bismillah Pictures, Images and Photos
29 Mac 2010

Jom Heboh: Format asing penonton tiada masalah

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sumber: Harakahdaily.net


Alhamdulillah, Bandaraya Islam yg membangun! =)

Beginilah hasilnya apabila ulama' diletakkan di ranking atas dalam pentadbiran.

TAKBIR!


khusyuk dalam solat mengajar kita fokus dalam pekerjaan seharian. subhanallah~


RAHSIA KHUSYU' DALAM SOLAT

Mendorong Khusyuk Dalam Solat AgamaYa Allah..tunjukkan kami jalan yang lurus,iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya,bukan jalan yang Engkau murkai,dan bukan pula jalan mereka yang sesat..Tetapkan imanku ya Allah,Untukku terus mencari cintaMu.

Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, (selain sujud sahwi..)

1. Berdoa

Terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:

2. 'Tinggalkan dunia'

Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar.

Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita.

3. Usaha hati

Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan.

Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda.

4. Tanam Rasa Cinta Pada ALLAH

Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

5. Perasaan takzim kepada ALLAH

Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah.

6.Perasaan al-haibatu wal khauf

Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya.
Allah berfirman di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.

7. Menaruh harapan

Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapan para sufi yang bermaksud:

Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku.

8. Malu pada ALLAH

Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang sama ada daripada segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah.

9. Memahami bacaan solat

Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya.

10. Hindar situasi gangguan

Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.

11. Mendengar cerita orang yang khusyuk

Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi.



*minggu bahasa arab mampir. fokus dalam tugasan!
13 Mac 2010

bermula solat ghaib berjemaah

Perginya Sheikhul Azhar, Sheikh Tantawi, al fatihah. Status di YM, facebook, blog dll menyatakan pengkhabaran pemergian beliau. Ketidaksangkaan, ketidakpercayaan, kegumaman, keralatan (serta byk lg ke..ke..ke..ke) dan pelbagai perasaan yg timbul.




Jumaat- 12 Mac 2010, sehari selepas acara merentas desa peringkat ma'ahad (yg dimaksudkan di sini, kaki sudah sakit2). Setiap hari jumaat pelajar2 Ma'ahad Ar-Rahmah akan berkumpul di surau ma'ahad, membaca surah yasin beramai-ramai. Kelihatan pelajar2 berpusu-pusu menuju ke surau, masuk ke dalam surau dengan langkah kaki kanan, membaca doa, memenuhkan ruang kosong di dalam surau, bersalaman antara rakan2 seperjuangan. Bacaan yasin diketuai oleh salah seorang pelajar tingkatan 5.

Usai doa dibaca, hari itu terus dimeriahkan dengan majlis ilmu: taman syurga: tazkirah yg disampaikan oleh al fadhil tuan mudir. bersempenakan keputusan STAM dan SPM yg baru keluar (Alhamdulillah, peratusan tahun demi tahun semakin meningkat), tuan mudir memberi tazkirah berkisar ttg hidup sbg seorang pelajar, membina keyakinan, meningkatkan semangat. pelbagai tips telah dikongsikan. motivasi demi motivasi telah disampaikan.

Tazkirah sudah mencapai tahap penurunan dan menghampiri kepada peleraian (ala2 sastera bhs melayu). kami, pelajar Ma'ahad diberitahu agar bersiap2 untuk menunaikan solat ghaib yg bakal diimami oleh Ust Khairi. benar, kebanyakan guru2 lepasan Universiti al Azhar. Senior2 kami juga sedang menuntut di sana. jadi, solat ghaib diadakan bg mendoakan ulama' yg disanjungi ini.

Pelajar2 bersiap2 utk mengangkat wudu'. drpd yg senior hingga sekecil2 junior. Alhamdulillah, mereka didedahkan dgn ilmu solat ghaib ini.

"Kak, solat ghaib tu apa? nak bace apa?" -kelu saya dibuatnya..

Pada masa yg sama, kawan2 bersyukur krn solat ghaib dilaksanakan dgn hanya berdiri (kebanyakan mereka sakit2 kaki selepas merentas desa solok gaung, alangkah mahu duduk pun sudah mengeluh).

Seqadar itu perkembangan yg mampu disampaikan. serasa saya, solat ghaib ini pertama kali diadakan sejak saya bersekolah di sana. solat jenazah, Alhamdulillah, sudah lazim bagi banin. nampaknya perlu mendalami ilmu solat ghaib. kelak mudah andai terjadi apa2 =)

Oh.. ini takrifan solat ghaib secara ringkas, rujuk: http://www.iluvislam.com/
01 Mac 2010

iklan solat : jom solat



nak jumpe kat malaysia? tgk kat internet jer la.. xthu plk oasis pun ada kan.. jom kita koreksi lagi diri kita.. biar berkali2, beribu-ribu kali, mg kita dapat baiki diri kita kan..

Firman Allah swt yg bermaksud:

“Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Al Maaun : 4 & 5)


so, bape banyak kali kite lengah2kan solat, lalai dalam bab taharah dsb.. org yg xsemayang langsung neraka ape plk? bayangkn la..

seqadar perkongsian utk kte bersame..

Allah S.W.T. berfirman: Maksudnya:

“Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.” (Surah al-Mukminun : 1-3)

akhirulkalam utk kali ini, renung2kan dan selmat beramal..=)
22 Februari 2010

Muhasabah yang tak disangka-sangka

Pagi Hari Isnin itu, Hanis, pelajar tingkatan 5 di Ma'ahad At Taqaddum, mula bengang dengan muslimin setelah mendapat tahu dirinya dipermainkan. Dirinya seakan berasa malu. Hanis geram. Katanya, tidak mahu memaafkan insan yang sanggup mempermainkannya. Memberontak hatinya untuk mengajar mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Namun, akal yang waras menghalang.

Semalam, program usrah dan qiamullail di sekolah yang diadakan setiap bulan berjalan seperti biasa. Tetapi pada tahun ini, Hanis dan rakan2 seperjangannya telah mencadangkan kepada guru biro dakwah agar memberi keizinan untuk pihak nuqaba' (naqib/ah2) mengadakan slot muhasabah.

Petang pada Hari Jumaat terasa meriah. Hanis selaku penjaga kaunter pendaftaran kelewatan 15 minit. Jam 5.15 petang, para peserta program mula hadir seorang demi seorang. Walaupun pendaftaran dibuka sehingga jam 6 petang, namun masih ada pelajar yang lewat. Ada yang sengaja, ada yang tidak disengajakan kerana masalah kenderaan, kelas tambahan, jauh dan sebagainya. Jam 6 lebih, para pelajar mula berkumpul di dalam surau yang indah. Mereka memulakan bacaan ma'surat.

Tentetif seterusnya berjalan. Makan malam, solat maghrib berjemaah, kuliah selepas maghrib, solat isya' berjemaah dan acara pelancaran usrah memandangkan program ini diadakan kali pertama untuk tahun 2010. Usai lafaz bismillah diucap oleh perasmi, maka akan bermulalah usrah sebentar lagi. Usrah di adakan di padang sekolah bagi memberi seasana lain kepada ahli2 usrah. sebatang lilin dibekalkan untuk 1 kumpulan usrah.

Ustazah Samirah selaku guru pemantau untuk program ini mengisyaratkan kepada naqibah2 agar menangguhkan usrah bagi meneruskan sesi seterusnya, kudapan. Acara kemuncak, slot muhasabah yang bakal dikendalikan oleh naqibah2. Sementelahan pelajar2 perempuan berkumpul di dalam surau yang menjadi tempat penginapan muslimat, mereka diarahkan membuat 1 halaqah dan duduk dengan selesa. Lampu surau dimalapkan memberi suasana yang sesuai untuk bermuhasabah.

Mikrofon digunakan untuk slot muhasabah ini. Semua naqibah memastikan hanya speaker di dalam surau sahaja terpasang. Seorang naqibah iaitu Hanis, telah ditaklifkan untuk memberi gambaran seorang ibu. Melakonkan suara sang ibu yang penat menjaga anaknya. Sayu. Seolah-olah pelajar2 mendengar monolog sang ibu. Sedu- sedan pelajar2 telah kedengaran. Akhirnya, mereka ketangisan lagi apabila naqibah2 membuat suasana seakan-akan sang ibu meninggalkan sang anak. Kesimpulan diberi dan lampu dibuka. Kelihatan bengkak2 mata pelajar2 dek kerana menangis. Menangis bukan kerana lemah. Air mata yang berharga malam itu. Pelajar2 dan naqibah2 bersalaman, bersurai dan bersiap2 untuk tidur memandangkan jam 4.30 pagi mereka akan bangun untuk bermunajat dan berqiamullail.

Pagi Sabtu, usai bergotong-royong dan bersarapan, semua pelajar bersiap sedia untuk pulang. Ada juga yang bersiap untuk terus ke kelas tambahan yang berlansung di sekolah. Hanis bersiap untuk ke kelas tambahan walaupun terasa agak penat.Tapi digagahkan juga kaki menuju ke kelas. Program yang berjalan selama 2 hari tersebut begitu bermakna bagi Hanis kerana telah berusaha bersama rakan2nya mengendalikan slot muhasabah.

Mengingatkan slot muhasabah tersebut, Hanis mula panas. Hari Isnin itu, Hanis diberitahu oleh rakan2nya yang muslimin (mereka dalam kalangan naqib2!) duduk berhampiran surau mendengar slot muhasabah muslimat. Mana tidak berasa bengang, surau tangis Hanis yang dibuat-buat menunjukkan tangis sang ibu didengari oleh muslimin. Tambahan pula, mereka mengajuk-ajuk lakonan Hanis lagak membuat pentomen. Diikutkan hati, memang tidak boleh diterima langsung perbuatan mereka.

Tapi, kononnya muslimin respek kerana muslimat membuat muhasabah. Muslimin? Sudahlah slot muhasabah yang julung kali diizinkan oleh ustazah tidak ada, malah sibuk mengajuk-ajuk muhasabah yang diadakan oleh muslimat. Betak hati Hanis. Mujur ada sahabat yang menenangkan hati Hanis. Gusar pula bertandang di hati, apa muslimin di sekolahku tidak mahu bermuhasabah? Tidak mahu serius posmotem diri?

[Bersambung agaknya..]
09 Februari 2010

satukan hati2 kami, pastikan kami bersatu

Ya Allah, sentuhlah hati sahabat2ku ini, sentuhlah hatiku ini..
Terlalu banyak perkara utk hati yg satu ini..
Saat aku dan dia jauh dari Mu, peluklah hati kami..
Saat aku dan dia mencintai sesiapa lebih dari Engkau, peliharalah iman kami selalu..
Jadikan kami hamba-hamba yang banyak berdoa, beristighfar dan mengangis dihadapan Engkau agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu datang daripada Engkau Ya Ilahi..

"Sesuci hati kerana Allah itulah hakikat cinta abadi"

yes, terlalu banyak utk hati yg satu ini. pilih, pilihlah yang molek2. asalkan ia cantik pd Allah. kesetiaan kepada teman, kawan, rakan seperjuangan boleh memberi impak yg besar dalam jihad fi sabilillah. bagaimana mungkin sesuatu kumpulan itu boleh maju ke hadapan jika tiada sifat saling mempercayai antara 1 sama yg lain? masih boleh menyinggung hati si sahabat, masih mengata pekungnya, masih tidak menjaga aibnya, masih tidak pandai mengambil hatinya, masih membiarkannya terus dalam kesilapannya.

sesungguhnya aku mahu memperbaiki diriku juga, menyucikan hatiku~
03 Februari 2010

Kursus Kepimpinan Pelajar 2010!

bismillah..

hujung bulan januari. kehadiran memuaskan. 29 dan 30 haribulan januari detik utk bergerak. detik utk menggempur minda! para pimpinan ma'ahad ar-rahmah hadir ke tapak ma'ahad.. kursus ini dikendalikan oleh alumni ma'ahad ar rahmah.


pimpinan2 ma'ahad ar rahmah 2010! kami sedia dipimpin utk menjadi pemimpin~


aktiviti kemuncak; night walk.. brhati2 sokmo.. ap yg pnting? krjasama~ pserta2 diuji dgn prlbagai rintangan agar pergi balik dgn slmt!



sdh kuasai ilmu jurus kertas kerja? pljr sini alhamdulillah.. ;)


barisan penceramah yg brpengalmn mngndalikan organisasi. ayyuhal asaatizzz, jazakumullah!

mg thn ini lbh ajmal dan lbh baik dr thn2 yg lalu. kursus yg sy hadiri ini ckp bermakna jg bg insan2 yg inginkan kemajuan dalam diri mreka. inshaAllah.. tajdid perjuangan! jutaan trimass buat yg mghulurkan bntuan scra langsung n xlangsung!

11 Disember 2009

Kem Bistari Remaja Mithali 2009



Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Nisa Kawasan Jasin telah menganjurkan satu program Kem Bistari Remaja Mithali pada 1 Disember 2009 hingga 3 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Azzawiyah Umbai. Program yang merupakan salah satu daripada agenda tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin ini turut disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah menengah dan muslimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang meluas kepada remaja khususnya remaja muslimah berkenaan dengan gerak kerja organisasi dan kepimpinan.


Selain itu, kem yang diadakan ini juga bertujuan untuk membentuk keperibadian remaja khususnya remaja perempuan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan sahsiah diri selain menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak remaja solehah. Menurut pengarah program , Puan Hjh Shopiah binti Ahmad (gambar), program yang dianjurkan pada tahun ini lebih berjaya berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini dan berjaya menarik perhatian remaja khususnya daripada pelbagai latar belakang dan pemikiran keluarga. Di dalam program ini, peserta didedahkan dengan apa yang dikatakan sebagai Nisa dan Muslimat dan bagaimana ianya bergerak.

Pengarah yang juga timbalan ketua muslimat negeri turut menyatakan bahawa pada masa kini,kem yang dianjurkan ini juga adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri anak-anak remaja khususnya remaja muslimah dalam menghadapi cabaran dan juga dugaan yang berlaku apabila berada dalam situasi kehidupan yang sebenar. Antara pengisian yang disediakan antaranya slot motivasi, uji minda, gerak kerja berkumpulan, qiamullail dan kapsul iman. Menurut pandangan dari salah seorang dari pimpinan yang turut hadir, Puan Hjh Kintan Man (gambar), program yang diatur ini sememangnya memberikan kesan yang mendalam didalam jiwa para peserta malahan ada peserta yang mudah untuk menitiskan air mata dek kerana insaf atas segala kekurangan yang ada pada diri.




Menurut beliau lagi, dewasa ini, ibu bapa lebih banyak mementingkan kepada pencapaian akademik berbanding pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Penekanan terhadap akhlak dan juga pembinaan jatidiri adalah perlu bagi seseorang remaja yang bakal menjadi salah satu daripada aset negara dan agama. pemumpuan terhadap akademik dan pencapaian luaran tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai peribadi seseorang dan beliau yang juga naib ketua muslimat kawasan jasin juga merasakan program ini mempunyai manfaat dan sewajarnya diteruskan.


Salah seorang daripada peserta yang kali pertama mengikuti program ini, adik Nursyahirah Aqilah binti Jalil (gambar) menyifatkan program yang dianjurkan ini banyak memberikan pendedahan kepada beliau bagaimana untuk membentuk sahsiah dan peribagi seorang muslimah yang berwibawa dan sejati. Selain itu, menurut adik syahirah lagi, disamping dapat bertemu dengan kawan-kawan dari kawasan yang lain, melalui program ini juga, beliau dapat mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan nisa dan muslimat serta bagaimana ianya beroperasi. Menurut Adik Nusaibah binti Mohd Nazri, 13, pula, melalui program yang dianjurkan ini , para peserta akan dapat mengetahui pelbagai ilmu baru disamping menyemaikan semangat ukhuwah islamiah dan tanggungjawab.Pelajar maahad Hafiz kelang ini berpuashati dengan segala aktiviti yang dianjurkan serta dikendalikan oleh fasilitator yang berkelayakan dan mencadangkan agar program yang seumpama ini diadakan setiap tahun.



Terdahulu dalam majlis yang sama juga, para peserta turut melafazkan ikrar akan berusaha untuk menjana diri dan pemikiran menjadi Nisa dan Muslimah yang berdisiplin dan akan melaksanakan segala tanggungjawab yang bakal diamanahkan nanti.

Sumber: Jasin Daily Online