bismillah Pictures, Images and Photos
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
25 Julai 2010

marah

bismillah.

terasa marah apabila saudaraku diperendahkan.

apa aku juga pernah melakukan seperti itu?

ampuni dosaku Ya Allah, andai aku pernah melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

andai aku marah dengan perbuatan itu, perlulah aku marah yang tidak kerana nafsu semata-mata.

kerana marah dengan dorongan nafsu semata, akan merugikan aku.

aku belajar, marah itu ada, tapi perlu pada tempatnya.

setelah ini, aku akan cuba juga bersabar daripada marah andai marah itu disertai nafsu.

rasional.

itu akan menambah baikkan keadaan.

semoga berjaya, aku dan sahabat-sahabat yang menghadapi situasi amarah.
03 Julai 2010

Kenapa menangis. . .

kenapa kamu menangis?

kerana. . .
dicerca,
diejek,
dimarahi,
diperli,
dipulau,
dipersalahkan,
dijadikan bahan sendaan,
dikutuk,
diburukkan,
terang-terangan atau. . .
di belakang. . .

sedih, pilu, lemah, hampa. . .

bukankah kamu cuba melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar?

walhal cuba untuk menasihatinya,
mengingatkannya,
menegurnya,
mengajaknya kepada kebaikan,
memintanya agar menjauhkan keburukan,
mahu bersama menyucikan hati. . .
bersama dengan hati yang bersih mengorak langkah. . .

andai ada kesilapan, tegurlah, bukan dibalas dengan kutukan. . .

menangislah wahai sahabat andai itu dapat meredakan api kemarahan dan dendammu.
menangislah kerana dengan air mata yang gugur itu akan menggugurkan kesedihan kamu.
bangkit bersemangat, usah lemah, kamu kental, kamu kuat, kamu memaafkan kesilapan mereka.
mereka tidak tahu, tidak mengerti, tidak faham.
ketahuilah, jalan-jalan itu yang pernah dilalui RASULULLAH, PARA SAHABAT, GOLONGAN YANG MENEGAKKAN KALIMAH LAILAHAILLALLAH.
kamu mengikuti sunnah perjuangan baginda, dan pastilah kamu tidak keseorangan.
sabarlah untuk sementara waktu yang singkat ini sebelum dijemput ILAHI.
sangat singkat.
01 Oktober 2009

perasaan dan pertimbangan kes dia yg begitu


jangan selalu marah, nanti cepat tua..
(ntah sumber maner kome dpt..)

andai ada yg menyakiti kamu. kamu dapat sabar x?

terus, baru kejap ada yg memerli diri. amboi, sedap mulut kau?? entahlah. ingatla silap kita pada org. fikir baik org pd kita ya. ade ke dia buat baik ngn aku?? erm, husnuzhan je la. kalau melampau sangat, ape salahnya tegur. even guru dengan anak murid.

so dapat sabar ke x?

terus, jumpa kawan. jumpa yg lebih tua. minta nasihat. agar diberi pertimbangan. ada yg positif. yg suruh hudud. balas setimpal, mandatori. fikir jangka msa panjang. kalau tindakan melulu, kelak nyesal xtentu fasal. imej kamu gak tercalar. malu. dia memang da tentu malu la wat aku gtu.. haha.. kalau marah, duduk la kamu. diam sebentar. sejukkan hati. kan hati org mukmin tu sentiasa tenang.

jgnlah benci sesama muslim. tapi.. die da melampau.. sakit ati aku.. iya. ikutkan hati, macam tu la perasaannya. letakkan kebencian itu pada maksiat yg dia lakukan.

org paling kuat ialah org yg dpt thn kemarahan dan sabar w/pun pd masa tu dia berhak marah. wow.. aku harap aku berjaya.. inshaAllah, kamu akan berjaya.

haha.. aku balas balik.. fadan muka.. sapa suruh carik fasal.. aik, kamu ni. sy berpendapat agar kamu balas dgn tindakan yg bijak. xberlarutan, sgt terkena pada batang hidungnya. hehe, sy plk da terikut tulisan merah. mg dia akan menginsafi. tgk jg siapa sasaran kamu.

semoga cenderung pada cara yg terbaik!

______________________________
watak di atas hasil temubual antara *** dgn ***.
kelihatan, ayat yg berwarna merah lebih mengikut perasaan..
maafla kalau tidak mendapat apa2 istifadah, manfaat drpd penulisan kali ini..
sy harap tidak..
19 Julai 2009

Buka Matamu Luasnya, Ukhwah Ukhwah Ukhwah

Bismillah..

Apakah tulisan2 di bawah ini? Malunya aku, meng-publish 10 Wasiat di bawah, wasiat daripada pengasas Ikhwanul Muslimin, sedangkan tentang ukhwah pun aku tak arif. Apakah ini..

3 rukun ini didedahkan oleh seorang ukhtie, sebanyak sedikit dapat membuka mataku. Masih tercari cari, yang mana 1 nombor 1, 2 ke 3? Entah.

Kononnya berukhwah fillah, dunia akhirat, tapi masih belum mengenali 3 rukun ini. Rupanya belum cukup syarat. Hi2.. Allah2..

  • Musawah - kesamarataan (menghayati nilai suka duka bersama)
  • Tasammuh - berlapang dada (optimis pada sahabat)
  • Ithar - melebihkan sahabat (nilai tadhiyyah yang dipateri bersama)



Sepintas kulihat, sepenuhnya tidak difahami. Trial mampir, ukhwah, amal, ilmu, segalanya perlu seiringan! Selamat bermujahadah, ya Aura2 Purnama..

Coretan ringkas
Lafaz yang Tersimpan
15 Julai 2009

Temuduga daripada Allah


klik untuk paparan yang memuaskan

pesanan untuk diri, untuk semua.
19 Jun 2009

Ingat Allah








Muhasabahlah.. Hanya dengan menyembut nama Allah, bergetarlah hatimu..