bismillah Pictures, Images and Photos
24 Oktober 2010

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Sumber


    Bismillah

    Semasa berada di tingkatan 4, Guru saya pernah memberitahu, mengikut fatwa, inai haram dipakai kerana bercorak macam tatu.

    "Hah, risau pelajar perempuan dengar inai tak boleh pakai time kawen," katanya. Lebih kurang.

    Huh, kalau ditenung lama-lama, cantik juga kalau jari-jemari ini berinai. :-) Tapi peraturan di Ma'ahad tidak membenarkan pelajar berinai, kecuali ada masalah kesihatan. Adakala terasa malu juga kalau berinai kerana kebiasaannya orang yang berkahwin saja jari2nya merah menyala dek inai.

    Keputusan carian ini agak melegakan hati saya. Jadi, tak perlu risau lagi kalau nak berinai, yek? Ikut batas2 yang telah digarislah yek! ^_^

19 Ogos 2010

aku tak sekuat baginda

bismillah..
ya rasulallah..
diri ini tak sekuat dirimu..
tapi kucuba mengikut caramu..
sejarahmu sentiasa memotivasikanku..
peransang tuk terus berdiri dengan gagah..
adakala terjatuh juga..
kutahu sakit yang kurasa tak seperti kuatnya sakit yang dirimu terima..
namun kucuba berdiri..
kerana kutahu sungguh bahawa perjuangan itu penuh dengan onak..




kubencikan keadaan dunia kini..
bawalah aku pergi jauh..
kalaulah dirimu di sini..
kusedar sebenarnya pejuang2 amat dekat denganmu..
sungguh hakikatnya jalan lurus terbentang..
sahabat2 sentiasa bersama..
apa yang dirimu tinggalkan untukku amat besar..
kutak perlu gentar lagi..
akan kuberjuang menyambung amanah ini..
hinggalah di hujung nyawaku..

aku insan lemah~
06 Ogos 2010

kalam Imam Syafi'e - 4 Perkara-

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

25 Julai 2010

marah

bismillah.

terasa marah apabila saudaraku diperendahkan.

apa aku juga pernah melakukan seperti itu?

ampuni dosaku Ya Allah, andai aku pernah melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

andai aku marah dengan perbuatan itu, perlulah aku marah yang tidak kerana nafsu semata-mata.

kerana marah dengan dorongan nafsu semata, akan merugikan aku.

aku belajar, marah itu ada, tapi perlu pada tempatnya.

setelah ini, aku akan cuba juga bersabar daripada marah andai marah itu disertai nafsu.

rasional.

itu akan menambah baikkan keadaan.

semoga berjaya, aku dan sahabat-sahabat yang menghadapi situasi amarah.
03 Julai 2010

Kenapa menangis. . .

kenapa kamu menangis?

kerana. . .
dicerca,
diejek,
dimarahi,
diperli,
dipulau,
dipersalahkan,
dijadikan bahan sendaan,
dikutuk,
diburukkan,
terang-terangan atau. . .
di belakang. . .

sedih, pilu, lemah, hampa. . .

bukankah kamu cuba melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar?

walhal cuba untuk menasihatinya,
mengingatkannya,
menegurnya,
mengajaknya kepada kebaikan,
memintanya agar menjauhkan keburukan,
mahu bersama menyucikan hati. . .
bersama dengan hati yang bersih mengorak langkah. . .

andai ada kesilapan, tegurlah, bukan dibalas dengan kutukan. . .

menangislah wahai sahabat andai itu dapat meredakan api kemarahan dan dendammu.
menangislah kerana dengan air mata yang gugur itu akan menggugurkan kesedihan kamu.
bangkit bersemangat, usah lemah, kamu kental, kamu kuat, kamu memaafkan kesilapan mereka.
mereka tidak tahu, tidak mengerti, tidak faham.
ketahuilah, jalan-jalan itu yang pernah dilalui RASULULLAH, PARA SAHABAT, GOLONGAN YANG MENEGAKKAN KALIMAH LAILAHAILLALLAH.
kamu mengikuti sunnah perjuangan baginda, dan pastilah kamu tidak keseorangan.
sabarlah untuk sementara waktu yang singkat ini sebelum dijemput ILAHI.
sangat singkat.
23 Jun 2010

Jangan jadi malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"

Sumber

Saya>
Tak sangka ada jugak yg bagi alasan malas sebegitu..
kenapa perlu bermalasan sedangkan kalau nak diikutkan, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim lg banyak drpd masa yang kita ada.. bak kata2 Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna, begitulah..
semoga mendapat manfaat bersama.. renung-renungkan.. =)



malas nak mengumpat.. tak suka buat maksiat..
19 Jun 2010

SUKMA DI MELAKA GAGAL....

SUKMA di Melaka berbaki 2 hari lagi. bermacam - macam berita negetif yang dapat dilihat, cuma pihak media tak pandai buat liputan. bak kata perpatah : Indah Khabar Dari Rupa. Pertama, sasaran yang diwar - warkan Melaka akan capai 60 pingat emas, jauh tersasar..... kedua, sambutan penonton hambar dan layu. Khabarnya pelajar - pelajar sekolah dan kolej dipaksa hadir ke veneu tampat pertandingan. Ketiga, makanan para atlit tidak terurus. Keempat, sasaran pelancong sukan yang diwartakan oleh Ali Rustam 500 ribu, angan - angan Mat Jenin.... Kelima, urusan tapak perniagaan sempena SUKMA gagal diuruskan oleh penganjur yang dapat tender.
Saya difahamkan tiga tapak utama disewakan untuk perniagaan iaitu Kota Fesyen, MITC dan Stadium Hang Jebat. Ratusan khemah perniagaan disewakan dengan harga yang agak tinggi, tapi semua gulung tikar lebih awal kerana tak ada pengunjung serta tiada program menarik untuk orang berkunjung.
Saya serta rakan - rakan pimpinan DAP dan AMK sempat melawat peniaga - peniaga malang terbabit, banyak aduan yang kami terima tentang sikap penganjur yang keterlaluan. Hingga menggunakan khidmat gengster memukul peniaga semata - mata untuk mendapatkan baki wang sewaan. Saya sungguh bersimpati, apatah lagi ada yang datang dari luar Melaka mencari rezeki, tapi kerugian dan penghinaan yang mereka perolehi. Ada yang mengatakan mereka tak akan datang ke Melaka lagi untuk berniaga. ya, saya pun setuju selagi UMNO memerintah Melaka, nasib anda tak ada jaminan, walau pun anda melayu lagi UMNO.

Sumber

Saya> Boleh jalan da ali rustam.. :-p yg jd mangse sape? rakyat melake le bee.. melake maju due ribu sepuloh~

nk igtkn, sukan jg 1 ibadah..
12 Mei 2010

Tutuplah pekung saudaramu..

Bismillahirrahmanirrahim..




Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,:
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Alloh akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya.”
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Makhluk A: Hang nak tau? Si x mengamuk tak tentu pasal semalam.. Alkisah Si x kena tinggal bas. Sudah la ramai duk perhatikan Si x.........

Makhluk B: Ya ka? Agaknya Si x tak sihat, tu pasal emosi dia tak terkawal............

Makhluk C: Mana...... Memang sejak azali perangai Si x macam tu. Tak tau ka? Memalukan betul........

Makhluk-makhluk: Oooooo.........

Seronok aibkan orang?
Atau, seronok diaibkan?
Cuba letakkan diri kalian pada tempat orang yang kalian aibkan.
Malu?
Tak pun kalian bayangkan Tuhan aibkan kalian depan umat2 Nabi Adam hinggalah umat Nabi Muhammad.
Sekarang, apa rasa??
Tapi inshaAllah, kalian tak kan buat perkara seperti ni, kan? =)
Pastilah kalian dan penulis sendiri mahukan aibnya ditutup oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Sudah2lah tu, cerita yang tidak diketahui kesahihannya, janganlah disebar-sebarkan. Apatah lagi ditokok-tambah. Siasat dulu cerita2 yang orang bawa sebelum percaya bulat2. Kelak, memakan diri~

Pesanan ini disediakan khas untuk penulis dan yang mahu mengambil peringatan. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk manusia. =)