28 Oktober 2009

Positip la kawan..

Bismillah..

Haih xm smu ni kadang2 buat diriku letih.. tp ape kata pekena kopi pracampuran RADIX? pastilah mata anda segar bugar tatakala mmbuat revision (seqadar tips).. ni baru ujian sikit.. bawak2la beringat ujian yg lbh bsr.. =)

Topik utama~

Tq buat ukhti di bumi kinanah (hi2 ikut ja kata org).. trimas3x buat semua yg memositipkan diriku.. knp3x? sbb diriku begitu brharga.. huk2.. alhamdulillah.. indah bernar ukhwah islamiah.. di kata menempuh xm yg menesenkan kekadang, ada saja pembangkit smgt, ransangan2 mmbangun, pujukan, motivasi.. supaya diriku ke depan! ke depan menempuh onak! aah xtrgambar indahnya kurniaan Allah.. pemberian-Nya mmbuatkan diriku sangat malu sbg hamba-Nya.. buat baik pd orang, orang balas baik pd kita.. terutamanya, Allahlah yg mmbalas balas baik yg terbaik!

(Haih xm esok ja, mcm2 nk bising)

Jom2.. inilah dikatakan hubungan adik-akak, akak-adik.. smg anda mnjadi seorang kakak, adik, hamba, calon peperiksaan, anak yg baik! AMIIIINNNNNNNNNNNN.. kakak2ku, syukran.. :).. inshaAllah aku akan terus2 berusaha.. saksikannnn sedutan di bawah............

___________________________________________________



Dengan nama ALLAH

Salaam wbt.

Baru sekejap tadi adik saya di Tanah Melayu menghantar mesej YM kepada saya. Bertanyakan "Dah tido ke belum?". Waktu di Malaysia ketika itu adalah 6 pagi, pasti dia sedang bersiap-siap untuk ke sekolah, menghadapi ujian Sijil Menengah Ugama (SMU). Saya rasa, dia mahu meluahkan, mencari ketenangan, mengumpul kekuatan mana yang ada di saat akhir ini. Dia mengadu, katanya dia tidak tahu apa yang telah dia baca dan apa yang harus dia baca, Tak apa, sayang, pasti dirimu telah berusaha sebelum ini, diri ini tahu, dan diri sayang pasti tahu, yang penting sayang telah mencuba. Dan langkahmu ke dewan peperiksaan, rangkai katamu dalam menjawab soalan, itu juga dikira usaha. Bahkan tidak terhenti di situ, doamu nanti, selepas tamat peperiksaan nanti jua dikira usaha. Usaha sehabis mungkin selagi natijah belum di tangan! Sedang kita di akhirat nanti, meski tak mampu lagi beramal persis di alam ini, pasti kita berusaha pula mengharap syafaat dan timbal balik amalan soleh untuk mendapatkan natijah syurga.



Cuma, apa yang dapat saya kongsikan di saat akhir itu, hanyalah tips-tips mudah dan paling utama. mengharapkan adikku itu tenang dan tidak resah. Sekadar belek-belek 'mufradat' dalam subjek Mutalaah dan selak-selak nota teks komponen sastera (KOMSAS) untuk subjek Bahasa Melayu (Kertas 2). Pastikan ketika menjawab soalan ringkasan, rangka jawapan terlebih dahulu, dimulai dengan pendahuluan, isi tersurat dan tersirat yang mencukupi serta kesilpulan atau penutup yang baik. Buat anggaran bilang patah perkataan agar ringkasan kita itu nanti tidak terlalu panjang dan pendek hingga payah dan comot pula ketika menyemak. Jangan biarkan kertas jawapan kosong! Sedarlah bahawa anda telah membayar untuk mengambil peperiksaan, jadi manfaatkan! Heh~



Sedikit masa lalu, adik saya yang sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) turut menelefon saya DI SINI. Ya, menelefon saya dari Kota Bharu, menggunakan talian Celcom, terus ke saluran Etisalat saya yang saya tidak pasti, barapakah caj panggilan yang terpaksa dia hadapi, semata-mata mahu mengetahui kaedah terbaik menghadapi Malaysia's University English Test (MUET). Aduh, kasihan adik sayang saya, habis juga kreditnya ber'kecek' sebentar dengan saya. Terkesan dengan sedikit kebuntuan yang dia hadapi, saya cuba menelefonnya semula. Sekadar dapat memberi tips dan pengalaman yang picisan cuma dan mengharapkan dia tenang dan banyakkan berdoa. Saya fikir, saat itu pasti dia sedang BERUSAHA mencari-cari apa yang patut sebagai persediaan, selain ketenangan dan luah fikiran yang kedengaran sendat dan sendu (ataukah saya yang sendu sendiri memikirkan payahnya adikku ini! Heh~). Adik saya ditakdirkan sekumpulan dengan para pelajar yang tidak sesekolah dengannya untuk Ujian Lisan MUET. Risaunya dia andai dia tidak mampu, kerana dia tidak dapat menggambarkan bagaimana suasana, keadaannya nanti. Buat baik dengan semua, sayang. Moga kebaikan itu memudahkan jalan kita untuk mencapai kejayaan. Ayah mana yang tak sayangkan anak yang berbudi? Pintalah apa, pasti akan dibagi. Sayangnya ALLAH apatah lagi! Kan? Baik sangka dengan ALLAH, ya sayang? Tiap ujianmu pastilah untuk melahirkan dirimu yang lebih baik. 'Maka sabar itu terlebih indah'.




Tenang, tenang dan tenang. Itu harapanku buat adik-adikku yang mengambil Ujian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Menengah Ugama (SMU), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) dan tak dilupakan, peperiksaan akhir tahun bagi adik kecilku, Heh~ Buat kakak yang sedang berada di semester ketiga pengkuliahanmu, didoakan najah juga. Sering umi pinta agar susuk yang daif lagi lemah ini serta kawan-kawan seperjuangan di Kiblat Ilmu ini mendoakan kejayaan kalian semua. Kata umi, bumi Mesir bumi berkat, doa muda termakbul. Apa pun, sama-sama kita berusaha untuk mencapai kejayaan bersama.

Semoga usaha kita dalam menghadapi ujian kecil di dunia ini, diberikan natijah yang terbaik di dunia, dan memberatkan mizan di akhirat, inshaALLAH. Moga kalian sentiasa bersedia!

P\S: Maaf tidak menghubungi kalian sekian lama~

Tiada ulasan: