bismillah Pictures, Images and Photos
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
12 Mei 2010

Tutuplah pekung saudaramu..

Bismillahirrahmanirrahim..




Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,:
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Alloh akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Makhluk A: Hang nak tau? Si x mengamuk tak tentu pasal semalam.. Alkisah Si x kena tinggal bas. Sudah la ramai duk perhatikan Si x.........

Makhluk B: Ya ka? Agaknya Si x tak sihat, tu pasal emosi dia tak terkawal............

Makhluk C: Mana...... Memang sejak azali perangai Si x macam tu. Tak tau ka? Memalukan betul........

Makhluk-makhluk: Oooooo.........

Seronok aibkan orang?
Atau, seronok diaibkan?
Cuba letakkan diri kalian pada tempat orang yang kalian aibkan.
Malu?
Tak pun kalian bayangkan Tuhan aibkan kalian depan umat2 Nabi Adam hinggalah umat Nabi Muhammad.
Sekarang, apa rasa??
Tapi inshaAllah, kalian tak kan buat perkara seperti ni, kan? =)
Pastilah kalian dan penulis sendiri mahukan aibnya ditutup oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Sudah2lah tu, cerita yang tidak diketahui kesahihannya, janganlah disebar-sebarkan. Apatah lagi ditokok-tambah. Siasat dulu cerita2 yang orang bawa sebelum percaya bulat2. Kelak, memakan diri~

Pesanan ini disediakan khas untuk penulis dan yang mahu mengambil peringatan. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk manusia. =)

23 Julai 2009

perumpamaan hati dan iman

Hati dan iman seperti kekasih
tanpa iman
hati akan melakukan apa sahaja yang disukainya
namun setelah iman hadir
hati mula sedar betapa hidup perlu ada batasnya...

jzkk kpd penghantr msj.

kedemaman. mengawal diri dari kekusutan akibat trial yg mampir tak lama lagi. mulakan countdown! err.. 2 minggu dr sekarang.




selalu dengar ini:

"aaah, kalau la aku stadi dari awal tahun, prepare awal2, xde le nyesal cam nii!!"

"huh??! da dekat da exam?? mampus aku.. ape pun xcover lagi.. aaa aku nak MASA, pinjamkan aku masa skitttt.. skit pon jadi leee!!"

"alamak.. solat hajat lagi, quran, stadi, hapal, adus, macam kuah rojak aku skang ni.. somebody helpppppp!!!!"

"maakkk.. aku janji aku nak blajau rajin2 dari awal.. sape sudi amik pekse tuk akuuuu......"

semoga kita tidak tergolong dalam kalangan insan2 yg ucap seperti kat atas..

*gerak himpunan isa akan datang. pakat2 hitam
15 Julai 2009

Temuduga daripada Allah


klik untuk paparan yang memuaskan

pesanan untuk diri, untuk semua.
Bismillah..

pelik, 2 orang pelajar di dalam kereta ustaz. juga rakan sekelas saya. pelajar yang tinggal di asrama. cemburu juga, di kala panas2 ni, duduk dalam kereta ber-air cond. mereka siap membawa beg. mahu pulangkah? loceng balik belum bunyik! aah, diorang xsihat kot, mungkin ada urusan peribadi.

tidak terlalu heboh, tidak terlalu diam. saya masuk ke kelas. sahabat2 memberitahu, salah seorang daripada kami disyaki H1N1. sepulang 2 orang rakan ini, seorang daripadanya hanya disyaki. seorang lagi mungkin sihat alhamdulillah saja. inshaAllah..

semasa menunggu abah menjemput balik, becok mulut junior, katanya, seorang rakan sekelasnya dikuarantin dikhuatiri h1n1. dengarnya, pelajar itu demam, selsema.. dan tidak ke sekolah. walaupun asrama tidak jauh dari sekolah.



Ya Allah, jauhkanlah bahaya dan mudarat itu daripada kami.. semoga mereka lekas sembuh agar dapat meneruskan pelajaran seperti biasa.. amiin.. inshaallah.. Smileys

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

3x pada waktu pagi. sahabat saya pesan pada saya, saya panjang2kan lagi..


banyak manfaat apabila kita mengamalkan ma'thurat. termasuk doa2 yang dapat menjauhkan kita dari musibah. amalkan 2x sehari. inshaAllah..

alhamdulillah, sudah beberapa hari sampai barang kiriman dari kakak di alex. kak hidayah, trima kasih yeh sebab menjadi posmen..
09 Julai 2009

Ukhti, Kamu Jaga Diri, Allah Jaga Kamu


Dua2 kene jage pandangan mate!

“ Perempuan yang suci adalah perempuan yg dijaga oleh Allah, tidak sedikitpun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya…kerana Allah teramat mencintainya..

Tetapi andai kamu bergelumang dengan cinta lelaki, dimana Allah untuk menjaga kamu? Allah seperti melepaskan kamu kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kamu”

“ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna Allah mahu untuk ambil kamu kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu2??

“ Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan..”

“ Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya..-Imam Ghazali”

Ukhtiku..aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Ukhtiku.. aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran..dari hidup dalam kesesatan..kerana jangan lupa ukhtiku..muliamu bukan pada pangkat dan harta..tapi muliamu kerana ISLAM..
Sumber

______________________________________________________________________________________________

Bismillah..

Beringat untuk bersama. Saya muslimah, dan kamu juga muslimah. Kamu yang bukan muslimah? Pesan pada muslimah adik, kakak, kawan, sepupu kamu. InshaAllah..

Hm, kadang kala saya melihat, ada antara kenalan; yang mungkin saya kenal dia, mungkin diri saya sendiri (banyak kemungkinan), tahu nama saje, di maahad, kenalan di alam maya, @ di mana2 sahaja - menghadapi masalah hati. Samada melalui hp-kah, atau ym-kah, atau pandangan mata-kah? Kalau kamu jaga hati, Allah pasti bantu kamu untuk menjaga hati. Kamu nak buat baik, pasti Allah bantu kearah itu. Sama2 kita jaga hati kita. Ya Allah, teguhkan hati kami.. Amin.. InshaAllah..
12 Jun 2009

Mati Hidup


Sedarkah kita kenyataan ini?

Hidup bukan untuk hidup, tapi hidup untuk Yang Maha hidup.

Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan cari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.

Kerana mati ialah pintu berjumpa Allah.

mati bukan cerita akhir dalam hidup, tapi awal cerita sebenarnya.

Jadi sahabat-sahabatku sekalian, bersediakah kita untuk memulakan cerita yang sebenar?

Bersediakah kita untuk berbicara di muka perbicaraan-Nya nanti?

Pastikan setiap tentera yang menggerakkan roh dan jasad kita.

Hidup untuk Maha Hidup, bukannya hidup untuk hidup!

trimas ya kak sal..
05 Jun 2009

Jika Dakwah




Jika dakwah ialah udara yang terhembus setiap saat
Maka jagalah agar ia tetap terhirup
Dan kita tetap bernafas kerananya
. . . . .

Jika dakwah ialah pedang-pedang yang siap dihunuskan
Maka jadilah pahlawan-pahlawan
yang akan memainkannya di medan laga
. . . . .

Jika dakwah ialah jalan yang panjang
Maka jangan berhenti
Selagi kita temukan penghujungnya yang terang benderang
. . . . .

Jika dakwah ialah bunga
Maka serbukkanlah rekahnya
Agar ia terus menebarkan wangi ke seluruh pelusuk dunia
. . . . .
Mesej daripada ukhtie Zahrah . . . Syukran ya ukhtie . . . http://emo.huhiho.com
03 Mac 2009

4 Great Ways of Living


love Allah~

im chatting with my sister, now studying in egypt course syariah islamiyah.she gave me suggetion to write an english short story in my blog.but how?my english is very poor, broken and very troubled..he2..hurm.. after some times of thinking,i thought it was a good idea, to improve my english too. lots of benefits i cn get. as my first step,, i 'll share 4 great ways of living to all my friends and riwayatulhayah blog's readers..

4 Great Ways of Living

1st

Look back and thank Allah
2nd

Look forward and trust Allah
3rd

Look around and believe Allah

4th
Look within and find Allah

-by kk F
26 Februari 2009

Nasihat Buat Diriku

Bismillah..
Saya ckp busan (actually, malas) nak delete mesej2 dalam inbox handphone saya.. he2.. satu kerja mingguan saya.. seminggu berkali mendelete.. selalu je dpt amaran, no space, no space, no space.. kadang2 dapat mesej yang berbentuk nasihat, peringatan, pedoman.. jadi syg la sgt nak delete.. tamabh2 pengirimnya dari org yang tersayang.. ehe.. bila xda ruangan tuk terima mesej baru, kena la delete2 mana2 mesej.. saya pun mencari jalan agar mesej2 tersebut hilang mcm tu ja.. erm.. aha.. knp x saya simpan je dalam blog saya ni? cuma kena type semula aja.. ehe.. tp, asal ada kemahuan utk mengekalkan mesej itu agar x didelete dek ain nih, tambah2 lagi dapat share dengan rakan2.. itu la amal jariah yang dapat saya sumbangkan.. ehe.. dapat la saya refer kembali mesej2 yang telah dikirimkan.. jom mula menype..~


Renungkan:

Dalam hati ibu berkata: "Pergilah anakku.. Belajarlah bersungguh-sungguh.. Jangan kau lemas dalam kebebasan yang diberikan.. Ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan percaya kepada kamu, kerana kamu anak ibu.."

Dalam jiwa ayah berbisik: "Anakku.. ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa dihujung namamu.."

SELAMAT BERJUANG:-)


-Message received from kak nadirah IPPM