bismillah Pictures, Images and Photos
14 Jun 2009

Aprikot

Aprikot juga memiliki beta karotena dan vitamin C, iaitu anti oksidan yang mampu membersihkan radikal bebas dalam tubuh. Aprikot segar adalah salah satu sumber beta karotena yang baik. Beta karotena adalah anti-oksida yang berfungsi mengurangkan risiko katarak , strok, penyakit jantung, dan beberapa jenis kanser. Aprikot juga kaya dengan serat larut yang dapat menjaga kadar gula darah normal dan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Sumber

____________________________________________________________________

  • Berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic.
  • Kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah
  • 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.
  • Menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.
  • Sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.
  • Membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku. Sumber
____________________________________________________________________

Bismillah..
12 Jun, membeli prun, kurma, aprikot, roti, air, buku2 agama sambil2 menghantar makhluk2 yang akan kembali ke Kelantan bagi meneruskan pengajian mereka..


Sebelum dikunyahtelanhabiskan..

4 ulasan:

ABDUL LATIP berkata...

Saya belum pernah makan buah aprikot. Ingin juga merasanya.

Awrapurnama berkata...

Sempat sy beli di kedai jamu dan buku agama. biasanya kalau nnaik ke kelantan, kuliah2 selalu orang jual trutama di Kota Bharu. kalau berkesempatan, blh la ke Klate.. :)

Nazneen berkata...

salam wbt.
di mesir kami pggl misy2.
enak dimakan segar atau dikeringkan.
sedap3

Awrapurnama berkata...

wsalam wbt.. Nazneen..
betul2.. enak dimakan..
walau dmana berada..
ais krim, puding, kek..
sedap4..
:-)