03 Julai 2010

Kenapa menangis. . .

kenapa kamu menangis?

kerana. . .
dicerca,
diejek,
dimarahi,
diperli,
dipulau,
dipersalahkan,
dijadikan bahan sendaan,
dikutuk,
diburukkan,
terang-terangan atau. . .
di belakang. . .

sedih, pilu, lemah, hampa. . .

bukankah kamu cuba melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar?

walhal cuba untuk menasihatinya,
mengingatkannya,
menegurnya,
mengajaknya kepada kebaikan,
memintanya agar menjauhkan keburukan,
mahu bersama menyucikan hati. . .
bersama dengan hati yang bersih mengorak langkah. . .

andai ada kesilapan, tegurlah, bukan dibalas dengan kutukan. . .

menangislah wahai sahabat andai itu dapat meredakan api kemarahan dan dendammu.
menangislah kerana dengan air mata yang gugur itu akan menggugurkan kesedihan kamu.
bangkit bersemangat, usah lemah, kamu kental, kamu kuat, kamu memaafkan kesilapan mereka.
mereka tidak tahu, tidak mengerti, tidak faham.
ketahuilah, jalan-jalan itu yang pernah dilalui RASULULLAH, PARA SAHABAT, GOLONGAN YANG MENEGAKKAN KALIMAH LAILAHAILLALLAH.
kamu mengikuti sunnah perjuangan baginda, dan pastilah kamu tidak keseorangan.
sabarlah untuk sementara waktu yang singkat ini sebelum dijemput ILAHI.
sangat singkat.

1 ulasan:

زهرة حلوة berkata...

Bismillahh.
Salam..
dik, :) nice artcle..
hmm..kne tepat pd diri ni ha..
Allah tahu haty ini bkn skuat Rasulullah..hanya mnusia lemah yg cuba mmperbaiki diri dn keadaan skeliling..
tp..kekuatan itu drNya.
mmg lemah but..tetap ad cra tuk kuat dn istiqamah..
dakwah itu berseni..
bermacam cara kn?

^^ skrg ni..kuat sket la cuma..
masih brusaha tuk tetap brani mnegur cra hikmah wlupn sgt2 brat..
syukran ya habibaty..
perkongsian yg menenangkan.. :)