bismillah Pictures, Images and Photos
29 Mac 2010

Jom Heboh: Format asing penonton tiada masalah

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sumber: Harakahdaily.net


Alhamdulillah, Bandaraya Islam yg membangun! =)

Beginilah hasilnya apabila ulama' diletakkan di ranking atas dalam pentadbiran.

TAKBIR!


khusyuk dalam solat mengajar kita fokus dalam pekerjaan seharian. subhanallah~


RAHSIA KHUSYU' DALAM SOLAT

Mendorong Khusyuk Dalam Solat AgamaYa Allah..tunjukkan kami jalan yang lurus,iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya,bukan jalan yang Engkau murkai,dan bukan pula jalan mereka yang sesat..Tetapkan imanku ya Allah,Untukku terus mencari cintaMu.

Untuk mendapatkan khusyuk dalam sembahyang, (selain sujud sahwi..)

1. Berdoa

Terutamanya hendaklah kita berdoa memohon restu kepada Allah ‘azza wajalla supaya Dia mengurniakan kepada kita khusyuk, taufik hidayah dan ‘inayahnya dalam mengerjakan ibadah sembahyang, di samping kita melaksanakan usaha-usaha dan langkah-langkah berikut:

2. 'Tinggalkan dunia'

Sebelum masuk bertakbiratul ihram, terlebih dahulu kita mestilah mempunyai kesedaran, bahawa kita bersembahyang, kita mengadap dan menyembah Allah yang Maha Besar.

Kosongkan hati dari mengingati urusan-urusan dunia. Ingat bahawa urusan-urusan itu tidak dapat dilakukan sama sekali masa kita sembahyang. Oleh itu, tunggulah selepas selesai sembahyang nanti. Tiada guna difikirkan masa sembahyang, hanya akan merosakkan sembahyang kita.

3. Usaha hati

Hati hendaklah sentiasa mengingati. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga sampai ke maqam Ihsan.

Maqam Ihsan bermaksud beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya. Walaupun pada hakikatnya anda tidak dapat melihat-Nya (dengan mata kasar), sesungguhnya Allah melihat anda.

4. Tanam Rasa Cinta Pada ALLAH

Tanamkan rasa cinta kasih yang mendalam tanpa berbelah bahagi terhadap Allah. Perasaan ini tidak akan timbul kecuali kita kenal Allah. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

5. Perasaan takzim kepada ALLAH

Menaruh perasaan takzim (agung, besar, tinggi, suci) kepada Allah yang sedang kita hadap dan sembah.

6.Perasaan al-haibatu wal khauf

Menaruh perasaan al-haibatu wal khauf (gerun, takut, bimbang) kiranya sembahyang kita tidak diterima Allah, bahkan dimurkai-Nya.
Allah berfirman di dalam surah Faatir ayat ke-28 yang bermaksud:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada segala hamba-Nya ialah para ulama.

7. Menaruh harapan

Menaruh sepenuh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Ulangkan selalu dalam hati kita sebelum bertakbiratul ihram dengan ucapan para sufi yang bermaksud:

Tuhanku! Engkaulah jua maksud tujuanku, dan keredhaan-Mu jua tuntutanku.

8. Malu pada ALLAH

Berasa malu kepada Allah, takut cacat cela, ada kekurangan, kelalaian yang berlaku dalam sembahyang sama ada daripada segi bacaan, penghayatan pengertian bacaan, perlakuan perbuatan dan kekhusyukan hati terhadap Allah yang sedang kita sembah.

9. Memahami bacaan solat

Memahami dan mengerti bacaan dalam sembahyang, sekurang-kurangnya tahu maksud-maksud dan tujuan-tujuannya.

10. Hindar situasi gangguan

Menghindarkan situasi-situasi dan keadaan-keadaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti kebisingan, kerunsingan hati, keliaran pandangan mata, lintasan-lintasan hati, keletihan tubuh badan dan lain-lain lagi.

11. Mendengar cerita orang yang khusyuk

Mendengar cerita orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang seperti sahabat nabi.



*minggu bahasa arab mampir. fokus dalam tugasan!
13 Mac 2010

bermula solat ghaib berjemaah

Perginya Sheikhul Azhar, Sheikh Tantawi, al fatihah. Status di YM, facebook, blog dll menyatakan pengkhabaran pemergian beliau. Ketidaksangkaan, ketidakpercayaan, kegumaman, keralatan (serta byk lg ke..ke..ke..ke) dan pelbagai perasaan yg timbul.




Jumaat- 12 Mac 2010, sehari selepas acara merentas desa peringkat ma'ahad (yg dimaksudkan di sini, kaki sudah sakit2). Setiap hari jumaat pelajar2 Ma'ahad Ar-Rahmah akan berkumpul di surau ma'ahad, membaca surah yasin beramai-ramai. Kelihatan pelajar2 berpusu-pusu menuju ke surau, masuk ke dalam surau dengan langkah kaki kanan, membaca doa, memenuhkan ruang kosong di dalam surau, bersalaman antara rakan2 seperjuangan. Bacaan yasin diketuai oleh salah seorang pelajar tingkatan 5.

Usai doa dibaca, hari itu terus dimeriahkan dengan majlis ilmu: taman syurga: tazkirah yg disampaikan oleh al fadhil tuan mudir. bersempenakan keputusan STAM dan SPM yg baru keluar (Alhamdulillah, peratusan tahun demi tahun semakin meningkat), tuan mudir memberi tazkirah berkisar ttg hidup sbg seorang pelajar, membina keyakinan, meningkatkan semangat. pelbagai tips telah dikongsikan. motivasi demi motivasi telah disampaikan.

Tazkirah sudah mencapai tahap penurunan dan menghampiri kepada peleraian (ala2 sastera bhs melayu). kami, pelajar Ma'ahad diberitahu agar bersiap2 untuk menunaikan solat ghaib yg bakal diimami oleh Ust Khairi. benar, kebanyakan guru2 lepasan Universiti al Azhar. Senior2 kami juga sedang menuntut di sana. jadi, solat ghaib diadakan bg mendoakan ulama' yg disanjungi ini.

Pelajar2 bersiap2 utk mengangkat wudu'. drpd yg senior hingga sekecil2 junior. Alhamdulillah, mereka didedahkan dgn ilmu solat ghaib ini.

"Kak, solat ghaib tu apa? nak bace apa?" -kelu saya dibuatnya..

Pada masa yg sama, kawan2 bersyukur krn solat ghaib dilaksanakan dgn hanya berdiri (kebanyakan mereka sakit2 kaki selepas merentas desa solok gaung, alangkah mahu duduk pun sudah mengeluh).

Seqadar itu perkembangan yg mampu disampaikan. serasa saya, solat ghaib ini pertama kali diadakan sejak saya bersekolah di sana. solat jenazah, Alhamdulillah, sudah lazim bagi banin. nampaknya perlu mendalami ilmu solat ghaib. kelak mudah andai terjadi apa2 =)

Oh.. ini takrifan solat ghaib secara ringkas, rujuk: http://www.iluvislam.com/
01 Mac 2010

iklan solat : jom solat



nak jumpe kat malaysia? tgk kat internet jer la.. xthu plk oasis pun ada kan.. jom kita koreksi lagi diri kita.. biar berkali2, beribu-ribu kali, mg kita dapat baiki diri kita kan..

Firman Allah swt yg bermaksud:

“Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.” (Al Maaun : 4 & 5)


so, bape banyak kali kite lengah2kan solat, lalai dalam bab taharah dsb.. org yg xsemayang langsung neraka ape plk? bayangkn la..

seqadar perkongsian utk kte bersame..

Allah S.W.T. berfirman: Maksudnya:

“Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.” (Surah al-Mukminun : 1-3)

akhirulkalam utk kali ini, renung2kan dan selmat beramal..=)