01 Jun 2009

Bagaimana di Library?

Bismillah..

Satu permulaan yang baik saya kira. At least. Setiba di kolej, ummi sudah mula agak busy dengan tugasannya. Tambahan pula kolej baru berpindah bangunan. Mesti banyak urusan sehingga terkejar-kejar kelihatan. Library kolej sudah pun dibuka masuk jam 8 pagi. Tujuannya itulah. Ke library. Waktu pejabat. Ya, di sini bakal tempat saya menghabiskan masa sehingga jam 5 petang nanti. Lega, adik saya menemani. Agak kurang selesa pada mulanya dengan suasana baru.. Hi2.. Suasana belajar.

library Pictures, Images and Photos
Mengikut kajian, manusia boleh belajar ilmu selama 40 minit hingga 1 jam. Lepas tu kena stop kejap. Macam makan juga, terlebih, nanti semua terkeluar. Langsung tak dapat.

Sekitar jam 9 pagi, saya mula melangkah ke library baru. Masih belum banyak buku yang dipindahkan. Suasana, okey. Selesa dan baik. Cuma hati saje kureng. Tak mengapa. Belum duduk, tak kan nak menghukum seawal ini. Ternyata, 4 jam pertama saya tidak terarah. Bukan hilang arah, cuma agak mengejut. Mungkin kejutan budaya. Kejutan budaya belajar! Kejap belek buku itu, buku ni, bangun kejap, makan angin, jalan2 sikit, duduk, bangun, ambil buku lain, duduk, baca. Tu la tak biasa dengan belajar smart hardly. Banyak saja buku bermanfaat tapi tak dimanfaatkan oleh saya.

Sempat membelek buku berkaitan photoshope, kraf, buku2 motivasi. Semuanya mendatangkan bosan dengan cepat. Tiba2 saya terjaga dari tidur (?).

"Huh aku tdo. (Sambil melihat waktu di handphone, jam 1.21 tengah hari) Oo aku tdo 30 minit. Not bad."

Sengaja tidur. Pelajar kolej cuti. Dalam library hanya ada saya, adik, anak staff dan beberapa orang staff. Buku2 tadi saya letakkan pada tempat asal. Adik saya pula sibuk dengan nota sejarahnya. Mula bosan, saya cuba hilangkan kebosanan dia dengan Novel Manikam Kalbu. Mulanya nampak membelek saja. Terus dibuka page yang terakhir. Dari mana datang angin dia memulakan bacaan novel dari page pertama. Alhamdulillah. Dia berminat. Saya? Perancangan saya pada hari ini, ingin menghabiskan beberapa buah novel. Misi tak tercapai.


"Aku kena ikut cam ulama' n pimpinan yg feymes ngn kerajinn mmbca bku"

10, 11, 12, 1. 4 jam berlalu. Saya beredar untuk menunaikan solat zohor. Di saat menaip ini, saya tersenyum-senyum. Haih diri ini, jika fikir belajar itu bosan, membayangkan limau itu masam, hebat kesannye. Cuba bayangkan limau itu manis. Membaca, membaca itu seronok. Kalau sudah mind set awal2 membaca itu bosan, mana nak rasa perasaan seronok tu? Haih duhai diri.


Peneman dikala masa terluang

2, 3, 4, 5. Alhamdulillah, saya semakin terarah. Mungkin kesan mengantuk yaamat membuatkan berat sangat untuk menghadamkan ilmu. Apa yang di baca, saya tolak. Kini kian pulih! Mujur saya bawa Rindu Bau Pohon Tin, karya Us Hasrizal. Saya suka baca buku tersebut. Ringkas, penuh erti, bermakna, mudah faham, tak panjang meleret-leret, santai sehingga hilang kebosanan saya. Alhamdulillah semakin terarah 4 jam sebelum pulang. Saya dan adik saling bertukar cerita dari pembacaan kami. 4 jam akhir itu berbeza dengan 4 jam mulanya.


5 petang

Akhirnya tibalah masa untuk saya dan adik keluar dari library memandangkan pejabat akan tutup. Dari awal saya di dalam library, ada seorang staff yang sangat ramah. Pada mulanya, terdetik di hati saya agar tidak menjejakkan kaki di library ini esok. Tapi staff yang menjaga kami seawal kehadiran kami, dengan ramah, layanan yang baik, Pn Anita tak silap saya. Pn Anita alukan sangat kedatangan kami esok. Bayangkan dalam library yang luas, hanya dia dan beberapa pekerja yang menjaga library pasti bertemankan kesunyian. Tambahan pula dia kenal mudir saya, kami macam sefikrah yang menyebabkan saya akan datang juga esok. InshaAllah. Sekejap saja hati boleh berubah. Tunggu kehadiranku duhai Pn Anita yang baik hati..


Untuk orang macam saya, kata2 ni, alangkah bermaknanya..

*Tengah hari tadi lunch berlaukkan ala2 kampung termasuk kangkung goreng. Saya pun baru perasan yang saya makan kangkung goreng. Tak teringat langsung posting yang lepas. Masa keluar dari library saya cuba kongsikan cerita kangkung pada posting lepas saya. Adik sayalah yang mengingatkan saya yang kami lunch makan kangkung goreng. Berseleranya saya makan tadi.. Aduh kalau dah ada makanan depan mata..

Tiada ulasan: