bismillah Pictures, Images and Photos
30 April 2009

Perkasa Diri, Menuju Wawasan


Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa

Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam zaman lampau taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
'Wawasan dunia dan akhirat'
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan anbiya' pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH


Sungai damai mengalir..

Perkasakan diri dengan ilmu. Semoga hari esok dapat hadapi dengan cemerlang. Jangan risau. Jangan pening pening. Menuju wawasan~ Sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenalah rajin-rajin, terima nasihat orang lain dengan hati terbuka, tak melenting tak tentu pasal, sungguh banyak ciri-ciri pelajar cemerlang. Bukan semangat saja membara, jangan banyak motivasi saja, jangan banyak angan-angan je, tapi jangan lupa MEMULAKANnye.. Fighting!

Karutan tamat!
27 April 2009

Bawang Besar

onion Pictures, Images and Photos
Bawang yang kepeningan~

Bismillah..
Pasti semua tahu macam mana perasaan bila kupas kulit bawang? Sedihkan? Tapi sekarang bukan untuk dicerita macam mana rupa bawang, nama saintifiknya, kegunaannya, atau berkaitan bawang..

Perjalanan semakin rumit. Cukup sukar untuk dikatakan buat masa ini. Mulalah amanah datang bertimpa-timpa. Program itu ini. Masalah itu ini. Hal itu ini. Semua itu perlu disusun dalam bentuk check list untuk memudahkan urusan seharian. Aha! Jadual harian. Kenapalah masih tidak berdisplin?

Cabaran terdekat:

Kem Amali Solat dan Motivasi:
Kem yang dikhaskan untuk sebahagian pelajar-pelajar di sekolah saya demi memantapkan lagi kefahaman mereka dalam solat serta memberi kesedaran diri. Saya pula dilantik menjadi AJK program. Sebetulnya sebagai fesi yang bakal bermain emosi dengan para peserta. Bagaimana untuk saya mendidik jiwa mereka? Masih mencari motivasi untuk diri ini~ Aha! Bahan untuk slot muhasabah? Video dah cukup?

Hari Sukan Peringkat Sekolah.
Sebelum Hari Sukan berlansung, saringan akan dibuat. Saya telah terpilih untuk memasuki acara bola jaring, bola tampar dan badminton (mungkin sekali akan tarik diri antara salah satu acara? Hehe..). Cukup merunsingkan saya. Bukan pernah main bola tampar bola. Menampar bola pernah. Alangkah sukarnya buat orang yang tidak aktif dalam sukan~ Perlu membuat latihan petang-petang nampaknye. Bagusnyer pelajar yang semangat kesukanan. Tang belajar je kantoi..

Hari Guru Peringkat Sekolah:
Dicadangkan agar Hari Guru pada tahun ini akan diadakan dengan gempaknya. Apa yang boleh dicadangkan untuk menggempakkan Majlis Hari Guru pada tahun ini? Kita main bom la.. Baru nampak kegempakannya..

Minggu Bahasa Inggeris:
Mungkin ini agak ringan. Di mana-mana, kamus English- BM, BM- English sentiasa menjadi sahabat baik. Ape persediaan sebelum datangnye Minggu Bahasa Inggeris? Perlu untuk menyertai pertandingan yang disediakan? M***s. Tak molek betul jawapan. Raikan. Bahasa Inggeris pun ilmu. Program masih dalam perancangan.

Ujian Bulan April:
Sudah siap dengan cabaran ini? B***m. Masih lagi pandai melengahkan masa. Masih suka main-main. Masih m***s nak ulangkaji. Masih masih masih.MySpace (Program penuh, macam tak jadi jer? Cancle kot. Hehe..)

Antara aktiviti yang dalam perancangan. Urusan Badan Pengawas dan pelajaran jangan lupe yer.. Lagi lagi lagi? Iktibar dari bawang. Walaupun bawang akan menyebabkan anda menangis, anda masih menggunakan bawang untuk dibuat masak. Sesungguhnya bawang mempunyai kelebihan. Aiyoo.. Mengarut lagi. Semoga ini cukup untuk mengemas kini berita terkini. Sekian buat kakak yang membaca.MySpace
24 April 2009

Eating MENTOS and Drinking Coca Cola?

GOOD REMINDER!

A little boy died in Brazil after eating MENTOS and drinking Coca-Cola / PEPSI together. One year before the same accident happened with another boy in Brazil . Please check the experiment that has been done by mixing Coca-Cola (or Coca-Cola Light) with MENTOS .
So be careful with your self eating MENTOS (POLO's) and drinking COCA-COLA or PEPSI together.

CHECK THIS OUT...



Nampaknye profesor n the geng dah sedia nak uji mentos dan cola.. Senyum depan camera dulu..


Memang macam sayang je nak uji air berkarbonat ni.. Takpa kita tengok gambar seterusnya..


Fuh.. Cubaan yang berani..


Wow.. Sayang sayang.. Tinggi.. Macam gunung meletus..


Mereka tak jadi nak minum.. Hehe..

PLEASE PASS THIS INFORMATION TO AS MANY PEOPLE AS POSSIBLE SPECIALLY TO THE CHILDREN, BECAUSE IN ***
, MENTOS AND COCA-COLA BOTH ARE VERY POPULAR AMONGST THE CHILDREN.

(Tu la.. Bukan tak pernah suruh BOIKT.. Kena boikot, tak baik untuk kesihatan pulak tu.. Ish ish.. Jangan lupa try di rumah. Kita lihat sejauh mana kebenaran ujian ini..Tuzki Bunny Emoticon)
19 April 2009

Pertama Kali Menyertai Kem Nisa' Survival


Walau bagaimanapun situasi kita, Islam telah menyediakan cara untuk kita sentiasa menjaga aurat. Jangan kerana menutup aurat kita katakan susah itu dan ini dalam aktiviti lasak. Huhu..

Tanggal Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org 12 April 2009, saya telah menyertai Kem Nisa' Survival. Peringkat sekolah. Pada mulanya memang saya tak mahu sertai Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Memandangkan penyertaan adalah wajib dan bukan senang pihak sekolah membuat program seumpama ini. Direlakan saja. Maka niat itu ditajdid. Kerana Allah. Bukan paksa rela (hehe)Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Sebabnya? Nama pun survival. Kebiasaan saya menyertai tamrin atau kem yang lebih menguji emosi, pengetahuan, atau program yang berbentuk ilmiah. Berbanding kem survival yang memerlukan kekuatan, ketahanan fizikal. Kena jadi lasaklah 2 hari tu. Yang paling saya tidak berminat (pada mulanya) kena tidur dalam khemah. Almaklumlah masih belum berpengalaman. Di tengah-tengah padang sekolah. Untuk pengetahuan semua, sekolah kami keras. Banyak batu (jeng jeng) Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Manakala semua makanan disediakan oleh peserta sendiri mengikut kebijaksanaan masing-masing membuat persediaan sebelum menghadiri kem; membawa bekalan. Pihak penganjur akan menyediakan air dan nasi sahaja. Antara barang yang perlu setiap kumpulan sediakan: Roti, sardin, bawang siap kisar, sambal, asam keping, lobak, kobis, mayonis, sos, kicap, gula, garam, kordial, teh. Tak ketinggalan dapur masak, kuali, periuk, senduk sudip, pisau landas, sudu, garfu. Pendek kata memang tak akan mati kalau tidur satu malam di sekolah dengan persediaan yang kami bawa Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org.

Sabtu, 11 April. Pagi. Seperti biasa, pendaftaran. Kemudian ada acara indoor game. Saya ambil bahagian batu seremban. Apa boleh buat. Kalah. Hehe Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Masak untuk tengah hari. Menu, telur goreng dan sayur goreng sebelum berlansung Fesyen Show. Setiap kumpulan perlu mereka fesyen-fesyen ala-ala busana muslimah. Agak gah juga yer pelajar Ar-Rahmah ni Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Makan petang, berupa megi segera Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Sempat saya mengimami solat isyak. Seakan menjadi bidan terjun. Betulah kata guru, pejuang perlu sentiasa bersedia. Malam aktiviti kemuncak. Ghost Hunter. Mata ditutup. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh kerana saya diantara orang yang terakhir di bawa merayau, 'hantu-hantu' pun malas dah nak kacau. Kami dibawa ke tempat berhampiran sahaja. Berbanding peserta yang meredah awal. 'Hantu' belum penat, rasa jakun nak mengganggu. Tapi benarlah. Sepanjang kami berprogram Ghost Hunter, ada juga yang memerhati. Siapa? Atas pokok. Seronok bila tahu Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org.


Slot yang paling dinanti-nantikan. Macam-macam yang 'hantu' gunakan untukk menakut kami. Katak, ulat, cacing. Pagi tiu, banyak betul jumpa bangkai katak. Sempat seekor katak diletakkan dalam setiap khemah peserta. Alhamdulillah, khemah saya selamat dari katak. Penat selepas slot Ghost Hunter, katak mati akibat diduduk oleh mereka yang kepenatan Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org.

Esok harinya kami perlu menyelesaikan satu masalah. Mencari anak-anak benih di keliling kampung (Explorace). Kemudian buat batas dan siap-siap untuk bercucuk tanam. Memang amat terik pada hari itu. Tapi itulah tugasan yang dapat kami selesaikan dengan sempurna. Program tamat dalam jam 1 tengah hari.

Macam mana? Tidak dapat tidak program sebegini mempunyai kelebihan sebenarnya. Walaupun pada mulanya saya tak rela menyertai, hakikatnya selepas menyertai saya mendapat pengalaman berharga serta berjumpa dengan makhluk yang tidak diundang (hehe) Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Siapa kata wanita muslimah tak boleh aktif?
Sekian dimaklumkan.

Blog Nisa' Melaka turut memuatkan gambar-gambar kami semasa berprogram. Yang mana satukah penulis? Hehe..
10 April 2009

يوم التسليم


أ
سبوع اللغة العربية, مسابقة مهارة الاستماع, المركز الأوّل
أسبوع اللغة العربية, مسابقة حفظ المفردات, المركز الثالث
Gambar sebelum

Bismillah..
Lagi nikmat melimpah ruah. Minggu Bahasa Arab telah berlalu seminggu. Dua musabaqoh saya sertai. Selaku AJK Persatuan Bahasa Arab, biarla masuk sikit-sikit. Bagi ruang kepada ahli persatuan lain mengasah bakat. Walaupun seminggu berlangsung Minggu Bahasa Arab, tapi saya masih belum mampu bertutur dalam bahasa arab. Lama nak fikir, susun perkataan. Macam rojak. Tapi kalau nak belajar, tak ada apa nak dimalukan. Belajarkan. Huhu.. Normal la tu kan? Bukan boleh jadi orang arab terus. Bertambah vocab. Sekurang-kurangnye ada yang bertambah. Alhamdulillah. 2 musobaqoh yang disertai, dua-dua dapat terima pulangannye. Hari penyampaian dan penutupan Minggu Bahasa Arab yang berlangsung pada hari Jumaat. Berjalan lancar. Sederhana sekali.


Sebuah kamus yang telah saya beli. Dan dapat satu lagi.
Alhamdulillah. Hehe.. Satu lagi buku Gaza Mengangis, penulisnya Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor. Dapat buat koleksi buku berkembar.


Us Abu Bakar, Us Shaifuddin, Us Syukur, Ustazah Noraini dan Ustazah Sardinah. Mereka banyak berusaha untuk Minggu Bahasa Arab. Memberi ruang kepada AJK untuk sertai musabaqoh yang disediakan. Jazakumullah.. Syakirin!

Siap ke kem survivor~
07 April 2009

Cool Azhar Sweater

Hari ni kita tunjuk kat semua yang sudi lihat sweater lambang Al-Azhar. MySpaceBeli kat Mesir ni. Tapi sayangnya sweater ini bukan mlik saya. MySpaceSmart je kalau memakainyer. Sweater smart, si pemakai pun akan smart. Sama ada nak beli warna hitam ni, atau tunggu design akan datang. Kalau beli sekarang, nanti ada ja terbaru sweater lagi smart. Jadi kita tunggu design akan datang. Ada warna hitam dan blue black.

Pada siapa-siapa yang ada kawan-kawan atau link-link dari Mesir, boleh la berhubung dengan mereka-mereka ini. Kos penghantaran tertakluk kepada kemahuan. MySpaceKalau ada kawan-kawan yang nak balik Malaysia, kirimkan saje.. Sweater tu around RM50 mungkin. Huhu.. For sure, saya akan tetap dapatkan sweater smart nih. انشاء الله. Huhu.. Harap takda yang cemburu.MySpace


Cool.. Cover depan tak menahan..
Lencana dia tu mahal tu.. Susah nak dapat.. Hehe..




Cover Belakang.. Kureng jelas..
Nape ntah.. Cool jugakla.. Huhu..

Jadi cuba dapatkan sehelai dua. Walaupun masih belum azharian, apa salahnya pomot awal-awal. Huhu.. و الله أعلم.

Suatu petang saya menonton TV bersama seorang teman di lounge mahallah, “hmmm, rancangan Wanita Hari Ini…dah lama tak tengok” bisik hati saya. Rancangan hari itu dibawa khas dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi siaran langsung Islamic Fashion Festival Kuala Lumpur-Jakarta-Dubai. Berbagai-bagai fesyen dari pereka ternama diperagakan, cantik-cantik semuanya…tapi kenapa hati kecil saya berasa tidak senang? Tiba-tiba teman saya bersuara “fesyen muslimah macam ni ke?”, rupanya teman saya merasai apa yang saya rasa…

Memanglah tema rekaan tu berkenaan fesyen muslimah, tapi rata-rata rekaan yang diperagakan tidak mengikut ‘dresscode’ yang digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah. Hati saya mula mengomel, “dimana letaknya kefahaman pereka-pereka tersebut tentang garis panduan pemakaian bagi muslimah? Sedangkan kebanyakan pereka yang ikut serta adalah muslim, hanya seorang dua non-muslim”. Saya jadi terpanggil untuk menyemak semula panduan-panduan etika berpakaian yang digariskan menurut agama islam. Jadi, sekembalinya dari menonton, tangan saya terus ligat menyelak buku-buku dari rak yang sudah agak lama dibiarkan berhabuk.

Melindungi Bahagian Dada

“….. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka, …..” (An-nur[24]:31)

Ini adalah antara perkara yang selalu dipandang remeh oleh ramai wanita muslim. Kebanyakan muslimah hari ini mengenakan fesyen bertudung yang bermacam-macam dan disesuaikan pula dengan berbagai acara. Ada yang panjang berlilit-lilit…tapi masih tidak melindungi dada. Ada yang sarung sahaja, simple dan cepat katanya… tapi pendek sangat, ala-ala tutup leher je. Bertambah menawan bila dipadankan dengan pakaian yang sedondon…tapi agak ketat sehingga menampakkan bentuk payudara. Wahai saudara muslimahku…ada sebab mengapa Allah memberi kita perintah sebegitu. Dada adalah ‘aset’ penting bagi tubuh wanita, padanya terletak berahi sang adam…kerana itu ia menjadi sebahagian daripada aurat yang wajib dilindungi. Kemekarannya perlu dipelihara dan disimpan rapi, kalau ia sudah menjadi bahan pameran apa lagi lah yang tertinggal untuk suami kita.

Sekadar memakai tudung tidak mencukupi. Tudung yang tidak melindungi bahagian dada, walaupun dipakai dengan busana yang longgar, tetap menampakkan bentuk tubuh ketika ditiup angin. Walaupun itu faktor yang berada diluar kawalan manusia, sekurang-kurangnya jika kita mengenakan tudung yang menutup dada, kejelasan itu dapat dikurangkan pada tahap yang paling minimum. Mungkin ada yang berkata, “ala tak guna pakai tudung labuh-labuh ni, mata lelaki boleh x-ray baju perempuan…tu kan fitrah diorang!”. Ya, memang naluri lelaki dijadikan sebegitu…tapi adakah itu bermaksud kita boleh memperlihatkan aurat kepada mereka dengan semudahnya? Wah,seronoklah lelaki!

Memanjangkan Pakaian

“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka memanjangkan jilbabnya (pakaian longgar yang dapat menutup kepala, wajah dan dada) ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Al-ahzab[33]:59)

Memanjangkan pakaian juga dituntut dalam etika berpakaian menurut agama islam. Ini tidaklah bermaksud seorang muslimah itu mesti berjubah sepanjang masa. Islam adalah agama yang mudah, jadi kita diberi kebebasan untk memilih apa jua fesyen yang kita minati sesuai dengan citarasa dan budaya setempat, tapi dengan syarat masih dalam tatasusila pemakaian muslimah, malah boleh juga berseluar asalkan longgar dan kemejanya menutup punggung. Ada sesetengah pendapat yang tidak membenarkan langsung wanita berseluar atas alasan haram kerana ia menyerupai lelaki. Walaubagaimanapun saya harus akui, perihal yang menyangkut jumhur ulama’ bukan ‘specialty’ bagi saya dan pengetahuan saya kurang mendalam untuk berbincang sampai ke tahap itu. Mungkin selepas ini ada pembaca yang boleh membantu saya berkenaan hukum dan pendapat ulama.

Kadang-kala bila ke ibu kota, saya jadi hairan melihat wanita-wanita islam yang berpakaian ala kadar. Ada ketikanya saya melihat muslimah yang lengkap bertudung dan berpakaian longgar, tapi skirt yang disarung sedikit senteng sehingga menampakkan betis bunting padi tatkala menghayun langkah. Ada kalanya, kain dah cukup panjang tapi terlalu jarang sehingga menampakkan batang kaki, itu belum kira baju fit lagi…masyaALLAH. Terlalu asyik mengikut perkembangan fesyen, sampai tidak sedar aurat dijadikan bahan sendaan, sedangkan kita seharusnya faham bagaimana ‘style’ pakaian yang bercirikan keislaman dan membezakan identiti wanita bukan islam dengan wanita islam yang diangkat martabatnya disisi agama.

Kesimpulannya…..

Tidak dinafikan masih ada rekaan ‘runway’ yang boleh diterima jika diselarikan dengan etika islamiyah, sebagai contoh jika rekaan itu longgar dan dikenakan dengan tudung lilit yang melindungi dada…bukankah manis begitu? Tidak salah mengikuti perkembangan fesyen apatah lagi yang bertemakan busana muslim, namun suka saya mengingatkan…jangan sampai jadi ‘fashion victim’. Pihak orientalis sering menjadikan ‘dresscode’ muslimah sebagai senjata dengan melabelkannya sebagai kongkongan dan penindasan. Tidak kurang juga musuh-musuh islam yang cuba meracuni pemikiran wanita muslim dengan menunggangi pereka-pereka fesyen.

Etika berpakaian yang ditetapkan dalam islam adalah manifestasi betapa wanita dipandang tinggi dan dimuliakan dalam agama ini, sehinggakan cara berpakaian turut digariskan dengan teliti agar maruah wanita muslim terus terpelihara. Kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah…dan dalam kes ini, wanita solehah pastilah seorang wanita yang sentiasa peka dengan apa yang dipakainya.

Artikel ini bukanlah semata-mata untuk muslimah sahaja, tetapi turut ditujukan kepada para muslim. Untuk para muslim, perhatikanlah apa yang dipakai oleh isteri-isteri anda, anak-anak perempuan anda, ibu-ibu anda, dan saudara-saudara perempuan anda. Tegurlah mereka jika cara pemakaian mereka tidak menurut landasan islam, kerana dibahu anda tergalas tanggungjawab yang berat untuk mendidik wanita-wanita disekeliling anda. Jika anda gagal menunaikannya, mereka pasti menarik anda ke neraka bersama-sama mereka. Jadi, peliharalah mereka seumpama anda anda memelihara bidadari yang turun dari langit…jangan biarkan mereka jadi display set.

Sumber: tintazahrana.blogspot.com
05 April 2009

Qolbi-qolbi Fit Toriq


Mana satu jalan yang kita pilih?

"Jalan ke SYURGA penuh perasaan yang tidak disukai nafsu, jalan ke NERAKA pula penuh perasaan yang disukai nafsu"

- Kenapa kita rasa gelisah je dalam majlis ilmu? Rasa nak cepat je abis solat. Rasa panas je nak tutup aurat. Rasa susah je kalo tak couple. Rasa nak mati je kalo tak dapat gi konsert. Rasa benci je wat baik. Nauzubillahiminzalik. Sebenarnye tak lain tak bukan, syaitan dah nafsu la tu. Yang risau gelisah. Huhu..

01 April 2009

Di Hari Khamis


Bz camna sekali pun, لا تنسى الله.
Jangan lupa Allah.

Pagi: Ke maahad seperti biasa. Sangat bimbang dan risau sebab lepas ni ada ujian untuk pelajar yang menyertai pertandingan hafal mufradat sempena Minggu Bahasa Arab.

12 tgh hari: Melancarkan hafalan. Siap sedia untuk solat zohor. Ujian akan dilakukan semasa waktu kokurikulum.

3 ptg: Selesai menjawab semua soalan. Balik dari maahad. Tunggu adik yang akan balik dari Taman Rekreasi (Taman Botanikal) sempena Hari Sukan madrasahnyer.. Siap buat lawatan. Sebab tu la kanak-kanak ni balik pukul 4 ptg (lebih, malahan).

4 ptg: Abah sampai. Ready untuk solat asar dan jemput ummi dari pejabat. Ummi balik waktu pejabat, pukul 5 ptg.

5 ptg: Didapati ummi tak tunggu di luar pejabat sebab ummi ada mesyuarat. Dan selaku setiausaha ape ntah, lagi la dia kena melewatkan diri. Akhirnye abah memutuskan untuk membawa saye dan adik untuk ke Tesco. Hehe..

6 ptg: Selesai beli-belah. Mouse batu pun dah beli, roti dah ada, ummi pun dah call, jadi misi seterusnya ke pejabat ummi. Kesian ummi tunggu bapa lama yeh..

7 mlm: Tiba di rumah. Ready untuk kuliah maghrib. Kuliah Feqah di Markaz PAS. Disampaikan oleh mudir saya sendiri, Ust Kamaruddin Sidek.

9 mlm: Alhamdulillah. Selesai kuliah. Pulang dan memberi sikit ruang pada diri untuk BEREHAT. Hehe..

Akhirnye dapatlah pulang ke rumah dengan selamat. MySpaceJalan sibuk. Almaklumla, waktu orang balik kerja. Apetah lagi di tengah Bandar Melaka. Panjang perjalanan. Makan 45 minit. Macam ni la cara nak berjuang, mencari rezeki. Huhu..

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah tadi, radio ape ntah memutarkan alunan nasyid yang bertajuk Demi Cinta Suci. Sambil-sambil tu tengok kanak-kanak pakai seluar hijau PASTI. Comel je. Ngan abi dia. MySpaceLain sungguh dengan orang-orang kat Tesco tadi. Mejoriti tak menutup aurat. Pasangan couple-couple tak yah cakap la.. Peluk-peluk pinggang lagi. Dah jadi adat di pasaraya kat Melaka ni, suasana yang tak solehah. MySpaceLain benar suasana di Bandaraya Islam di Kelantan. Huhu.. Walaupun ade je tak berapa syumul, tapi Alhamdulillah berbanding di Melaka yang langsung tak ade. Ish ish ish.. Macam mana nak selamatkan anak-anak muda di negariku ini~MySpace


Demi Cinta Suci - Unic