29 Mac 2010

Jom Heboh: Format asing penonton tiada masalah

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung.

Sumber: Harakahdaily.net


Alhamdulillah, Bandaraya Islam yg membangun! =)

Beginilah hasilnya apabila ulama' diletakkan di ranking atas dalam pentadbiran.

TAKBIR!

7 ulasan:

kakchik berkata...

assalamualaikum awrapurnama. terima kasih sebab letakkan berita kami di sini. kalau adik mahu rujukan lebih banyak dan menarik, boleh singgah di bbckelantan.com

ummu sulaim berkata...

Assalamualaikum.. terima kasih =)

Kan bagus sekiranya semua negeri di Malaysia buat format kedudukan jom heboh macam ni. Betul x?

jamilah berkata...

slm ain..wahhhh!!xtau la plk psl ni..best nyeee...bgusla tuk guru nik ab aziz..sy pegi ari tu pon konsert dah abess..kitorang p ronda2 gerai2 je..tp elok gak xsmpt msuk tgk konsert sbb bersumbat2 mnusia..huhu...lecehla jln cm ikan sardin...

Nor Nadia Syakila binti Jamal berkata...

salamm...
hihi..
bestnyee..
indahnya islamm!!
ALLAHUAKBAR..

Awrapurnama berkata...

kakchik> wsalam wbt.. hebahn prkara yg baik tuk semua.. inshaAllah, sy akn lawati blog yg kakchik syggestkan.. ;)

ummu sulaim> wsalam wbt.. mmg xada syak wasangka lg.. soheh sgtla tu.. mgkn lps ni ngri lain blh cntohi ngeri kelntn~

jamilah> wsalam wbt.. jamilah.. ore klate pn xtw ko? he2 ketokohn tok guru mmg xleh dsgkal lg! bgtula klu org yg cintakn Islam. kan2? ;)
tempat yg mnyesak2 tu mmg ramai ja suka.. ehe..

kak nadia> wsalam wbt.. sungguh! andai stp apa yg dperinthkan terlaksana, akn sjhtera ngra kita.. =)

Rintusir cuttack berkata...

Assalamualaikum.. terima kasih......

Thank you so much for this Templates & Freebies. I really enjoyed reading this blog. These types blogs will encourage our self to get knowledge about this types. Thanks looking for more good techniques..and thanks for sharing this most important information..... . I want to let you know that I posted a link to your blog in quran

蚵仔麵線Jeff berkata...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社