Tika langit dunia runtuh moga Allah teguhkan aqidahmu..
Jika kesusahan datang moga Allah kuatkan hatimu..
Pada hati yang gelisah moga kasih Nya sentiasa bersamamu..
Moga ukhwah terus utuh dalam dakapan rahmat Nya..
-Kak Sal
Amiin..
Hidup hanya sementara, jasad cuma pinjaman, nikmat juga ujian, maka mengapa terlalu mengejar duniawi, sedangkan akhirat yang kekal abadi..
| Zaili Muhammad Fri | May 08, 09 | 3:53:30 pm MYT | |
| MELAKA, 8 Mei (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan Hari Terbuka Muslimat Melaka yang akan diadakan pada 10 Mei ini bertempat di Dataran HAMAS, Sempang Kemendor, Jasin, di sini. Majlis yang julung-julung kali diadakan itu akan bermula pada pukul 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan dijangka berakhir pada pukul 5.30 petang, di mana upacara perasmian akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Serentak dengan itu akan diadakan tiga upacara pelancaran iaitu pelancaran Dana Kebajikan Muslimat, Kelab Penyokong PAS dan Kempen 'Kita Bersaudara'. Pelbagai pameran dan acara diadakan untuk memberi peluang kepada orang-ramai mengambil bahagian seperti pertandingan tarik-tali lelaki berpasukan, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan pertandingan untuk wanita seperti gubahan hantaran, anyaman ketupat, masakan lauk serta silang kata terbuka kepada semua. Pada sebelah petangnya pula turut diadakan persembahan pelajar Pasti dan persembahan busana anggun bestari yang bertemakan 'syariat ditepati, keterampilan diangguni'. Selain itu satu forum Pakatan Rakyat yang bertajuk 'Menjana Gelombang 13' turut diadakan pada jam 3.30 petang dan disusuli kemudiannya acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada program tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran GMI dan Palestin, aneka jualan, jumble sale, kempen daftar ahli dan lain-lain lagi. - mns_ Sumber: http://www.harakahdaily.net/ *Ape tunggu lagi? Mari le beramai ramai. Ajak kaum keluarga sanak sedara sepupu sepapat kaum kerabat hadir. Jumpa anda di sana........................................ |
اللهم ﺇنا نجعلك في نحورأعدائنا ونعوذبك من شرورهم اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم ياالله ياالله ياالله اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب ﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka
Copyright © 2008 Riwaayatul Hayaah
Design by Design Disease | Blogger template by Blog and Web