kami menzahirkan ucap kasih kami kepada guru (walaupun sebenarnya tak mungkin akan mampu dizahirkan kasih ini kerana banyaknya jasa guru).

Masih ingat lagi diri 'ter'berbual di dalam kelas, guru maafkan. 'Ter'tidur di dalam kelas, guru maafkan. 'Ter'tak siapkan kerja sekolah yang diamanahkan, guru maafkan. Guru memang pemaaf, penyayang, guruku sahabatku, guruku understanding, guruku ada gaya, guruku hadir awal, guruku berdedikasi, guruku ialah guruku. Sampai terciptalah anugerah tersebut dan anugerah paling pelajar nantikan; anugerah guru paling popular di sekolah saya. Bukan nak membeza-bezakan antara guru, sekadar memeriahkan lagi suasana sambutan yang pasti diadakan setiap tahun. Biasanya juara berturut-turut ialah mudir saya yang dah konfiden sungguh bakal dinobat guru paling popular. ^o^


Di maahad ini, guru tak ajar kami takut akan guru. Kalau nak takut.. Takutla pada Allah SWT.. Ini yang saya dapat bezakan antara sekolah yang ada segelintir pelajar takut akan guru bila berdepan dengan guru, belakang guru, habisla kereta dicalarkan, tayar dipancitkan. Fuh berani betul. Kalau la mereka takut akan Allah, tak kira la dengan guru, rakan-rakan, ibu bapa, nak buat jahat belakang2 pun tak berani.

Guru abu al-ruuh, berkat kesabaranmu mengajarku, saya telah menjadi 'manusia'. ^o^

Guru, terima kasih..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA

to kak kiah, kak mahabbah, selamat ari guru.. (!.!)

[Dah nak peksa ni ape la yg dikarutkan~@.@]
13 Mei 2009

Ummi, Selamat Hari Jadi dan Hari-hari Hari Ibu






Bismillah..

Walaupun dedekasi ini agak lewat dari masanya, tapi rasa tak sedap kalau tak ada langsung, kan? Selamat Hari Jadi, buat ummi tercinta, yang ke 46, pada 11 Mei lepas. Sungguh tak terbalas jasa-jasamu. Minta dimaafkan salah silap anakmu, doakan anakmu ini terus istiqomah menegakkan kebenaran. Dalam diam, kuamat menyayangimu.

Hari-hari Hari Ibu..

Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org
12 Mei 2009

Thumbdrive Tenat



Salam wbt.. Pengumuman.. Dgn ini pendriveku telah menghadapi sakit tenat akibat tersalah makan ubat panadol cap lengkong. Peratus berjaya dalam pembedahan 50/50. Pendrive.. Smoga cepat sembuh.. Perlukan sangat akan dirimu.. :-(
08 Mei 2009

Hari Terbuka Muslimat Melaka 10 Mei

Hari Terbuka Muslimat Melaka 10 Mei

Zaili Muhammad

Fri | May 08, 09 | 3:53:30 pm MYT

MELAKA, 8 Mei (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan Hari Terbuka Muslimat Melaka yang akan diadakan pada 10 Mei ini bertempat di Dataran HAMAS, Sempang Kemendor, Jasin, di sini.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu akan bermula pada pukul 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan dijangka berakhir pada pukul 5.30 petang, di mana upacara perasmian akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Serentak dengan itu akan diadakan tiga upacara pelancaran iaitu pelancaran Dana Kebajikan Muslimat, Kelab Penyokong PAS dan Kempen 'Kita Bersaudara'.

Pelbagai pameran dan acara diadakan untuk memberi peluang kepada orang-ramai mengambil bahagian seperti pertandingan tarik-tali lelaki berpasukan, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan pertandingan untuk wanita seperti gubahan hantaran, anyaman ketupat, masakan lauk serta silang kata terbuka kepada semua.

Pada sebelah petangnya pula turut diadakan persembahan pelajar Pasti dan persembahan busana anggun bestari yang bertemakan 'syariat ditepati, keterampilan diangguni'.

Selain itu satu forum Pakatan Rakyat yang bertajuk 'Menjana Gelombang 13' turut diadakan pada jam 3.30 petang dan disusuli kemudiannya acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada program tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran GMI dan Palestin, aneka jualan, jumble sale, kempen daftar ahli dan lain-lain lagi. - mns_

Sumber: http://www.harakahdaily.net/

*Ape tunggu lagi? Mari le beramai ramai. Ajak kaum keluarga sanak sedara sepupu sepapat kaum kerabat hadir. Jumpa anda di sana........................................

05 Mei 2009

Kemarin yang Lebih Baik?


Bersusah-susah dulu, bersenang kendian, Innallahamaassobirin~

Bismillah..
Saban hari meneruskan hidup ini, sebagai anak, pelajar, pengawas, anak murid, kawan, sahabat, pembimbing, pendakwah, dan yang besarnya, sebagai hamba Allah. Rasa makin berkurang je hari demi hari. Astagfirullah.. Ape je mengarut ni? Dulu lebih patuh dan alert dengan perintah Nya, kenapa hari ini macam kureng saje. Dulu lebih rajin belajar dan exited nak amik peperiksaan besar, tapi kini kenape makin dilalaikan. Dulu rasa panas je bila sebut bab-bab dakwah ni, kenape sekarang macam malas je nak cari ilmu yang diperlukan untuk seseorang yang mahu menegakkan kalimah Nya?

Sekarang, (!) perbaharui niat, semangat, iman, tingkatkan motivasi diri, menghargai dan akan dihargai, membantu dan akan dibantu, membimbing dan akan dibimbing, jadi hamba taat dan berdoa agar dijadikan dikalangan yang soleh. Study, difokuskan, main dibataskan (dah besar pun main..), hubungan dengan manusia, dengan Allah perlu dititikberatkan, urusan dunia akhirat? Manage-kan lah.. Jangan kalah dengan godaan syaitan dan nafsu. Semua yang dilakukan untuk diri. Orang lain ada hal masing-masing yang nak diuruskan, tak ade mase nak ngadap diri 24 jam semata mata nak ubah diri ini.

Sampai bila nak menanguk macam ni? Kalau dulu boleh jadi 'baik', kenape tidak hari ini. Kalau dulu rajin, mengapa tidak kini. Kalau tak mulakan hari ni, bile lagi?

*Jangan lalai dan bazir masa. Motivasi, motivasi gak, kena mulakan! Insaf la skit diri.. Hu~
*Asyik fighting, tapi tak mulakan, ape kes.. :D
02 Mei 2009

Cahaya Aqidah

Bismillah..
Alhamdulillah, seperti yang telah diberitahu, gambar sepupuku disnap setiap detik. Cuma dapat paparkan 2 saje. Sorry Nur Aqidah kak tak dapat datang. Jauh di mata hakikatnye dekat di hati. Nur Aqidah nama diberi, selamat dilahirkan pada 2 bulan lepas. Telah selamat dicukur. Semoga menjadi anak yang solehah untuk ummi dan abi Nur Aqidah eh.. Menyerikan lagi rumah dengan kehadiran Nur Aqidah. Sayang Nur Aqidah!


Nur Aqidah control.. Hehe..


Kening dia main perenan sungguh..