bismillah Pictures, Images and Photos
11 Disember 2009

Kem Bistari Remaja Mithali 2009



Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin dengan kerjasama Nisa Kawasan Jasin telah menganjurkan satu program Kem Bistari Remaja Mithali pada 1 Disember 2009 hingga 3 Disember 2009 bertempat di Balai Islam Azzawiyah Umbai. Program yang merupakan salah satu daripada agenda tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Jasin ini turut disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah menengah dan muslimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang meluas kepada remaja khususnya remaja muslimah berkenaan dengan gerak kerja organisasi dan kepimpinan.


Selain itu, kem yang diadakan ini juga bertujuan untuk membentuk keperibadian remaja khususnya remaja perempuan berkaitan dengan pembentukan akhlak dan sahsiah diri selain menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak remaja solehah. Menurut pengarah program , Puan Hjh Shopiah binti Ahmad (gambar), program yang dianjurkan pada tahun ini lebih berjaya berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini dan berjaya menarik perhatian remaja khususnya daripada pelbagai latar belakang dan pemikiran keluarga. Di dalam program ini, peserta didedahkan dengan apa yang dikatakan sebagai Nisa dan Muslimat dan bagaimana ianya bergerak.

Pengarah yang juga timbalan ketua muslimat negeri turut menyatakan bahawa pada masa kini,kem yang dianjurkan ini juga adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri anak-anak remaja khususnya remaja muslimah dalam menghadapi cabaran dan juga dugaan yang berlaku apabila berada dalam situasi kehidupan yang sebenar. Antara pengisian yang disediakan antaranya slot motivasi, uji minda, gerak kerja berkumpulan, qiamullail dan kapsul iman. Menurut pandangan dari salah seorang dari pimpinan yang turut hadir, Puan Hjh Kintan Man (gambar), program yang diatur ini sememangnya memberikan kesan yang mendalam didalam jiwa para peserta malahan ada peserta yang mudah untuk menitiskan air mata dek kerana insaf atas segala kekurangan yang ada pada diri.




Menurut beliau lagi, dewasa ini, ibu bapa lebih banyak mementingkan kepada pencapaian akademik berbanding pembentukan sahsiah dan akhlak anak-anak. Penekanan terhadap akhlak dan juga pembinaan jatidiri adalah perlu bagi seseorang remaja yang bakal menjadi salah satu daripada aset negara dan agama. pemumpuan terhadap akademik dan pencapaian luaran tidak boleh dijadikan kayu ukur bagi menilai peribadi seseorang dan beliau yang juga naib ketua muslimat kawasan jasin juga merasakan program ini mempunyai manfaat dan sewajarnya diteruskan.


Salah seorang daripada peserta yang kali pertama mengikuti program ini, adik Nursyahirah Aqilah binti Jalil (gambar) menyifatkan program yang dianjurkan ini banyak memberikan pendedahan kepada beliau bagaimana untuk membentuk sahsiah dan peribagi seorang muslimah yang berwibawa dan sejati. Selain itu, menurut adik syahirah lagi, disamping dapat bertemu dengan kawan-kawan dari kawasan yang lain, melalui program ini juga, beliau dapat mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan nisa dan muslimat serta bagaimana ianya beroperasi. Menurut Adik Nusaibah binti Mohd Nazri, 13, pula, melalui program yang dianjurkan ini , para peserta akan dapat mengetahui pelbagai ilmu baru disamping menyemaikan semangat ukhuwah islamiah dan tanggungjawab.Pelajar maahad Hafiz kelang ini berpuashati dengan segala aktiviti yang dianjurkan serta dikendalikan oleh fasilitator yang berkelayakan dan mencadangkan agar program yang seumpama ini diadakan setiap tahun.



Terdahulu dalam majlis yang sama juga, para peserta turut melafazkan ikrar akan berusaha untuk menjana diri dan pemikiran menjadi Nisa dan Muslimah yang berdisiplin dan akan melaksanakan segala tanggungjawab yang bakal diamanahkan nanti.

Sumber: Jasin Daily Online
27 November 2009

Eid Adha 1430

Bismillah..

Melaka, bergema takbir pada 10 zulhijjah. sayup2 kedengaran. cobaan. cobaankah buat yg tidak dapat pulang beraya bersama keluarga? tabahkan hati. buat calon2 spm terutamanya, student2 yang blm balik dek imtihan yg semakin hampir, imtihan yg sedang berjalan. bekorban apa saja.. ;)

Smg hari idiladha pada tahun ini lebih baik dr tahun sblmnya.. keikhlasan dalam stp pengorbanan~


=) comel sggh lembu ini~

SALAM IDIL ADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Stp hari daku perlu bljr sesuatu. hari semelih lembu belajar juga..
12 November 2009

M/c makan angin ke serambi mekah

Bismillah..

Kali ini m/c melibatkan semua ahli keluarga. tidak seperti sebelum ini melibatkan diri ini sahaja
. m/c kali ini bertujuan merepatkan hubungan antara orang melaka dan rakyat kelantan. :) menjemput kakak yang selesai pengajian di sana. Alhamdulillah.. percutian selama beberapa hari ini akan menjadi kenangan terindah buat diri ini. :) adapun kawan2 yang di sekolah, selamat pergi ke sekola. janganlah bermain hujan. sekian.

Buat teman2, kawan2, selamat beribadah..
____________________________

Pengkalan Balak, Melaka
17, 18, 19hb Oktober 2009


Aha.. muslimin muslimat ke chalet untuk menginap..


Matahari di pengkalan balak..


Sampai ja, terus snap gambo.. ala kualiti gambo rendah ja pun.. asal ada gambo Alhamdulillah..


Ahad, mala ada bbq.. pekena bbq muslimin. aha asap ja lebih..


Ni anak saper sempat datang ni.. anak ustazah noraini yang bongsu.. salsabila!


Tempat penginapan kami.. tempat kami berpengkalan..


Ntah bila.. seorang adik junior ngan kawan2nya sempat mencari remis.
.
Suasana malam.. sedang carik port untuk 'explorace'.


Hujan pada ahad pagi.. lebat selebatnyer.. hujan datang dari arah nun sana.. aktiviti ditangguhkan..


Strategi dakwah.. peserta kena dakwah diriku di perhentian bas! tempat sosial..

Kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.. :)
06 November 2009

M/c, membelah lautan, mencantas pasiran


Aha.. ry haji pun da nak dekat.. kalian cuti je la time ni je yeh.. cuti gak kan..
pejuang Islam ada istilah cuti?
Pak ngah pekaba di bumi penuh berkat nun sna..

Bismillah..

Apa punya title da. ok la kan.. inshaAllah, penulis akan bercuti selama lamanya. aha, selama 3 hari ja mulai esok atas kehendak semua dengan persetujuan orang awam bagi mengisi kelopongan masa kami selepas habis exam yang pasti ingin diisi dengan aktiviti berfaedah seperti berprogram di pengkalan balak, berpiknik, beristirahat, bersukan, belajar juga boleh merapatkan ukhwah, mengeratkan silaturrahim. tarik nafas lagi~

Sehubungan dengan itu pihak saya berharap sahabat2 tak tergigit jari dan lidah apabila mendengar perkataan percutian kerana exam korang belum tamat dan perlu ditamatkan bila masa da tamat dan program percutian ilmiah kitorang pastilah tak dapat dijoin oleh orang2 yang tak habis exam lagi dikhuatiri akan memerosotkan keputusan mereka2 terbabit jika sibuk juga menjoinkan diri yang tiada kena mengena langsung antara hidup dan mati.

Selamat menempuh exam yang berbaki, exam tak lama lagi, tahun depan, bln depan, exam dunia akhirat buat semua. smg semua dapat bersedia dengan jawapan.

Topik utama: inshaAllah, atas kerjasama kawan2 classmate, guru2, pihak2 yg tidak jemu memberi sumbangan kami akan mengadakan program rombongan akhir tahun dan dipenuhi pelbagai aktiviti ilmiah dan bermanfaat yang telah dirancang sedetailnya. kewangan yang ada inshaAllah akan digunakan sebaiknya agar menjadi amal jariah. jadi, selamat bercuti, bercuti dengan aktiviti yang berfaedah, selamat beribadah. siap pantun. siap2 bg makan lembu =)
28 Oktober 2009

Positip la kawan..

Bismillah..

Haih xm smu ni kadang2 buat diriku letih.. tp ape kata pekena kopi pracampuran RADIX? pastilah mata anda segar bugar tatakala mmbuat revision (seqadar tips).. ni baru ujian sikit.. bawak2la beringat ujian yg lbh bsr.. =)

Topik utama~

Tq buat ukhti di bumi kinanah (hi2 ikut ja kata org).. trimas3x buat semua yg memositipkan diriku.. knp3x? sbb diriku begitu brharga.. huk2.. alhamdulillah.. indah bernar ukhwah islamiah.. di kata menempuh xm yg menesenkan kekadang, ada saja pembangkit smgt, ransangan2 mmbangun, pujukan, motivasi.. supaya diriku ke depan! ke depan menempuh onak! aah xtrgambar indahnya kurniaan Allah.. pemberian-Nya mmbuatkan diriku sangat malu sbg hamba-Nya.. buat baik pd orang, orang balas baik pd kita.. terutamanya, Allahlah yg mmbalas balas baik yg terbaik!

(Haih xm esok ja, mcm2 nk bising)

Jom2.. inilah dikatakan hubungan adik-akak, akak-adik.. smg anda mnjadi seorang kakak, adik, hamba, calon peperiksaan, anak yg baik! AMIIIINNNNNNNNNNNN.. kakak2ku, syukran.. :).. inshaAllah aku akan terus2 berusaha.. saksikannnn sedutan di bawah............

___________________________________________________



Dengan nama ALLAH

Salaam wbt.

Baru sekejap tadi adik saya di Tanah Melayu menghantar mesej YM kepada saya. Bertanyakan "Dah tido ke belum?". Waktu di Malaysia ketika itu adalah 6 pagi, pasti dia sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, menghadapi ujian Sijil Menengah Ugama (SMU). Saya rasa, dia mahu meluahkan, mencari ketenangan, mengumpul kekuatan mana yang ada di saat akhir ini. Dia mengadu, katanya dia tidak tahu apa yang telah dia baca dan apa yang harus dia baca, Tak apa, sayang, pasti dirimu telah berusaha sebelum ini, diri ini tahu, dan diri sayang pasti tahu, yang penting sayang telah mencuba. Dan langkahmu ke dewan peperiksaan, rangkai katamu dalam menjawab soalan, itu juga dikira usaha. Bahkan tidak terhenti di situ, doamu nanti, selepas tamat peperiksaan nanti jua dikira usaha. Usaha sehabis mungkin selagi natijah belum di tangan! Sedang kita di akhirat nanti, meski tak mampu lagi beramal persis di alam ini, pasti kita berusaha pula mengharap syafaat dan timbal balik amalan soleh untuk mendapatkan natijah syurga.



Cuma, apa yang dapat saya kongsikan di saat akhir itu, hanyalah tips-tips mudah dan paling utama. mengharapkan adikku itu tenang dan tidak resah. Sekadar belek-belek 'mufradat' dalam subjek Mutalaah dan selak-selak nota teks komponen sastera (KOMSAS) untuk subjek Bahasa Melayu (Kertas 2). Pastikan ketika menjawab soalan ringkasan, rangka jawapan terlebih dahulu, dimulai dengan pendahuluan, isi tersurat dan tersirat yang mencukupi serta kesilpulan atau penutup yang baik. Buat anggaran bilang patah perkataan agar ringkasan kita itu nanti tidak terlalu panjang dan pendek hingga payah dan comot pula ketika menyemak. Jangan biarkan kertas jawapan kosong! Sedarlah bahawa anda telah membayar untuk mengambil peperiksaan, jadi manfaatkan! Heh~



Sedikit masa lalu, adik saya yang sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut menelefon saya DI SINI. Ya, menelefon saya dari Kota Bharu, menggunakan talian Celcom, terus ke saluran Etisalat saya yang saya tidak pasti, barapakah caj panggilan yang terpaksa dia hadapi, semata-mata mahu mengetahui kaedah terbaik menghadapi Malaysia's University English Test (MUET). Aduh, kasihan adik sayang saya, habis juga kreditnya ber'kecek' sebentar dengan saya. Terkesan dengan sedikit kebuntuan yang dia hadapi, saya cuba menelefonnya semula. Sekadar dapat memberi tips dan pengalaman yang picisan cuma dan mengharapkan dia tenang dan banyakkan berdoa. Saya fikir, saat itu pasti dia sedang BERUSAHA mencari-cari apa yang patut sebagai persediaan, selain ketenangan dan luah fikiran yang kedengaran sendat dan sendu (ataukah saya yang sendu sendiri memikirkan payahnya adikku ini! Heh~). Adik saya ditakdirkan sekumpulan dengan para pelajar yang tidak sesekolah dengannya untuk Ujian Lisan MUET. Risaunya dia andai dia tidak mampu, kerana dia tidak dapat menggambarkan bagaimana suasana, keadaannya nanti. Buat baik dengan semua, sayang. Moga kebaikan itu memudahkan jalan kita untuk mencapai kejayaan. Ayah mana yang tak sayangkan anak yang berbudi? Pintalah apa, pasti akan dibagi. Sayangnya ALLAH apatah lagi! Kan? Baik sangka dengan ALLAH, ya sayang? Tiap ujianmu pastilah untuk melahirkan dirimu yang lebih baik. 'Maka sabar itu terlebih indah'.




Tenang, tenang dan tenang. Itu harapanku buat adik-adikku yang mengambil Ujian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Menengah Ugama (SMU), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) dan tak dilupakan, peperiksaan akhir tahun bagi adik kecilku, Heh~ Buat kakak yang sedang berada di semester ketiga pengkuliahanmu, didoakan najah juga. Sering umi pinta agar susuk yang daif lagi lemah ini serta kawan-kawan seperjuangan di Kiblat Ilmu ini mendoakan kejayaan kalian semua. Kata umi, bumi Mesir bumi berkat, doa muda termakbul. Apa pun, sama-sama kita berusaha untuk mencapai kejayaan bersama.

Semoga usaha kita dalam menghadapi ujian kecil di dunia ini, diberikan natijah yang terbaik di dunia, dan memberatkan mizan di akhirat, inshaALLAH. Moga kalian sentiasa bersedia!

P\S: Maaf tidak menghubungi kalian sekian lama~
24 Oktober 2009

Peperangan Sengit dengan Persediaan Perit

Bismillah..

Byk betul nak diungkapkan sampai tak terungkap ungkap hinggala menjadi ungkapan yg serba sedang..

Esok merupakan tarikh bahagia bg calon2 SMU (Sjil Menengah Ugama da..).. Bg yg da ready, maka beruntunglah.. Bg yg sdg nak ready2, usahala ikut kemampuan.. Jgn sokmo nyesal tak tentu pasal yep..

Di saat2 genting gini, banyak sungguh azimat2, kata2 semangat, kata kunci dan sebagainya yg diterima.. Semua itu sbg motivasi buat diri ini..

1 ucapan yg kawan saya kata, boleh mendatangkan semangat.. Saya dapat daripada kakak saya sendiri.. Syukran ya ukhti..

Mentelaah di akhir waktu (macam saye) bukan pencipta kegagalan..

Selagi ada usaha (belajar itu penat, so dapatkan yg terbaik, jgn disiakan ilmu yg dipelajari!), bermakna perluang masih ada, inshaAllah(ungkapan yg digemari org2 stadi last minute)..

Yg menentukan adalah Allah Subhanahu Taala (soheh)..

Tawakal merupakan jalan terakhir (setelah ikhtiar segala cara!)..

Doa menjadi kemuncak segalanya..

Semoga AL FALAH menjadi milik kita!

Amiin..

Buat yg sudah berusaha, ikut kemampuanlah ye.. Tp nampak macam sukar nak gapai kejayaan.. Maka ini pulak yg sedikit sebanyak dapat memotivasikan kalian.. Syukran ya Ukhti Syafaah Adhwa'..

Orang yang berjaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan.. Apa yang dijangka dan disangka dalam hati adalah doa dalam senyap.. [Razzi Al Mansur]

Buat yg rasa sudah letih, tak larat nak berperang esok, hilang mood, tension, penat, bla3.. Itu ujian buat kamu.. maka sila renung2kan kata2 ini..

Jangan direnung letihnya usaha.. Akan tetapi, manisnya sebuah kejayaan..

Jazakallah khairan kathir buat guru2, ukhti2, saudara saudari, kawan2, pelawat2, dan semua yg banyak membantu.. Doa2kanlah makhluk di sini.. Maaf segala kekhilafan.. =)

Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang di tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bermenang menang bersenang senang kemudian..


Hakikatnya exam dunia lebih banyak cabaran.. Apa yg mu cari?


Niatkanlah kerana Allah Ta'ala..

Sekian, syukran..
01 Oktober 2009

perasaan dan pertimbangan kes dia yg begitu


jangan selalu marah, nanti cepat tua..
(ntah sumber maner kome dpt..)

andai ada yg menyakiti kamu. kamu dapat sabar x?

terus, baru kejap ada yg memerli diri. amboi, sedap mulut kau?? entahlah. ingatla silap kita pada org. fikir baik org pd kita ya. ade ke dia buat baik ngn aku?? erm, husnuzhan je la. kalau melampau sangat, ape salahnya tegur. even guru dengan anak murid.

so dapat sabar ke x?

terus, jumpa kawan. jumpa yg lebih tua. minta nasihat. agar diberi pertimbangan. ada yg positif. yg suruh hudud. balas setimpal, mandatori. fikir jangka msa panjang. kalau tindakan melulu, kelak nyesal xtentu fasal. imej kamu gak tercalar. malu. dia memang da tentu malu la wat aku gtu.. haha.. kalau marah, duduk la kamu. diam sebentar. sejukkan hati. kan hati org mukmin tu sentiasa tenang.

jgnlah benci sesama muslim. tapi.. die da melampau.. sakit ati aku.. iya. ikutkan hati, macam tu la perasaannya. letakkan kebencian itu pada maksiat yg dia lakukan.

org paling kuat ialah org yg dpt thn kemarahan dan sabar w/pun pd masa tu dia berhak marah. wow.. aku harap aku berjaya.. inshaAllah, kamu akan berjaya.

haha.. aku balas balik.. fadan muka.. sapa suruh carik fasal.. aik, kamu ni. sy berpendapat agar kamu balas dgn tindakan yg bijak. xberlarutan, sgt terkena pada batang hidungnya. hehe, sy plk da terikut tulisan merah. mg dia akan menginsafi. tgk jg siapa sasaran kamu.

semoga cenderung pada cara yg terbaik!

______________________________
watak di atas hasil temubual antara *** dgn ***.
kelihatan, ayat yg berwarna merah lebih mengikut perasaan..
maafla kalau tidak mendapat apa2 istifadah, manfaat drpd penulisan kali ini..
sy harap tidak..
30 September 2009

riang-riang sekitar SMU, fokus

Bismillah..



Aha.. semut pun thu.. sabar kejap jer time exam ni.. time kat dunia ni=)..

Ape yg boleh dilakukan moment2 genting gini? bkn genteng haiglen!

especili smu candidates, najah sokmo.. mari soksek skit perkara2 yg lazim bg seorg pelajar muslik mukmin..

Gemuruh2, xsaba nk peksa, takut, seram, dan mcm2 lg tu, mestila ada, kan. bila timbul je perasaan yg bergaul-gaul ini, cepat2 solat hajat. mintak Allah tenangkan. tambah2 kalau smu candidates, kan, menghafal surah yasin dan al mulk. elok bebenor la tu, kan. baca al quran..

Kepada yg bersemangat nak belajar, tp rasa nak tido. asyik mengantuk jer. hati2la, mungkin syaitan nak kacau. banyak2la minta Allah lindung kita dari setan2 yah.. setan yg ajak main internet, yg ajak tido melampau, setan ajak malas2an, setan tengok astro xpaedah, setan suka lepak xde pekdah jgk, setan ngumpat, setan ajak lalai belajr. mcm2 jenisnya. mana2 golongan yg pesen gini, bukan setan, tp pe'elnya setan=P.pendeknya, org ngantuk banyakkan minum air masak.

Jangan cakap je lebih, tp xda perlaksanaan. umpama meeting over2 smpai xsempat balik rumah, rupanya perancangan xjadik. perlaksanaan kena ada, kerja mesti jalan, istiqomah mesti ada=)..

Kita kat 'zon selesa', hargailah yea..

Sentiasalah beringat-igt, bermuhasabah diri. bukan senang mak apak kita hantar ke sekolah, maahad, ke pusat asuhan, ke tempat pengajian. wang ringgit, penat lelah. tak akanlah senang2 kita nak bazir masa, then bila exam, hampeh2 resultnya.. xrase ke rugi jer dok penat2 dlm class, dgr cikgu ajau, ulang alik g kelas, itu sumer tuk ape? saje2?

Mana yg dah usaha, tp kurang berjaya, Allah mau uji.. kenalah bertawakal. for example, PMR. Pelajaran yg berkaitan start drpd form 1- form 3. 3 tahun belajar, kalau result PMR hampeh, xkan xde rasa ape2? rasa rugi jer belajar 3 tahun. bukan belajar kerana exam, tp test yg diberi xlepas, macam mana nk menilai diri kita, kan..

Mahukan yg terbaik, kenalah ade pengorbanan, kan.. doa2kanlah saya yep.. mn tahu antara kita, Allah dgr doanya..

[Peh, suma kena batang idung daku inih.. pesanan utk semua, peringatan bersama..]

Allahua'lam..
28 September 2009

Idulfitri Melaka - Perak

Bismillah..

sudah lama benar tak meng'update' satu2nya blog Riwayatul Hayah. almaklum, student xlengkang dr buku, hamba ini jadualnya penuh di bulan ramadhan, manusia mcm saya xterlepas dr sambut idulfitri, org spt sy ada amanah dan tanggungjwb yg mesti diuruskan. ala kulli hal, smg kita semua dpt meraikan hari kemenangan dengan aman dan bahagie.

Bagaimana je lah khabar saudara saudari? smg molek2lah ye. zahir dan batin..

Beberapa gambo utk menterjemah sedikit pengalaman raya ini..

Melaka


ini je lah juadah yang dpt disediakan semasa majlis iftar jama'ie di maahad. =) tp second round lg special~

gambar rendang, ketupat, kek lapis, kuah kacang, kuih raye, biskut raye, kasut raye, tak payah la. ade yg kempunan nnt. macam tak biasa pulak, kan. semua persiapan da ready, baju raya, rumah raya, segale juadah2, segala kuih muih, setidak2nye sehari sblm 1 syawal. tak pun beberape jam sebelum sembahyang raya.


masing2 bersalaman, buang yg keruh, amik yg jernih. selesai solat raya, khutbah raya, pasni jalan2 raya..


lepas tu kita ziarah tok nenek kita.. mana yg tok nenek ada kat alam lain, singgah tanah perkuburan.

__________________________________

Perak, 2 - 5 syawal, dalam kenangan..
oh3 balik kampung..


matahari pd 2 hai raya. =) saat2 menuju ke kg perak, padang tembak yg sentiasa menunggu. Alhamdulillah, dpt merasa beraya jauh thn ni! rumput, awan, langit, matahari, still sama, yg xsama, suasana =)


memperkenalkan, menara condong, seumur idup, baru sekali naik. xde ape, kayu je. buat2 kenangan manis..


kita berkenalan dgn masjid india muslim..


lepas merayau area teluk intan, kita ziarah mastan ghani. zaman berzaman kedai nih. kalau sempat berkunjung ke teluk intan, pekena la skit. lg pun, byk cawangan kedai mastan ghani. pemes~


pulang ke bandaraya warisan dunia.. [kelihatan masjid at taqwa, pucuk ubi, lalang2.]

takkan semua nak show kat blog Riwayatul Hayah, kan. sikit2, boleh share. banyak2 gambar, bahaya naa.. faham2 haa.. =)




di samping itu, sy minta maaf zahir dan batin, salam idulfitri buat semua muslimin muslimat. turun naik iman itu, mmg ada sekali sekala. tapi lepas habis bulan ramadhan, kita lemah lawan nafsu, gagal, agak2 la yeh..

hidup hanya sekali. kalau mati sia2, mmg sgt rugilah lah lah..

so, ape nak berkira sgt hal dunia ini kalau akhirat yg kekal abadi? bersabarlah utk seketika kat dunia ini.. wahai saudara2 saudari2 ku.. inshaAllah..

diri ini perlu banyak beringat.. utk diri, utk semua.. selamat beraya. sebulan be..
16 September 2009

pengalaman progam jati diri adik2



selamat menonton.. ;)
08 September 2009

Tambah Pahala, Minta Keredhaan Nya


Dulu kuberasa tak merugi, kesedaran membuatkan diri berasa sgt rugi jika melepaskan bonus, markah free, gol percuma ni~ jd jgn la tak sedar diri, kan. =)

Bismillah..
Sudah menghampiri fasa ke 3! kejar. kejarlah. ntah bila lagi nak dapat duduk dalam bulan yang sgt3x istimewa ini. setahun sekali. dalam 11 bulan, macam2 boleh terjadi, kan.

dalam masa yang masih ada ni, sampai2kan hadiah utk arwah2 saudara mara kita, jiran tetangga, sapa2 yg ada pangkat arwah2 tu. insyaAllah, sampai.

masa ini juga, elok2 sgt la tu kalu kita merajinkan diri berdoa, mohon keampunan, perbanyakkan qiamullail. banyak dan pebagai lagi yg sudah maklum, tinggal PERLAKSANAANnya sahaja, kan.

sekurang-kurangnya, doa yg dapat disuggestkan:

اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عني

[Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul afwa fakfuanni]


Sabar.. byk pahala kalu sabar.. Allah suka orang yg bersabar.. sikit agi masuk waktu.. aku nak banyakkan doa jap ea.. da azan kejutkan~

Ahh! terlalu banyak diskaun! free pun ade. cepat2lah rembat. bukalah mata hati wahai muslimin muslimat. jomla kita beribadah. belajar, bekerja, membaca, berjihad, berjuang, tegakkan negara Islam, ibadah juga tu. jgn lupa.. =)

Moga sedikit pemanas ini dapat dimanfaatkan. salah silap, minta maaf, minta sorry, silalah tegur. =)

Ayuh2! buru2!
30 Ogos 2009

Sesat dalam Pandan : Edisi Macam2

Meow2.. uwaa tolong2.. naper xda sapa dengar aku mengiaw-ngiauw.. tolong2.. da bape lama la agaknya aku kat sini.. sampai bila aku nak jadi macam ni? aku xnak mati kekeringan kat sini! punya la lama aku mengiauw, no respons!! letih. meow2..

Hmm rehat la pulak. penat aku mengiauw..

Aku dengar ada macam bunyik manusia kat luar tu. entah ape yang dikatakan, entah ape yang dilakukan.. ye, aku kini dalam tumbuhan2 yg bernama pandan. pandan2 ni banyak akar. aku tak jumpa jalan keluar setelah aku sesat dalam ni. bayangkan pandan ni tumbuh banyak sangat. pastu, besar sangat. kemudian, banyak sangat akarnya, tebal2 sangat akarnya. aku pun tak tahu cam mana aku tercampak dalam belukar pandan ini. meow2.. xjumpa jalan keluar. meow2..


The leg of a Hamas policeman is seen between the rubbles following an Israeli air strike in Gaza December 27, 2008

Allahu akbar!!
Allahu akbar!!

Aha, azan dah. aku pun tak tahu nak berbuka dgn ape. bukan ada makanan dalam semak2 pandan ni. tiba2, aku dengar derapan tapak kaki menghampiri aku. aku meow2 lg. derapan itu makin hampir. mungkinkah ada manusia yang sudi keluarkan aku daripada pandan ni?? tapi aku xsure. mungkin pihak musuh. sememangnya aku sgt mentah. badanku makin kurus sebab xmakan beberapa lama ntah. aku xpasti.

Suara manusia! aku pun tak faham ape yang diperkatakan sebab terlalu takut. suara kanak2 dan wanita. mungkin. aku diam.

Aku diam lagi. aku takut. mungkin musuh? atau sirna harapan yg mampu bawak aku keluar dari sini. tiba2, dari atas aku lihat, daun2 pandan bergoyang. seakan bunyi orang mematahkan akar2 pandan. aku lagi la takut. diam. derapan itu makin jauh. jauh dan jauh. mungkin makhluk itu pun nak berbuka puasa. derapan berlalu. meow2.. meow2..

Penat ni. dalam beberapa minit kemudian, kedengaran bunyik kucing lain bising2. 'makanan, makanan..' fahamlah aku, mungkin ada manusia yang beri kucing2 tu makanan. rupanya ada kucing lain di sekitar aku ni. tapi xde sekor pun yg sudi tolong aku. meow2.. teruja aku. kalau aku kat rumah tuan aku, dah lama aku makan kenyang2. meow2.. (nak jugak, nak jugak)

Aku hidu bau ikan yang digaul dgn nasik. aku dah masak sgt dgn bau itu. tapi bau itu disertai bunyi2 derapan. aku dengar ada suara orang memanggil kucing makan. mungkin aku la kucing yang dia cari. oh.. dia nak bawa aku keluarkah?? aku diam.

Aaahhh! kayu dari atas melibas-libas daun pandan yang tebal ni! gelap2! aaaaaa.. aha! jalan keluar! cabuttttttt..

I will survive. i will survive. meow2.. meow2.. (aku terlepas juga akhirnya..)


I will survive.. Xkan kubiar ramadhan begitu saja..

Inilah ramadhan aku yg aku tak kan lupa.. meow2.. tima kasih manusia, aku kini bebas. merdeka! merdeka drpd pandan2 tu.. meow2.. (balik2..)
_______________________________________________________________

Watak utama : kucing sesat
Watak sampingan : manusia, kucing
Latar tempat : tempat pembiakan daun pandan
Latar masa : maghrib

Kisah ini tak ada kena mengena hidup dengan yang mati. sekian..


Kad drpd ukhtie MP.. ;)

Kita masih ada di bulan yang mulia ni!! Jangan lepaskan peluang!! Rebut2!! Macam rebut kat shoping mall.. ;)

Emoticons
meow2.. (klik ler saye..)
21 Ogos 2009

Ahlan Ramadhan!


Kad ramadhan daripada kak khairunnisa.
istimewa hanya di bulan ni ja, hu2.. jazakallah ya ukhtie!
Bismillah..

pejam celik pejam celik, tup2 da sampai ke bulan ramadhan.

Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang panjang untuk mengaut keuntungan du bulan yang penuh berkat ini!

Alhamdulillah, sempat mengadakan jamuan sederhana bersama kawan2! bila2 boleh jamu orang makan lagi.

Alhamdulillah exam sudah tamat tapi masih ada lagi untuk yg akan datang. bulan ramadhan ni akan dipenuhkan dengan hal2 bermanfaat! InsyaAllah..



Dikesempatan ni, sy menghulurkan sepuluh jari agar semua kenalan maakan sy dr hujung rambut ke planet pluto. hu2~ drpd yg xdisengajakan hingga yg diperasankan. smg ramadhan kali ni dapat menjadikan kita hamba yg benar2 bertaqwa kpd Allah..

SELAMAT! RAMADHAN KAREEM!




15 Ogos 2009

Ibu Misali, Bacalah Demi Menjentik Hatimu

IBU MISALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun. Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.
Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas. Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.

'
Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan. Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam. Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.


"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.


"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abang-abang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya
"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"
"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."
"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota
mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta.Yang betulnya, mereka malas, mak!"
"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah oranglain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."
"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukanpetugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."
"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."
"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahutak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"
"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."
"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahusaya bersalah.
"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana sayatidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap-harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya."Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.

"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"


"Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

"Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya."

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala- galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah...."
"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis. Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.
Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"
"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"
"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "
"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.
"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "
"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

"Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik."

"Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa."

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."
"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.
Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah, "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."
Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. Gadis itu menyambung bicaranya.

"Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak,
di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah."

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku. Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaianyang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.




***************************************************************************
Subhanallah, tabah menjaga anak2 yg kurang upaya, bersyukur dgn kurniaan Allah, hebat. Besar sgt dah ganjarannya nnt. InshaAllah..

14 Ogos 2009

8 jam 45 minit baki

8 jam 45 minit yg tinggal sebelum hadapi peperiksaan tarikh adab yg belum siap sedia sepenuhnya. najah sokmo.


perhatian ya, ramadhan mampir. agak2 la dalam stp perkara.

itupun kalau masih ada umur yg panjang, sempatla amik exam dan sambut ramadhan. =)
10 Ogos 2009

SETIAkawan

bismillah..

to all my pren.

sungguh sy menginginkan kawan yang setia. 'kamu jadila kawan yang setia supaya kamu dapat kawan yang setia'. berulang ayat, kata kebanyakan orang. semangat setiakawan xsemestinya utk kawan. bahkan sesiapa yang kita kenal. sesiapa yg kita aggap kawan. yg kita ajak berbual, sembang, teman. bagi sy la, kan.Smileys



beginila yg kita mesti laksanakan.


kawan yg setia pasti tidak akan menceritakan aib kawannya kpd orang lain.

kawan yg setia pandai menyimpan rahsia kawannya.Smileys

kawan yg setia xakan berpaling tadah.

kawan yg setia akan sedia membantu walaupun susah senang.

kawan yg setia akan berpesan/ menasihati kawannya drpd terus lalai dengan dunia.

kawan yg setia pastila selalu mengambil berat hal kawannya, menyenangkan/ mententeramkan hati kawannya. Smileys

kawan yg setia pasti takut jika kawannya terjebak dlm kemaksiatan.

kawan yg setia mendoakan kawannya agar berjaya.

kawan yg setia percaya pada kawannya.

kawan yg setia banyak bersabar dengan kawannya.Smileys

dan macam2 sifat mahmudah kawan yg bole je kita contohi, kisah Baginda Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, Saidina Abu bakar As Sidiq


Kami kawan~ (hmm?)

paling koman pun, mesti kita nakkan seseorang yang bole kongsi masalah kita. ahli kongsi gelap pun ramai kawan yg mereka percaya hinggakan kegiatan mereka tak diketahui polis. budak ponteng kelas pun ada kawan yang dipercayai supaya rancangan ponteng kelas tak terkantoi. andai kita tak ada pun sifat2 di atas, ade sikit2 ja mungkin, tapi cuba muhasabah diri balik.Smileys



bermaafanlah selalu, jgn segan utk bermaafan. persediaan kalau2 ajal sampai dah, kan. siapa tahu.

cuba rasa rahsia anda dibocorkan oleh kawan sendiri. malu, geram. pekung kita kawan sebarkan. mesti terasa dikhianati, kan. atau masa senang bole la duduk sama2, masa susah hilang entah ke mana. sedih. perasaan dipermainkan. cuba rasa lagi kalau tak da sape kisah kita buat ape pun, pandai2 la hidup. tak da sapa nak mendorong. Smileyshidup orang tak amik tahu, mati pun, xde sape kisah.

kalo kawan kita tu curang? sabarla. yg penting kita da laksanakan tugasan kita sebagai kawan. Allah yg nilai.

kalau dipendekkan, marila kita jadi kawan yang setia. jangan segan utk jd budak baik (skema?). peduli kata org. sebab kita menuju ke arah kebaikan! smg perkongsian ini dapat membuka mata2 mereka yg merasa kawan itu tak penting, dan jg kpd yg ingin menjadi kawan yg baik. sy nak jadi setiakawan.Smileys


ucapan penaja utk semua kenalan2ku. kpd mereka yg sy invite dari yahoo mssgr. daripada yg ada pertalian darah sampai la xde. hu2.. kakak2, adik2, kawan2. smg aku dapat jadi kawan, teman, sahabat, rakan dll yang SETIA. tiada kamu, bagaimanalah diriku ini. kehadiranmu setidak-tidaknya dapat mewarnai hidup ini.

*jangan suka mencarut, @ membiasakan diri dengan perkataan kotor.
Justify Full