bismillah Pictures, Images and Photos
Memaparkan catatan dengan label Riwayat Hidupku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Riwayat Hidupku. Papar semua catatan
17 Disember 2010

Ujian bertulis terakhir SPM



4.00 petang.

Jawapan disemak. Masih berbaki beberapa soalan yang memerlukan pembetulan dan isi untuk dipenuhkan. Perah, perah, perah lagi otak. Jangan biarkan kosong. Lebihkan jawapan?

4.20 petang.

“Perhatian kepada semua pelajar (sebelum ni ketua pengawas tu sebut –calon), anda masih ada 10 minit lagi sebelum tamat waktu peperiksaan. Sila ikat kertas tambahan dengan keadaan kertas jawapan di bawah sekali. Tak perlu tebuk dan buat lubang. Mana yang sudah ikat terbalik, tak ada masalah. Jangan gelabah, jangan takut.”

Ketua pengawas sangat baik. Sikit pun tak tensyen, pada wajahnya dan yang pasti, kami. Alhamdulillah.

Pandang kiri. Sahabat saya berkata ‘tebuk’ tanpa suara. Saya cuma tersengih. Mungkin ada dalam kalangan kami yang menebuk kertas jawapan. Kesilapan yang dimaafkan.

4.30 petang

Jam seolah-olah memberitahu kami “kau dah merdeka, sudah tamat!”. Alhamdulillah. Itulah ungkapan yang kukira terbaik untuk diucapkan.

“Perhatian kepada semua calon, masa untuk menjawab telah tamat. Sila ikatkan kertas jawapan anda beserta kertas tambahan. Cikgu2, sila kutip kertas,” memberi arahan dengan tegas, tetapi penuh wibawa.

“Sementara menantikan kertas anda dikutip, calon2 bolehlah menyemak angka giliran dan nombor kad pengenalan,” tambah ketua pengawas. Suaranya kedengaran melalui corong2 pembesar suara membuatkan saya yang berada di belakang dapat mendengar dengan jelas.

Kertasku diambil. Pusingkan kepala. Kulihat wajah sahabat2 penuh dengan seri. Ada yang berjabat tangan dan mengucap tahniah. Gembira. Dewan peperiksaan mula riuh.

Sebelum kami meninggalkan dewan peperiksaan, ketua pengawas menyampaikan 2 pesanan yang bermakna buat kami.

Pertama, kami dinasihatkan agar memenuhkan masa lapang dan cuti sekolah yang panjang ini dengan perkara dan aktiviti yang berfaedah. Itu sudah pasti kami tahu cikgu. Cuma perlaksanaannya kurang. Rasanya.

Kedua, mana2 kad pengenalan yang sudah rosak, boleh dibuat baru dengan bayaran RM10 sahaja.

“Saya tengok ada yang sudah rosak kad pengenalannya; sekeping2 diasingkan di atas meja.”
Tersengih. Itu saja. Ketua pengawas seorang yang peramah.

Akhir sekali, beliau berharap agar kami mendoakan para pengawas peperiksaan selamat di dunia dan lebih2 lagi di akhirat, begitu juga diri kami. Itulah persepsi orang luar terhadap pelajar agama yang berkopiah putih, bertudung labuh. Tidak lupa mengharapkan doa daripada golongan ini. Realisasikanlah, baikpulihkanlah, tambahbaikkanlah.

Para pelajar bersalaman dengan pengawa-pengawas peperiksaan. Adab dijaga walau di mana juga berada, dengan siapa jua.

Tiada lagi buku SPM yang perlu dibaca pada lewat malam, tiada lagi latih tubi SPM yang dibuat, tiada lagi ‘ah, bawak slip SPM dan IC’. Yang tinggal hanyalah kenangan, pengalaman. Apa yang penting sekarang, meneruskan pengharapan agar Dia memakbulkan doa kami, agar Dia melembutkan hati pemeriksa kertas kami, agar Dia member kami rezeki untuk mendapat keputusan yang cemerlang. InshaAllah. Harapan itu dimaksudkan lagi dengan berdoa dan melakukan solat sunat hajat.

Orang yang merdeka. Tapi tidak sesekali merdeka daripada menuntut ilmu, itu yang pasti.

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1, jam 2 pm, mata pelajaran terakhir. Pengalaman diri.

16 Desember 2010, selamat tinggal.
24 Oktober 2010

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Sumber


    Bismillah

    Semasa berada di tingkatan 4, Guru saya pernah memberitahu, mengikut fatwa, inai haram dipakai kerana bercorak macam tatu.

    "Hah, risau pelajar perempuan dengar inai tak boleh pakai time kawen," katanya. Lebih kurang.

    Huh, kalau ditenung lama-lama, cantik juga kalau jari-jemari ini berinai. :-) Tapi peraturan di Ma'ahad tidak membenarkan pelajar berinai, kecuali ada masalah kesihatan. Adakala terasa malu juga kalau berinai kerana kebiasaannya orang yang berkahwin saja jari2nya merah menyala dek inai.

    Keputusan carian ini agak melegakan hati saya. Jadi, tak perlu risau lagi kalau nak berinai, yek? Ikut batas2 yang telah digarislah yek! ^_^

22 Februari 2010

Muhasabah yang tak disangka-sangka

Pagi Hari Isnin itu, Hanis, pelajar tingkatan 5 di Ma'ahad At Taqaddum, mula bengang dengan muslimin setelah mendapat tahu dirinya dipermainkan. Dirinya seakan berasa malu. Hanis geram. Katanya, tidak mahu memaafkan insan yang sanggup mempermainkannya. Memberontak hatinya untuk mengajar mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, akal yang waras menghalang.

Semalam, program usrah dan qiamullail di sekolah yang diadakan setiap bulan berjalan seperti biasa. Tetapi pada tahun ini, Hanis dan rakan2 seperjangannya telah mencadangkan kepada guru biro dakwah agar memberi keizinan untuk pihak nuqaba' (naqib/ah2) mengadakan slot muhasabah.

Petang pada Hari Jumaat terasa meriah. Hanis selaku penjaga kaunter pendaftaran kelewatan 15 minit. Jam 5.15 petang, para peserta program mula hadir seorang demi seorang. Walaupun pendaftaran dibuka sehingga jam 6 petang, namun masih ada pelajar yang lewat. Ada yang sengaja, ada yang tidak disengajakan kerana masalah kenderaan, kelas tambahan, jauh dan sebagainya. Jam 6 lebih, para pelajar mula berkumpul di dalam surau yang indah. Mereka memulakan bacaan ma'surat.

Tentetif seterusnya berjalan. Makan malam, solat maghrib berjemaah, kuliah selepas maghrib, solat isya' berjemaah dan acara pelancaran usrah memandangkan program ini diadakan kali pertama untuk tahun 2010. Usai lafaz bismillah diucap oleh perasmi, maka akan bermulalah usrah sebentar lagi. Usrah di adakan di padang sekolah bagi memberi seasana lain kepada ahli2 usrah. sebatang lilin dibekalkan untuk 1 kumpulan usrah.

Ustazah Samirah selaku guru pemantau untuk program ini mengisyaratkan kepada naqibah2 agar menangguhkan usrah bagi meneruskan sesi seterusnya, kudapan. Acara kemuncak, slot muhasabah yang bakal dikendalikan oleh naqibah2. Sementelahan pelajar2 perempuan berkumpul di dalam surau yang menjadi tempat penginapan muslimat, mereka diarahkan membuat 1 halaqah dan duduk dengan selesa. Lampu surau dimalapkan memberi suasana yang sesuai untuk bermuhasabah.

Mikrofon digunakan untuk slot muhasabah ini. Semua naqibah memastikan hanya speaker di dalam surau sahaja terpasang. Seorang naqibah iaitu Hanis, telah ditaklifkan untuk memberi gambaran seorang ibu. Melakonkan suara sang ibu yang penat menjaga anaknya. Sayu. Seolah-olah pelajar2 mendengar monolog sang ibu. Sedu- sedan pelajar2 telah kedengaran. Akhirnya, mereka ketangisan lagi apabila naqibah2 membuat suasana seakan-akan sang ibu meninggalkan sang anak. Kesimpulan diberi dan lampu dibuka. Kelihatan bengkak2 mata pelajar2 dek kerana menangis. Menangis bukan kerana lemah. Air mata yang berharga malam itu. Pelajar2 dan naqibah2 bersalaman, bersurai dan bersiap2 untuk tidur memandangkan jam 4.30 pagi mereka akan bangun untuk bermunajat dan berqiamullail.

Pagi Sabtu, usai bergotong-royong dan bersarapan, semua pelajar bersiap sedia untuk pulang. Ada juga yang bersiap untuk terus ke kelas tambahan yang berlansung di sekolah. Hanis bersiap untuk ke kelas tambahan walaupun terasa agak penat.Tapi digagahkan juga kaki menuju ke kelas. Program yang berjalan selama 2 hari tersebut begitu bermakna bagi Hanis kerana telah berusaha bersama rakan2nya mengendalikan slot muhasabah.

Mengingatkan slot muhasabah tersebut, Hanis mula panas. Hari Isnin itu, Hanis diberitahu oleh rakan2nya yang muslimin (mereka dalam kalangan naqib2!) duduk berhampiran surau mendengar slot muhasabah muslimat. Mana tidak berasa bengang, surau tangis Hanis yang dibuat-buat menunjukkan tangis sang ibu didengari oleh muslimin. Tambahan pula, mereka mengajuk-ajuk lakonan Hanis lagak membuat pentomen. Diikutkan hati, memang tidak boleh diterima langsung perbuatan mereka.

Tapi, kononnya muslimin respek kerana muslimat membuat muhasabah. Muslimin? Sudahlah slot muhasabah yang julung kali diizinkan oleh ustazah tidak ada, malah sibuk mengajuk-ajuk muhasabah yang diadakan oleh muslimat. Betak hati Hanis. Mujur ada sahabat yang menenangkan hati Hanis. Gusar pula bertandang di hati, apa muslimin di sekolahku tidak mahu bermuhasabah? Tidak mahu serius posmotem diri?

[Bersambung agaknya..]
06 November 2009

M/c, membelah lautan, mencantas pasiran


Aha.. ry haji pun da nak dekat.. kalian cuti je la time ni je yeh.. cuti gak kan..
pejuang Islam ada istilah cuti?
Pak ngah pekaba di bumi penuh berkat nun sna..

Bismillah..

Apa punya title da. ok la kan.. inshaAllah, penulis akan bercuti selama lamanya. aha, selama 3 hari ja mulai esok atas kehendak semua dengan persetujuan orang awam bagi mengisi kelopongan masa kami selepas habis exam yang pasti ingin diisi dengan aktiviti berfaedah seperti berprogram di pengkalan balak, berpiknik, beristirahat, bersukan, belajar juga boleh merapatkan ukhwah, mengeratkan silaturrahim. tarik nafas lagi~

Sehubungan dengan itu pihak saya berharap sahabat2 tak tergigit jari dan lidah apabila mendengar perkataan percutian kerana exam korang belum tamat dan perlu ditamatkan bila masa da tamat dan program percutian ilmiah kitorang pastilah tak dapat dijoin oleh orang2 yang tak habis exam lagi dikhuatiri akan memerosotkan keputusan mereka2 terbabit jika sibuk juga menjoinkan diri yang tiada kena mengena langsung antara hidup dan mati.

Selamat menempuh exam yang berbaki, exam tak lama lagi, tahun depan, bln depan, exam dunia akhirat buat semua. smg semua dapat bersedia dengan jawapan.

Topik utama: inshaAllah, atas kerjasama kawan2 classmate, guru2, pihak2 yg tidak jemu memberi sumbangan kami akan mengadakan program rombongan akhir tahun dan dipenuhi pelbagai aktiviti ilmiah dan bermanfaat yang telah dirancang sedetailnya. kewangan yang ada inshaAllah akan digunakan sebaiknya agar menjadi amal jariah. jadi, selamat bercuti, bercuti dengan aktiviti yang berfaedah, selamat beribadah. siap pantun. siap2 bg makan lembu =)
28 Oktober 2009

Positip la kawan..

Bismillah..

Haih xm smu ni kadang2 buat diriku letih.. tp ape kata pekena kopi pracampuran RADIX? pastilah mata anda segar bugar tatakala mmbuat revision (seqadar tips).. ni baru ujian sikit.. bawak2la beringat ujian yg lbh bsr.. =)

Topik utama~

Tq buat ukhti di bumi kinanah (hi2 ikut ja kata org).. trimas3x buat semua yg memositipkan diriku.. knp3x? sbb diriku begitu brharga.. huk2.. alhamdulillah.. indah bernar ukhwah islamiah.. di kata menempuh xm yg menesenkan kekadang, ada saja pembangkit smgt, ransangan2 mmbangun, pujukan, motivasi.. supaya diriku ke depan! ke depan menempuh onak! aah xtrgambar indahnya kurniaan Allah.. pemberian-Nya mmbuatkan diriku sangat malu sbg hamba-Nya.. buat baik pd orang, orang balas baik pd kita.. terutamanya, Allahlah yg mmbalas balas baik yg terbaik!

(Haih xm esok ja, mcm2 nk bising)

Jom2.. inilah dikatakan hubungan adik-akak, akak-adik.. smg anda mnjadi seorang kakak, adik, hamba, calon peperiksaan, anak yg baik! AMIIIINNNNNNNNNNNN.. kakak2ku, syukran.. :).. inshaAllah aku akan terus2 berusaha.. saksikannnn sedutan di bawah............

___________________________________________________



Dengan nama ALLAH

Salaam wbt.

Baru sekejap tadi adik saya di Tanah Melayu menghantar mesej YM kepada saya. Bertanyakan "Dah tido ke belum?". Waktu di Malaysia ketika itu adalah 6 pagi, pasti dia sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, menghadapi ujian Sijil Menengah Ugama (SMU). Saya rasa, dia mahu meluahkan, mencari ketenangan, mengumpul kekuatan mana yang ada di saat akhir ini. Dia mengadu, katanya dia tidak tahu apa yang telah dia baca dan apa yang harus dia baca, Tak apa, sayang, pasti dirimu telah berusaha sebelum ini, diri ini tahu, dan diri sayang pasti tahu, yang penting sayang telah mencuba. Dan langkahmu ke dewan peperiksaan, rangkai katamu dalam menjawab soalan, itu juga dikira usaha. Bahkan tidak terhenti di situ, doamu nanti, selepas tamat peperiksaan nanti jua dikira usaha. Usaha sehabis mungkin selagi natijah belum di tangan! Sedang kita di akhirat nanti, meski tak mampu lagi beramal persis di alam ini, pasti kita berusaha pula mengharap syafaat dan timbal balik amalan soleh untuk mendapatkan natijah syurga.



Cuma, apa yang dapat saya kongsikan di saat akhir itu, hanyalah tips-tips mudah dan paling utama. mengharapkan adikku itu tenang dan tidak resah. Sekadar belek-belek 'mufradat' dalam subjek Mutalaah dan selak-selak nota teks komponen sastera (KOMSAS) untuk subjek Bahasa Melayu (Kertas 2). Pastikan ketika menjawab soalan ringkasan, rangka jawapan terlebih dahulu, dimulai dengan pendahuluan, isi tersurat dan tersirat yang mencukupi serta kesilpulan atau penutup yang baik. Buat anggaran bilang patah perkataan agar ringkasan kita itu nanti tidak terlalu panjang dan pendek hingga payah dan comot pula ketika menyemak. Jangan biarkan kertas jawapan kosong! Sedarlah bahawa anda telah membayar untuk mengambil peperiksaan, jadi manfaatkan! Heh~



Sedikit masa lalu, adik saya yang sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut menelefon saya DI SINI. Ya, menelefon saya dari Kota Bharu, menggunakan talian Celcom, terus ke saluran Etisalat saya yang saya tidak pasti, barapakah caj panggilan yang terpaksa dia hadapi, semata-mata mahu mengetahui kaedah terbaik menghadapi Malaysia's University English Test (MUET). Aduh, kasihan adik sayang saya, habis juga kreditnya ber'kecek' sebentar dengan saya. Terkesan dengan sedikit kebuntuan yang dia hadapi, saya cuba menelefonnya semula. Sekadar dapat memberi tips dan pengalaman yang picisan cuma dan mengharapkan dia tenang dan banyakkan berdoa. Saya fikir, saat itu pasti dia sedang BERUSAHA mencari-cari apa yang patut sebagai persediaan, selain ketenangan dan luah fikiran yang kedengaran sendat dan sendu (ataukah saya yang sendu sendiri memikirkan payahnya adikku ini! Heh~). Adik saya ditakdirkan sekumpulan dengan para pelajar yang tidak sesekolah dengannya untuk Ujian Lisan MUET. Risaunya dia andai dia tidak mampu, kerana dia tidak dapat menggambarkan bagaimana suasana, keadaannya nanti. Buat baik dengan semua, sayang. Moga kebaikan itu memudahkan jalan kita untuk mencapai kejayaan. Ayah mana yang tak sayangkan anak yang berbudi? Pintalah apa, pasti akan dibagi. Sayangnya ALLAH apatah lagi! Kan? Baik sangka dengan ALLAH, ya sayang? Tiap ujianmu pastilah untuk melahirkan dirimu yang lebih baik. 'Maka sabar itu terlebih indah'.




Tenang, tenang dan tenang. Itu harapanku buat adik-adikku yang mengambil Ujian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Menengah Ugama (SMU), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) dan tak dilupakan, peperiksaan akhir tahun bagi adik kecilku, Heh~ Buat kakak yang sedang berada di semester ketiga pengkuliahanmu, didoakan najah juga. Sering umi pinta agar susuk yang daif lagi lemah ini serta kawan-kawan seperjuangan di Kiblat Ilmu ini mendoakan kejayaan kalian semua. Kata umi, bumi Mesir bumi berkat, doa muda termakbul. Apa pun, sama-sama kita berusaha untuk mencapai kejayaan bersama.

Semoga usaha kita dalam menghadapi ujian kecil di dunia ini, diberikan natijah yang terbaik di dunia, dan memberatkan mizan di akhirat, inshaALLAH. Moga kalian sentiasa bersedia!

P\S: Maaf tidak menghubungi kalian sekian lama~
28 September 2009

Idulfitri Melaka - Perak

Bismillah..

sudah lama benar tak meng'update' satu2nya blog Riwayatul Hayah. almaklum, student xlengkang dr buku, hamba ini jadualnya penuh di bulan ramadhan, manusia mcm saya xterlepas dr sambut idulfitri, org spt sy ada amanah dan tanggungjwb yg mesti diuruskan. ala kulli hal, smg kita semua dpt meraikan hari kemenangan dengan aman dan bahagie.

Bagaimana je lah khabar saudara saudari? smg molek2lah ye. zahir dan batin..

Beberapa gambo utk menterjemah sedikit pengalaman raya ini..

Melaka


ini je lah juadah yang dpt disediakan semasa majlis iftar jama'ie di maahad. =) tp second round lg special~

gambar rendang, ketupat, kek lapis, kuah kacang, kuih raye, biskut raye, kasut raye, tak payah la. ade yg kempunan nnt. macam tak biasa pulak, kan. semua persiapan da ready, baju raya, rumah raya, segale juadah2, segala kuih muih, setidak2nye sehari sblm 1 syawal. tak pun beberape jam sebelum sembahyang raya.


masing2 bersalaman, buang yg keruh, amik yg jernih. selesai solat raya, khutbah raya, pasni jalan2 raya..


lepas tu kita ziarah tok nenek kita.. mana yg tok nenek ada kat alam lain, singgah tanah perkuburan.

__________________________________

Perak, 2 - 5 syawal, dalam kenangan..
oh3 balik kampung..


matahari pd 2 hai raya. =) saat2 menuju ke kg perak, padang tembak yg sentiasa menunggu. Alhamdulillah, dpt merasa beraya jauh thn ni! rumput, awan, langit, matahari, still sama, yg xsama, suasana =)


memperkenalkan, menara condong, seumur idup, baru sekali naik. xde ape, kayu je. buat2 kenangan manis..


kita berkenalan dgn masjid india muslim..


lepas merayau area teluk intan, kita ziarah mastan ghani. zaman berzaman kedai nih. kalau sempat berkunjung ke teluk intan, pekena la skit. lg pun, byk cawangan kedai mastan ghani. pemes~


pulang ke bandaraya warisan dunia.. [kelihatan masjid at taqwa, pucuk ubi, lalang2.]

takkan semua nak show kat blog Riwayatul Hayah, kan. sikit2, boleh share. banyak2 gambar, bahaya naa.. faham2 haa.. =)




di samping itu, sy minta maaf zahir dan batin, salam idulfitri buat semua muslimin muslimat. turun naik iman itu, mmg ada sekali sekala. tapi lepas habis bulan ramadhan, kita lemah lawan nafsu, gagal, agak2 la yeh..

hidup hanya sekali. kalau mati sia2, mmg sgt rugilah lah lah..

so, ape nak berkira sgt hal dunia ini kalau akhirat yg kekal abadi? bersabarlah utk seketika kat dunia ini.. wahai saudara2 saudari2 ku.. inshaAllah..

diri ini perlu banyak beringat.. utk diri, utk semua.. selamat beraya. sebulan be..
21 Ogos 2009

Ahlan Ramadhan!


Kad ramadhan daripada kak khairunnisa.
istimewa hanya di bulan ni ja, hu2.. jazakallah ya ukhtie!
Bismillah..

pejam celik pejam celik, tup2 da sampai ke bulan ramadhan.

Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang panjang untuk mengaut keuntungan du bulan yang penuh berkat ini!

Alhamdulillah, sempat mengadakan jamuan sederhana bersama kawan2! bila2 boleh jamu orang makan lagi.

Alhamdulillah exam sudah tamat tapi masih ada lagi untuk yg akan datang. bulan ramadhan ni akan dipenuhkan dengan hal2 bermanfaat! InsyaAllah..



Dikesempatan ni, sy menghulurkan sepuluh jari agar semua kenalan maakan sy dr hujung rambut ke planet pluto. hu2~ drpd yg xdisengajakan hingga yg diperasankan. smg ramadhan kali ni dapat menjadikan kita hamba yg benar2 bertaqwa kpd Allah..

SELAMAT! RAMADHAN KAREEM!




03 Ogos 2009

virus ini memberi pengajaran apa ya?

Abtadiul kalami wal hadisi..
Bismillah..



semoga kabar baik2 kepada semua pembaca.

pagi ni jalan cam besa. berbaki sehari sebelum ummi habis cuti sempena kolej tempat beliau kerja kena tutup utk tempoh seminggu disebabkan virus bahaya bernama H1N1. bersiaplah aku ke maahad. heboh2 jgk pasal kejadian himpunan yg dikatakan haram pada 1 ogos kemarin. semburan pemedih mata, mandi free, kena singgah balai, kerugian peniaga. bla3.. dll.

sampai maahad~ kawan aku da turun dari bas. aku tunggu, jalan sama2 dengan kengkawan ke kelas. masih hangat lagi topik H1N1. seorang kawan berkata:

"mak ite kata H1N1 ni (mungkin) nak suh orang pakai purdah dan hapuskan babi."

a ah ek (gaya melaka), ye tak ye jgk. kufikir, mungkin zaman kebangkitan Islam nanti, ramai yang berniqob, babi2 pun dah habis. termasuk le babi2 yg betimbun kat melaka ni. sebelum ni aku ada baca kat satu blog pasal orang yang berpurdah/ berniqob beruntung sebab da awal2 buat persedian. xpayah la lagi pakai mask.

hari isnin, hari orang mula kerja dan bersekolah. aku menjadi pengerusi majlis dalam perhimpunan pagi tadi.

"tanpa membuang masa saya menjemput guru yang bertugas pada minggu ini utk menyampaikan ucapan, tafadhal."

dalam ucapan beliau, harapan penuntut2 xda la masalah/ hal selama beliau bertugas. beliau mengingatkan semua agar menjaga kesihatan. apatah lg baru2 (lama da) ni virus H1N1 sampai melaka sehingga mengakibatkan kematian. aku berlindung pada Allah. hakikatnya, penyakit lebih bahaya ialah N1R1. kuwang3. dah nama pun pengerusi majlis, maka sekalian hadirin aku dapat perhatikan. sorang penuntut siap memakai mask. kufikir, bagus budak ni amik langkah berjaga-jaga. hmm.

usai perhimpunan, kudekati budak tadi. sudah ada yang menerjah budak ni dengan mcm2 soalan. pelik, semua orang xpakai, dia surang pakai. mmg bagus.

kesimpulannya, jaga2lah diri anda. mencegah tu memang la teramat baik daripada merawat. an?

Jantung sihat Pictures, Images and Photos

*sempat sembang xkosong dengan sahabat, agak2 kalu nak hapuskan babi, rasa kesian pun ada. nanti generasi akan datang langsung xsempat jumpa babi. kenal babi dalam buku dan kamus2 haiwan jer. mungkin para saintis dan pakar akan suntik babi ni supaya xmembiak dengan banyak. hadkan pembiakan babi. sekor babi betina beranak sekor. ok? (najis mughalazhah: babi dan anjing)

*100% caya mesia arus perdana? muak aku dengar semalam. utusan meloya lar kata orang.. Photobucket

wahai semua. mulalah aku bertungkus lumus. exam mampir. najah inshaAllah..

27 Julai 2009

coretku 27 julai 09




1) Apa kabo hari ini?

'Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa'


benar bangat tu.. wahai diri. janganlah kamu suka 'bazir masa'. suka benar mudir saya ingatkan, mafhum hadis:-

'Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang'

masa macam dah tak banyak (untuk orang yang hargai masa!), tapi nampak macam banyak (ni pandangan orang suka positif) sebelum tiba hari peksa trial. sikit benar usaha saya. kawan2, kakak2 dah mula bagi pelbagai ucapan. goodluck! tak pun, best of luck! atau all the best! serta wat elok2! ade gak, stadi molek!

semua kata2 motivasi utk saya. aah, mmg saya hargai sangat! setidaknya, ramai yang sayangkan saya. ramai nak tengok saya berjaya. terutama yang tak penah jemu bagi kata semangat kat saya walaupun saya ada gagal2 jgk dalam beberapa perkara.

2) Kuliah baru ni ngaji ape?

Ust Idris Ahmad. semalam. aah, banyak betul saya belajar. dari segi pelaksanaan je kureng. zakat. andailah zakat di sini berjalan dengan telus, fuh, mudahnya budak2 ni nak lajo agama.

owh, blaja kesan ibadat zakat yeh. cantiknya Islam, daripada zakat tu, dapat sucikan harta. memang indah! (kepuasan). selain itu, dapat galakkan manusia berusaha cari yang halal. dapat bersihkan jiwa dari sipat kedekot kerana pengeluar zakat tahu, harta milik Allah. Orang miskin da tak rasa rendah diri. sebab dengan zakat ni dapat kukuhkan silaturahim. ke 5 (bangkitkan hubungan sosial dengan baik), kurang difahami. hi2..

3) Lepas ni nak buat ape?

blaja, ngapa. end. (banyak sangat aku nak tulis tu dah lupe)



tak lupa juga ucap untuk semua..

kepada pengunjung, ukhtie2 yang sangat saya hormati, terima kasih sebab sudi melawat blog ini. amiklah buah tangan tanda terima kasih saya untuk anda..

SELAMAT BERMUJAHADAH!!
gamai2 g 1 ogos ni!

(benarnye takde keje len.. he2..)

*indahnya ukhwah. aku je xtaw nak hargai..
*hati, jagalah hati. jgn ko kotori. mata. jaga mata. tundukkan pandangan. amal, bykkan amal. sedar sikit ajal kat tangan sape. biar sikit, asalkan istiqomah. baik, jadilah budak baik. baik tuan..
*ha, jgn lupe doa tuk saudara2 di palestin, di mana2lah. okeh.
23 Julai 2009

perumpamaan hati dan iman

Hati dan iman seperti kekasih
tanpa iman
hati akan melakukan apa sahaja yang disukainya
namun setelah iman hadir
hati mula sedar betapa hidup perlu ada batasnya...

jzkk kpd penghantr msj.

kedemaman. mengawal diri dari kekusutan akibat trial yg mampir tak lama lagi. mulakan countdown! err.. 2 minggu dr sekarang.




selalu dengar ini:

"aaah, kalau la aku stadi dari awal tahun, prepare awal2, xde le nyesal cam nii!!"

"huh??! da dekat da exam?? mampus aku.. ape pun xcover lagi.. aaa aku nak MASA, pinjamkan aku masa skitttt.. skit pon jadi leee!!"

"alamak.. solat hajat lagi, quran, stadi, hapal, adus, macam kuah rojak aku skang ni.. somebody helpppppp!!!!"

"maakkk.. aku janji aku nak blajau rajin2 dari awal.. sape sudi amik pekse tuk akuuuu......"

semoga kita tidak tergolong dalam kalangan insan2 yg ucap seperti kat atas..

*gerak himpunan isa akan datang. pakat2 hitam
22 Julai 2009

rindu naik van ni daa..


http://pastimelaka.blogspot.com/

_____________________________________________________________

van yg pernah aku naik berkali-kali. selesa. kini dah berubah wajah.

Alhamdulillah.. adik2, sabar ya.. banyaknya pahala mak ayah kamu..

patah kaki? en. lokman patah jari kaki. kata abah, buruk dengarnya kata patah kaki. :-) seuncang macam seguni..

mstila abah lagi sedih. bukan xkenal bebudak ni.. setakat ni, semua orang nak hilang rasa terkejut. hampir stabil. ya Allah.. aku bersyukur sangat semua selamat.. di hari orang solat gerhana ni, byk2 doa..
21 Julai 2009

adik2 pasti nurul iman, sabar ya..


Subhanallah, subhanallah, subhanallah.. kurangnya penghayatanku..


Bismillah..

asatizah, ustaz2 & ustazah2 meeting.seperti biasa, pengawas menjalankan tugas. sy cuba menunjukkan bakat selama 5 tahun menjadi meroqabah, pengawas sekolah. he2..

usai mesyuarat, ada satu pengumuman dari Ust Kamal.

"sapa2 naik van jasin, van pak cik lokman, datang pejabat."

jasin, 30 minit dari maahad. seingat saya, saya xkenal sapa naik van pak cik lokman. sehinggalah ternampak beberapa pelajar ke pejabat, maka teringat pun.. fikir, kenapala nak jumpa budak2 jasin ni..

port menunggu nak balik rumah, di kantin. riuh seperti biasa. makin kurang pelajar, makin senyap. pelajar2 yg tggl area maahad, cepat shj pulang. kelihatan pak cik ibrahim, kak za, antara orang yg menghantar anak mereka jauh2 demi memastikan anak terdidik dgn ilmu agama dan akhlak islam, jasin2 belaka, datang mengambil pelajar2 sekolah yg tinggal di jasin. kebanyakan yg menaiki van pak cik lokman ialah pelajar sekolah rendah.

rupanya pak cik lokman excident. sedih hati ini mendengar. tak terbayang macam mana keadaannya. menurut kak za, masa tu trip menghantar kanak2 pasti nurul iman, ada yang berdarah krn excident. Allah2.. sedih. mana tidaknya, sayalah pelajar hasil keluaran pasti nurul iman satu ketika dulu. dapat tahu berita ini, bagaimanalah generasi2 adik2 pasti ni.. abah pun sampai. wajah sarat kerisauan. mana taknya, abahlah yang banyak menguruskan kami2 dan budak2 jasin ni, agar dimudahkan jalan kami belajar ilmu agama.

bagaimanapun, kata abah, semuanya baik2. walaupun ada yang patah kaki. luluh hati apabila mendengar ada yang meninggal. seorang. owh rupanya driver proton wira itu.. seorang askar khabarnya. innalillah.. fikir saya, beruntunglah bdk2 yg diuji dengan excident ini, naik van ford. ya Allah, permudahkanlah.. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya..

*berhati hati ketika memandu
20 Julai 2009

pop kuiz perdagangan

Bismillah..

tahun ni saya bakal menduduki smu. jadi pastila saya lebih fokus dan tertumpu pada subjek2 agama dan 2 subjek bukan agama, bm dan bi, termasuk dalam smu. berlansungnya pop kuiz hari ini, aah, cikgu perdagangan saya sangat berusaha. walaupun tahun ini tak ada pun exam besar perdagangan, ada2 saja usaha cikgu supaya kami tidak melupakan subjek perdagangan ini. sememangnya subjek perdagangan perlu dibaca. tak perlu teliti sangat. nah, sapa malas baca, memang susah la nak dapat.


blaja la kome btoi2..

teringat semasa menjadi pengawas di sekolah rendah. hari jumaat, 2 masa sebelum balik, kadang kala guru2 ambil masa untuk adakan meeting. semua pengawas ditugaskan menjaga kelas. mengadakan kuiz adalah salah 1 teknik untuk mendiamkan budak2 itu! selain mengarahkan ketua kelas mengambil nama pelajar yang bercakap, berjalan, keluar kelas dll. sapa ingkar, bagitau ustaz. haha.. kanak2 masa tu, kecut perut la kalau2 nama diorang sampai kat ustaz. kelas senyap.

kuiz yang tak dapat saya lupa. seingat, dalam standard 1. subjek pendidikan islam rasanya. ustazah siti aminah masa tu yang mengendalikan kuiz dalam kelas utk pelajar standard 1. saya dapat buah epal merah. aduh, rindunya zaman kekanak dulu.

standard 2, kuiz menguji minda pelajar. ustaz mazlan. dapat la duit berposen posen. hasil daripada menjawab soalan 'sambung ayat quran'. surah dhuha seingat saya. alhamdulillah.. kekanak sebaya semua berebut mendapatkan kupang2 sen dari ustaz. heh..

semasa saya di standard 3, seorang guru ganti membuat kuiz matematik. sapa dapat jawab, nah, habuannya gula2! saya pun kurang ingat berape aja gula2 saya dapat. rasanya macam banyak. huk2.. jarang benar saya buat kuiz, ya mungkin boleh saja dengan rakan2. salah satu cara utk belajar dan mengingat.



setakat ni, masih belum dapat kuiz mengejut. kalau mengejut, maknanya belum prepare baca buku. tapi sedangkan pemuda Islam kena sentiasa dalam keadaan bersedia! aah, bersedialah diri saya ini yang bakal menduduki smu hujung bulan oktober ini. selepas raya? fuh, susah nak menaikkan semangat belajar selepas beraya?! tapi bukanlah mustahil, kan?

terdekat, trial smu mungkin dalam awal2 bulan ogos ini. saat masyarakat mula nak merdeka2. ntah apa yang merdekanya.

coretan malam 21
Inteam - Halimatus Sa'diah
insan ini, mg kudapat hayati sejarah beliau

tidakkan miskin jika membela Islam
tidak hina meriba kebenaran yang mulia
jangan takut jika kau beriman

*teringat (lg) kuiz maulidurrasul..
15 Julai 2009

Ya Allah, jauhi kami dari virus berbahaya...

Bismillah..

pelik, 2 orang pelajar di dalam kereta ustaz. juga rakan sekelas saya. pelajar yang tinggal di asrama. cemburu juga, di kala panas2 ni, duduk dalam kereta ber-air cond. mereka siap membawa beg. mahu pulangkah? loceng balik belum bunyik! aah, diorang xsihat kot, mungkin ada urusan peribadi.

tidak terlalu heboh, tidak terlalu diam. saya masuk ke kelas. sahabat2 memberitahu, salah seorang daripada kami disyaki H1N1. sepulang 2 orang rakan ini, seorang daripadanya hanya disyaki. seorang lagi mungkin sihat alhamdulillah saja. inshaAllah..

semasa menunggu abah menjemput balik, becok mulut junior, katanya, seorang rakan sekelasnya dikuarantin dikhuatiri h1n1. dengarnya, pelajar itu demam, selsema.. dan tidak ke sekolah. walaupun asrama tidak jauh dari sekolah.



Ya Allah, jauhkanlah bahaya dan mudarat itu daripada kami.. semoga mereka lekas sembuh agar dapat meneruskan pelajaran seperti biasa.. amiin.. inshaallah.. Smileys

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

3x pada waktu pagi. sahabat saya pesan pada saya, saya panjang2kan lagi..


banyak manfaat apabila kita mengamalkan ma'thurat. termasuk doa2 yang dapat menjauhkan kita dari musibah. amalkan 2x sehari. inshaAllah..

alhamdulillah, sudah beberapa hari sampai barang kiriman dari kakak di alex. kak hidayah, trima kasih yeh sebab menjadi posmen..
10 Julai 2009

10 Julai 2009

bismillah..

mg imanku meningkat seiring dgn peningkatan umur.

pg2 lg Allah sdh menguji seorang adik junior di maahad.

"akk, dompet sy hilang. ples. temankn sy. apa sy nk jwb depan ayah sy nnt.."

aduh. apa benr? seleps menenangkn dia, sy tya ciri2 dompet adik sy seorg ini. dompet brwarna hitam berisi duit yuran utk 3 bulan. lemak sggh jika ada org yg tdk diingini menemukn dulu. dr luar sekolah smpai ke dlm sekolah semula. bacaan yasin di surau masih lg blm tamat. sepanjang proses pncarian, bacaan ayat qursi tdk dilupakn. adik junior sy ini siap bernazar andai menemukn dompetny kmbali.

"lepas ni call ibu awak ok. mgkn tercicir dlm kereta ayah awak."

pastila mahu mengadu pd ibu dulu. risau jika diketahui ayah. guna telefon di pejabat. alhamdulillah. suara girang dr adik junior sy smsa mmbuat pggln. syukur, rupanya mmg tercicir dlm kereta. kata ayahnya, knp cuai sgt.. alhamdulillah..


selambe je kan kawan ngn kaum2 yg lein. btul3..

sepulang dr maahad, melepasi byk sekolah. almaklum, maahad di daerah lain. tp, melaka xlah sebesar mn, jarak antara daerah, xsejauh mn. melepasi sekolah rendh, sekolah tamil, sekolah menengah, sekolah cina, sekola teknik, PASTI, tadika, kemas dll. situasi; melalui sekolah cina, menarik hari ni sy lihat, seorg murid prmpuan melayu, mgkin berumur 8- 9 thn, bermain kejar2 (yg satu ms dlu amat popular zmn umur sy brskolah rendh). yeh, xkisah la dia main kejar2. tp dgn murid lelaki cina. seluar pndk lg. hu2.. trfikir jg, msti satu kenangan indah bg mrk. kecik2 dah bergaul ngn kaum lain.

owh2, spt sy jg. pernah dulu ibu bapa sy berkawan dgn seorang uncle cina. dtg ke rumh kami. ziarah. asal ziarah, msti bwk hadiah. hamper. alhamdulillah. lama dlu. shingga tdk dpt igt dgn tepat. yg pasti, pastilah sy akan bermain dgn ank2 uncle tu. seigt sy ada, seorg drpd anak uncle tu kecil lg (dah tentu sdh bsr kini). asyik mengomel dlm bhs cina sorg2. entah. hu2.. hari terakhir dia dtg sbb nk pindah rumah kot. lg la byk hadiah dia hadiahkn. ape2 pun, itu satu pengalamn sy dgn kaum lain satu msa dlu. apa kabar je uncle tu..



ujian syafawi smu pd isnin ini. al quran, tasrif, dan teks berbasaha arab (le). oral jg dgn bhs arab. inshaAllah seramai 40 calon di sni. 6 lg calon dr johor. xdikenali. di sni, ada yg berkecil hati tdk dpt menduduki smu. kami diberi peluang utk mmberi result yg munasabah dlm exam midyear lps bg melayakkn mengambil smu. temanku yg tdk berjaya melayakkn diri, muhasabah dirimu ya.. diri ini jg muhasabah diri. jgn disesali apa yg dh lepas. simpul; adakah sudah bersedia menghadapi smu?

*hari terakhir buat pn azni bg thn ini. menyambung belajar english business. alhamdulillah..
*hari di mn nametag patah krn washing mechine.
06 Julai 2009

Pembelahan Bulan; Kala Malam 14 Rejab 1430

Pembelahan Bulan

Mahir Abdullah: Baiklah, mengenai pembelahan bulan; apakah terbukti secara saintifik apa-apa yang memastikan bahawa bulan telah terbelah ..?Abdul Majid Az-Zindani: Ya, tentu sahaja ada, sekarang di London ada seorang Inggeris nama beliau David Moses Pidscock iaitu Presiden Parti Islam Britain sekarang ini.

Mahir Abdullah: Pidcock, ada “s”, tapi yang sebetulnya Pidcock.

Abdul Majid Az-Zindani: Pidcock ..

Mahir Abdullah: Saya tahu mengenai beliau ..

Abdul Majid Az-Zindani: Ah! MasyaAllah! Baik, Alhamdulillah, jadi awak sudah mengenali beliau, David Moses Pidcock berkata: “Ianya menjadi sebab pengislaman saya, bahawa saya mendengar atau saya menghadiri perbahasan yang berlaku di antara tiga dari ahli astronomi Amerika dengan sekumpulan ahli sains Britain di siaran televisyen Britain, maka berkata pihak Britain kepada pihak Amerika: “Berapa bilion dolar telah kamu habiskan untuk sampai ke bulan, apa yang kamu bawa pulang? Apakah kamu membawa pulang kepada kami hanya sekadar batu-batu? Batu-batu ini, apakah nilaiannya sama dengan berjuta-juta dolar yang telah kamu habiskan?” Pihak Amerika bimbang akan rosak nama mereka di hadapan penonton mereka di Amerika dan Eropah lantas mereka menjawab: “Tidak, kami tidak naik ke bulan untuk sebab itu, akan tetapi kami naik ke sana untuk mengkaji satu realiti yang membingungkan kami, sesungguhnya kami mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua dan bahawa setiap belahan telah terpisah dari belahan yang satu lagi, dan kedua-dua belahan tersebut telah kembali semula dan terpateri kembali. Bukti kami terhadap perkara tersebut ialah rangkaian bukit-bukit yang bercantum di antara satu sama lain .. bukit-bukit yang saling terpateri ini, pada waktu ia kembali bercantum semula, telah berlaku kepadanya gelinciran, maka bukit tersebut terjadi [padanya], belahan bukit ini bercantum dengan belahan bukit yang lain, belahan bukit yang lain [pula] bercantum dengan belahan bukit yang satu lagi, dan begitulah kesemua bukit-bukit tersebut” .. belahan-belahan bukit yang berada di rangkaian bukit-bukit di sebahagian arah, mereka dapati ianya terkedepan daripada pasangannya dan belahan-belahannya yang satu lagi menjadi terkebelakang dan ia merupakan dari perkara yang menunjukkan .. menunjukkan mereka bahawa bulan telah terbelah dan ianya merupakan mukjizat bagi Muhammad -صلّى الله عليه وسلّم- yang mana Al-Quran telah mencatatkannya di dalam firman-Nya Taala :

{اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانْشَقَّ الْقَمَرُ ! وَإِنْ يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُسْتَمِرٌّ}

[Hampir Kiamat dan terbelah bulan, dan jika mereka nampak tanda [kebesaran], mereka berpaling dan mereka kata - ia- merupakan sihir yang berterusan][1]

__________

[1] Surah Al-Qamar 54: 1

____________________________________________________________________________________________________________

Sumber: http://www.permaya.org/

Tanggal 14 Rejab 1413, lahirlah seorang bayi, jam 3.10 pagi. Azan. Bunyi pertama yang diperdengarkan.. Di sini diri dilahirkan, di sini juga gambar dipukul.. Smileys(emoticon ini takde kaitan kait mengait langsung dengan apa2, sekadar hiasan =P) Jarang orang ingat tarikh lahir qamaryy.. Birthday tahun syamsyiahAnda bagaimana pulak? Carik2.. Smileys


Tertukar kamera low kualiti.. Malam 14 Rejab.. Huhu..
05 Julai 2009

Ini Dia Kenduri...

Bismillah..
Hujan masih belum berhenti turun. Mencurah-curah. Seronok. Satu keluarga besar berkumpul meraikan kenduri perkahwinan yang seorang. Bukan senang nak berkumpul ramai2. Tunggu kenduri keluarga dan Hari Raya le jawabnya.. Dari mak ngah, mak lang, mak uda, pak cik, mak cik. Melayan sepupu2 yang makin membasar! Dah macam2 rupe. Huhu.. Pak teh? Sayangnya, Aqidah demam. Ya Allah, segeralah sembuhkan Aqidah.


Kanak2, pas makan, korang tengok astro. Tu jer keje budak2 zaman skang ni. Aku? Tumpang sekaki skali..


Farhani.. Dah besar pun. Hani mesre ngan sepupunya hari ni? Harap2 dia kenal saya. Ni la akibat kalo tak diberi perhatian. Main surang2. Orang makan, dia duk control comey dia..


Pak cik, bakal pengantin yang menjadi tukang pukul gambar pengantin pada hari ni. Huh, bila la nak tangkap gambo pada hari tu..


Seronoknyer suasana macam gini. Kumpul ramai2. Borak2 sembang, tukar citer. Jumpa nek sedare, tok sedare. Lepak2 tengok bebudak main2. Kadang2 tak sangka dapat borak hal yang remeh dengan keluarga. Mesra.


Insan yang kusayangi. Nek Birat. Lama tak jumpa nek. Pengasuh saya semasa saya kecil. Berjumpa dengan nek, satu kucupan saya terima. Diperjumpakan lagi kami di kenduri. Allah2.. Insan ini yang membesarkan saya satu ketika dulu. Nek sebahagian daripada saya yang kini.. Hi2..


Ummi abah. Tak sangka kan, kadang2 kemesraan sesama keluarga dapat ditonjolkan di kenduri ini..

Semoga detik2 ini dapat saya hargai. Bila lagi nak berkumpul dengan keluarga. Hu2.. Oh Ramadhan.. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga diri ini dipertemukan lagi dengan keluarga beramai-ramai.

*Gambar kabur kan? Kenapa? Hehe..
01 Julai 2009

H1N1 Dah Sampai Melaka Pun

Bismillah..
Kes selsema babi, H1N1 influenza A, swine flu, virus berbahaya, @ apa2 sajalah yang pertama di Melaka, sudah tercatat. Rakyat Melaka, rakyat2, duhai ummat Nabi Muhammad saw, berdoalah. Owh, teringat babi2 di Paya Mengkuang. Apa masih belum habis?

Melaka catat kes pertama H1N1

MELAKA: Seorang pelajar yang baru pulang selepas menyertai kontinjen sukan tajaan Universiti Nottingham (Kampus Malaysia) di London pada 19 hingga 28 Jun lalu, disahkan positif jangkitan selesema babi (H1N1) semalam, sekali gus menjadikan ia kes wabak itu yang pertama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Norpipah Abdol, berkata pelajar perempuan berusia 20 tahun itu didapati menunjukkan simptom virus terbabit selepas menjalani ujian saringan di bilik gerakan H1N1 Hospital Melaka, kira-kira jam 12.10 tengahari semalam.

Katanya, pelajar dari Taman Ozana Impian, Bukit Katil itu disahkan positif wabak berkenaan berdasarkan keputusan swab tekak dan ia membabitkan kes jangkitan luar atau import. Baca lagi...

Kes ini akan menjadi sejarah di Melaka yang memang bersejarah..


Ya Allah, jauhi keluargaku, sahabat2, warga Ar Rahmah, mukminin mukminat, muslimin muslimat daripada kemudharatan bahaya ini..

01 Jun 2009

Bagaimana di Library?

Bismillah..

Satu permulaan yang baik saya kira. At least. Setiba di kolej, ummi sudah mula agak busy dengan tugasannya. Tambahan pula kolej baru berpindah bangunan. Mesti banyak urusan sehingga terkejar-kejar kelihatan. Library kolej sudah pun dibuka masuk jam 8 pagi. Tujuannya itulah. Ke library. Waktu pejabat. Ya, di sini bakal tempat saya menghabiskan masa sehingga jam 5 petang nanti. Lega, adik saya menemani. Agak kurang selesa pada mulanya dengan suasana baru.. Hi2.. Suasana belajar.

library Pictures, Images and Photos
Mengikut kajian, manusia boleh belajar ilmu selama 40 minit hingga 1 jam. Lepas tu kena stop kejap. Macam makan juga, terlebih, nanti semua terkeluar. Langsung tak dapat.

Sekitar jam 9 pagi, saya mula melangkah ke library baru. Masih belum banyak buku yang dipindahkan. Suasana, okey. Selesa dan baik. Cuma hati saje kureng. Tak mengapa. Belum duduk, tak kan nak menghukum seawal ini. Ternyata, 4 jam pertama saya tidak terarah. Bukan hilang arah, cuma agak mengejut. Mungkin kejutan budaya. Kejutan budaya belajar! Kejap belek buku itu, buku ni, bangun kejap, makan angin, jalan2 sikit, duduk, bangun, ambil buku lain, duduk, baca. Tu la tak biasa dengan belajar smart hardly. Banyak saja buku bermanfaat tapi tak dimanfaatkan oleh saya.

Sempat membelek buku berkaitan photoshope, kraf, buku2 motivasi. Semuanya mendatangkan bosan dengan cepat. Tiba2 saya terjaga dari tidur (?).

"Huh aku tdo. (Sambil melihat waktu di handphone, jam 1.21 tengah hari) Oo aku tdo 30 minit. Not bad."

Sengaja tidur. Pelajar kolej cuti. Dalam library hanya ada saya, adik, anak staff dan beberapa orang staff. Buku2 tadi saya letakkan pada tempat asal. Adik saya pula sibuk dengan nota sejarahnya. Mula bosan, saya cuba hilangkan kebosanan dia dengan Novel Manikam Kalbu. Mulanya nampak membelek saja. Terus dibuka page yang terakhir. Dari mana datang angin dia memulakan bacaan novel dari page pertama. Alhamdulillah. Dia berminat. Saya? Perancangan saya pada hari ini, ingin menghabiskan beberapa buah novel. Misi tak tercapai.


"Aku kena ikut cam ulama' n pimpinan yg feymes ngn kerajinn mmbca bku"

10, 11, 12, 1. 4 jam berlalu. Saya beredar untuk menunaikan solat zohor. Di saat menaip ini, saya tersenyum-senyum. Haih diri ini, jika fikir belajar itu bosan, membayangkan limau itu masam, hebat kesannye. Cuba bayangkan limau itu manis. Membaca, membaca itu seronok. Kalau sudah mind set awal2 membaca itu bosan, mana nak rasa perasaan seronok tu? Haih duhai diri.


Peneman dikala masa terluang

2, 3, 4, 5. Alhamdulillah, saya semakin terarah. Mungkin kesan mengantuk yaamat membuatkan berat sangat untuk menghadamkan ilmu. Apa yang di baca, saya tolak. Kini kian pulih! Mujur saya bawa Rindu Bau Pohon Tin, karya Us Hasrizal. Saya suka baca buku tersebut. Ringkas, penuh erti, bermakna, mudah faham, tak panjang meleret-leret, santai sehingga hilang kebosanan saya. Alhamdulillah semakin terarah 4 jam sebelum pulang. Saya dan adik saling bertukar cerita dari pembacaan kami. 4 jam akhir itu berbeza dengan 4 jam mulanya.


5 petang

Akhirnya tibalah masa untuk saya dan adik keluar dari library memandangkan pejabat akan tutup. Dari awal saya di dalam library, ada seorang staff yang sangat ramah. Pada mulanya, terdetik di hati saya agar tidak menjejakkan kaki di library ini esok. Tapi staff yang menjaga kami seawal kehadiran kami, dengan ramah, layanan yang baik, Pn Anita tak silap saya. Pn Anita alukan sangat kedatangan kami esok. Bayangkan dalam library yang luas, hanya dia dan beberapa pekerja yang menjaga library pasti bertemankan kesunyian. Tambahan pula dia kenal mudir saya, kami macam sefikrah yang menyebabkan saya akan datang juga esok. InshaAllah. Sekejap saja hati boleh berubah. Tunggu kehadiranku duhai Pn Anita yang baik hati..


Untuk orang macam saya, kata2 ni, alangkah bermaknanya..

*Tengah hari tadi lunch berlaukkan ala2 kampung termasuk kangkung goreng. Saya pun baru perasan yang saya makan kangkung goreng. Tak teringat langsung posting yang lepas. Masa keluar dari library saya cuba kongsikan cerita kangkung pada posting lepas saya. Adik sayalah yang mengingatkan saya yang kami lunch makan kangkung goreng. Berseleranya saya makan tadi.. Aduh kalau dah ada makanan depan mata..
30 Mei 2009

Fasa Permulaan: Planning Mengejut



Bismillah..

Bermulalah cuti yang ramai pelajar2 sekolah nanti2kan. Tapi ada je yang masih ada peperiksaan berbaki naik cuti nanti. Maknanya cuti mereka boleh dikatakan xcuti Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org. Macam2 planning dah kawan2 rancang sebelum cuti lagi. Tak sempat pun habis exam, perancangan demi perancangan siap diatur! Licin! Cameron Highland, Genting Highland, Terengganu, balik kampung, kelas tambahan, kenduri sedare, dan saya Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org?

Tak Disangka

Semasa surfing internet..

"Ain~ kupas bawang.."

Ke dapur dengan segera, ummi terus memanngil adik2ku yang lain. Kami berkumpul ala2 mesyuarat tingkap.

"Ummi ade plan ni. Cuti ni korang gi library kat kolej ummi. Setkan ape yang nak belajar. Seminggu yer.."

Ke dapur dengan muka yang aneh~

Waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Selama seminggu. Saya akan mengadap buku, belajar, latihan, buku, belajar, latihan, latih tubi, buku.. Selesai saja kerja pengupasan bawang, kembali surfing internet yang entah ape dilakukan. Tiba2..

Tit.. Tit..

1 message received

From: *** **** *****

"Salam..... Hari Jumaat depan ada kem, anjuran ****, Jumaat Sabtu Ahad... Utk pengawas bla3..."

Dengan muka pelik dan kebingungan..


Otak berehat selagi mana kita beri otak kerja? Rehatlah cuti ni..

Bersangka-sangka

(?) Ape suma ni? Datang secara mengejut dan sekaligus. Kusangka cuti ini ialah cuti biasa2, menghabiskan masa dengan surfing internet, membaca, belajar sikit, main2, ala2 kadar Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org. Cuti yang dinamakan cuti. Rupanya macam2 aktiviti yang menanti saya. Xperlu saya terhegeh-hegeh nak merancang untuk ke mana, bagaimana nak menghabiskan masa selama 2 minggu ini.

Ape harus kulakukan? Bersyukur. Alhamdulillah. Saya patut sangat bersyukur kerana diberi dan dipilih Allah untuk mengisi masa cuti selama seminggu dengan aktiviti yang sangat berfaedah. Seminggu lagi akan difikirkan. Mungkin ada remaja2 sebaya saya menghabiskan masa dengan dating bersama pak we atau awek, lepak di shopping2, enjoy sana sini tanpa batasan, tido memanjang, makan memanjang Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org.

Trimass ummi!

Haih beruntungnya rasa. Bersyukurlah. Bukan senang dapat rezeqi melimpah macam ni. Cuba belajar memenuhi masa dengan perkara bermanfaat! InshaAllah Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org..

Teringat hadis Baginda S.A.W,

"Ada 2 nikmat di mana kebanyakkan manusia sering tertipu dengannya, nikmat SIHAT dan MASA LAPANG"

Fikir zikir..