bismillah Pictures, Images and Photos
17 Disember 2010

Ujian bertulis terakhir SPM



4.00 petang.

Jawapan disemak. Masih berbaki beberapa soalan yang memerlukan pembetulan dan isi untuk dipenuhkan. Perah, perah, perah lagi otak. Jangan biarkan kosong. Lebihkan jawapan?

4.20 petang.

“Perhatian kepada semua pelajar (sebelum ni ketua pengawas tu sebut –calon), anda masih ada 10 minit lagi sebelum tamat waktu peperiksaan. Sila ikat kertas tambahan dengan keadaan kertas jawapan di bawah sekali. Tak perlu tebuk dan buat lubang. Mana yang sudah ikat terbalik, tak ada masalah. Jangan gelabah, jangan takut.”

Ketua pengawas sangat baik. Sikit pun tak tensyen, pada wajahnya dan yang pasti, kami. Alhamdulillah.

Pandang kiri. Sahabat saya berkata ‘tebuk’ tanpa suara. Saya cuma tersengih. Mungkin ada dalam kalangan kami yang menebuk kertas jawapan. Kesilapan yang dimaafkan.

4.30 petang

Jam seolah-olah memberitahu kami “kau dah merdeka, sudah tamat!”. Alhamdulillah. Itulah ungkapan yang kukira terbaik untuk diucapkan.

“Perhatian kepada semua calon, masa untuk menjawab telah tamat. Sila ikatkan kertas jawapan anda beserta kertas tambahan. Cikgu2, sila kutip kertas,” memberi arahan dengan tegas, tetapi penuh wibawa.

“Sementara menantikan kertas anda dikutip, calon2 bolehlah menyemak angka giliran dan nombor kad pengenalan,” tambah ketua pengawas. Suaranya kedengaran melalui corong2 pembesar suara membuatkan saya yang berada di belakang dapat mendengar dengan jelas.

Kertasku diambil. Pusingkan kepala. Kulihat wajah sahabat2 penuh dengan seri. Ada yang berjabat tangan dan mengucap tahniah. Gembira. Dewan peperiksaan mula riuh.

Sebelum kami meninggalkan dewan peperiksaan, ketua pengawas menyampaikan 2 pesanan yang bermakna buat kami.

Pertama, kami dinasihatkan agar memenuhkan masa lapang dan cuti sekolah yang panjang ini dengan perkara dan aktiviti yang berfaedah. Itu sudah pasti kami tahu cikgu. Cuma perlaksanaannya kurang. Rasanya.

Kedua, mana2 kad pengenalan yang sudah rosak, boleh dibuat baru dengan bayaran RM10 sahaja.

“Saya tengok ada yang sudah rosak kad pengenalannya; sekeping2 diasingkan di atas meja.”
Tersengih. Itu saja. Ketua pengawas seorang yang peramah.

Akhir sekali, beliau berharap agar kami mendoakan para pengawas peperiksaan selamat di dunia dan lebih2 lagi di akhirat, begitu juga diri kami. Itulah persepsi orang luar terhadap pelajar agama yang berkopiah putih, bertudung labuh. Tidak lupa mengharapkan doa daripada golongan ini. Realisasikanlah, baikpulihkanlah, tambahbaikkanlah.

Para pelajar bersalaman dengan pengawa-pengawas peperiksaan. Adab dijaga walau di mana juga berada, dengan siapa jua.

Tiada lagi buku SPM yang perlu dibaca pada lewat malam, tiada lagi latih tubi SPM yang dibuat, tiada lagi ‘ah, bawak slip SPM dan IC’. Yang tinggal hanyalah kenangan, pengalaman. Apa yang penting sekarang, meneruskan pengharapan agar Dia memakbulkan doa kami, agar Dia melembutkan hati pemeriksa kertas kami, agar Dia member kami rezeki untuk mendapat keputusan yang cemerlang. InshaAllah. Harapan itu dimaksudkan lagi dengan berdoa dan melakukan solat sunat hajat.

Orang yang merdeka. Tapi tidak sesekali merdeka daripada menuntut ilmu, itu yang pasti.

Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1, jam 2 pm, mata pelajaran terakhir. Pengalaman diri.

16 Desember 2010, selamat tinggal.
11 Disember 2010

Sakit hati? Ubatilah.

Penyanyi: Opick

Tajuk Lirik Lagu: Obat Hati

Tombo ati iku limo perkarane

Kaping pisan moco Qur'an lan maknane

Kaping pindo Sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng engkang luwe

Kaping limo dzikir wengi engkang suwe

Salah sakwijine sopo biso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Tombo ati iku limo perkarane

Kaping pisan moco Qur'an lan maknane

Kaping pindo Sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng engkang luwe

Kaping limo dzikir wengi engkang suwe

Salah sakwijine sopo biso ngelakoni

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Quran dan maknanya

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perpanjanglah

Salah satunya siapa bisa menjalani

Moga-moga Gusti Allah mencukupi


HENTIKANLAH UCAP 'SAKITNYER ATI AKUUUUUUU'. Sebaliknya, rawatla hatimu. ^_^