Pagi Hari Isnin itu, Hanis, pelajar tingkatan 5 di Ma'ahad At Taqaddum, mula bengang dengan muslimin setelah mendapat tahu dirinya dipermainkan. Dirinya seakan berasa malu. Hanis geram. Katanya, tidak mahu memaafkan insan yang sanggup mempermainkannya. Memberontak hatinya untuk mengajar mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, akal yang waras menghalang.
Semalam, program usrah dan qiamullail di sekolah yang diadakan setiap bulan berjalan seperti biasa. Tetapi pada tahun ini, Hanis dan rakan2 seperjangannya telah mencadangkan kepada guru biro dakwah agar memberi keizinan untuk pihak nuqaba' (naqib/ah2) mengadakan slot muhasabah.
Petang pada Hari Jumaat terasa meriah. Hanis selaku penjaga kaunter pendaftaran kelewatan 15 minit. Jam 5.15 petang, para peserta program mula hadir seorang demi seorang. Walaupun pendaftaran dibuka sehingga jam 6 petang, namun masih ada pelajar yang lewat. Ada yang sengaja, ada yang tidak disengajakan kerana masalah kenderaan, kelas tambahan, jauh dan sebagainya. Jam 6 lebih, para pelajar mula berkumpul di dalam surau yang indah. Mereka memulakan bacaan ma'surat.
Tentetif seterusnya berjalan. Makan malam, solat maghrib berjemaah, kuliah selepas maghrib, solat isya' berjemaah dan acara pelancaran usrah memandangkan program ini diadakan kali pertama untuk tahun 2010. Usai lafaz bismillah diucap oleh perasmi, maka akan bermulalah usrah sebentar lagi. Usrah di adakan di padang sekolah bagi memberi seasana lain kepada ahli2 usrah. sebatang lilin dibekalkan untuk 1 kumpulan usrah.
Ustazah Samirah selaku guru pemantau untuk program ini mengisyaratkan kepada naqibah2 agar menangguhkan usrah bagi meneruskan sesi seterusnya, kudapan. Acara kemuncak, slot muhasabah yang bakal dikendalikan oleh naqibah2. Sementelahan pelajar2 perempuan berkumpul di dalam surau yang menjadi tempat penginapan muslimat, mereka diarahkan membuat 1 halaqah dan duduk dengan selesa. Lampu surau dimalapkan memberi suasana yang sesuai untuk bermuhasabah.
Mikrofon digunakan untuk slot muhasabah ini. Semua naqibah memastikan hanya speaker di dalam surau sahaja terpasang. Seorang naqibah iaitu Hanis, telah ditaklifkan untuk memberi gambaran seorang ibu. Melakonkan suara sang ibu yang penat menjaga anaknya. Sayu. Seolah-olah pelajar2 mendengar monolog sang ibu. Sedu- sedan pelajar2 telah kedengaran. Akhirnya, mereka ketangisan lagi apabila naqibah2 membuat suasana seakan-akan sang ibu meninggalkan sang anak. Kesimpulan diberi dan lampu dibuka. Kelihatan bengkak2 mata pelajar2 dek kerana menangis. Menangis bukan kerana lemah. Air mata yang berharga malam itu. Pelajar2 dan naqibah2 bersalaman, bersurai dan bersiap2 untuk tidur memandangkan jam 4.30 pagi mereka akan bangun untuk bermunajat dan berqiamullail.
Pagi Sabtu, usai bergotong-royong dan bersarapan, semua pelajar bersiap sedia untuk pulang. Ada juga yang bersiap untuk terus ke kelas tambahan yang berlansung di sekolah. Hanis bersiap untuk ke kelas tambahan walaupun terasa agak penat.Tapi digagahkan juga kaki menuju ke kelas. Program yang berjalan selama 2 hari tersebut begitu bermakna bagi Hanis kerana telah berusaha bersama rakan2nya mengendalikan slot muhasabah.
Mengingatkan slot muhasabah tersebut, Hanis mula panas. Hari Isnin itu, Hanis diberitahu oleh rakan2nya yang muslimin (mereka dalam kalangan naqib2!) duduk berhampiran surau mendengar slot muhasabah muslimat. Mana tidak berasa bengang, surau tangis Hanis yang dibuat-buat menunjukkan tangis sang ibu didengari oleh muslimin. Tambahan pula, mereka mengajuk-ajuk lakonan Hanis lagak membuat pentomen. Diikutkan hati, memang tidak boleh diterima langsung perbuatan mereka.
Tapi, kononnya muslimin respek kerana muslimat membuat muhasabah. Muslimin? Sudahlah slot muhasabah yang julung kali diizinkan oleh ustazah tidak ada, malah sibuk mengajuk-ajuk muhasabah yang diadakan oleh muslimat. Betak hati Hanis. Mujur ada sahabat yang menenangkan hati Hanis. Gusar pula bertandang di hati, apa muslimin di sekolahku tidak mahu bermuhasabah? Tidak mahu serius posmotem diri?
[Bersambung agaknya..]

3 ulasan:
he3...alhamd...best jgk cite tuh..harap nnti ade sambungannyer...:)..teruskan karya ain..he3(cm seniwati lak ain nie..)
aie, macam kenal jer criter nih..ade kena mengena dengan sesuatu perkara la pulak.....hehe..realiti ke fantasi nieh? ....hmm..adakah muslimin dan muslimat mempunyai pendekatan yang berbeza dalam bermuhasabah diri?atau muslimin yg disebut di atas ni sendiri yang tak pandai bermuhasabah diri~...pernah terjadi pada bacth yang lepas~ terus berusaha yap.. janagn putus asa..hidayah milik ALLAH, kita hanya mampu berusaha..;)
hayati sirah perjungan Nabi Muhammad SAW :)
to ukhti arifah:
harapnye dpt la kte istiqomah dlm menulis menda2 yg brmanfaat.. tu tahap kargn bdk 1 anggur ja.. ehe.. klu ad idea, blh la sambung, nk sumbang idea? keh3..
to musafir bahagia:
biasany idea dtg drpd keadaan sekeliling kte kan.. he2.. blh dikatakn kisah brdsrkn pengalmn sndri, edit2 skit ja.. pndekatan muslimin n muslimat sure lain kan? huu~ mg Allah mudhkn urusn kte ni..
trimas ukhti arifah & musafir bahagia! ^_^
Catat Ulasan