bismillah Pictures, Images and Photos
19 April 2009

Pertama Kali Menyertai Kem Nisa' Survival


Walau bagaimanapun situasi kita, Islam telah menyediakan cara untuk kita sentiasa menjaga aurat. Jangan kerana menutup aurat kita katakan susah itu dan ini dalam aktiviti lasak. Huhu..

Tanggal Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org 12 April 2009, saya telah menyertai Kem Nisa' Survival. Peringkat sekolah. Pada mulanya memang saya tak mahu sertai Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Memandangkan penyertaan adalah wajib dan bukan senang pihak sekolah membuat program seumpama ini. Direlakan saja. Maka niat itu ditajdid. Kerana Allah. Bukan paksa rela (hehe)Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Sebabnya? Nama pun survival. Kebiasaan saya menyertai tamrin atau kem yang lebih menguji emosi, pengetahuan, atau program yang berbentuk ilmiah. Berbanding kem survival yang memerlukan kekuatan, ketahanan fizikal. Kena jadi lasaklah 2 hari tu. Yang paling saya tidak berminat (pada mulanya) kena tidur dalam khemah. Almaklumlah masih belum berpengalaman. Di tengah-tengah padang sekolah. Untuk pengetahuan semua, sekolah kami keras. Banyak batu (jeng jeng) Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Manakala semua makanan disediakan oleh peserta sendiri mengikut kebijaksanaan masing-masing membuat persediaan sebelum menghadiri kem; membawa bekalan. Pihak penganjur akan menyediakan air dan nasi sahaja. Antara barang yang perlu setiap kumpulan sediakan: Roti, sardin, bawang siap kisar, sambal, asam keping, lobak, kobis, mayonis, sos, kicap, gula, garam, kordial, teh. Tak ketinggalan dapur masak, kuali, periuk, senduk sudip, pisau landas, sudu, garfu. Pendek kata memang tak akan mati kalau tidur satu malam di sekolah dengan persediaan yang kami bawa Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org.

Sabtu, 11 April. Pagi. Seperti biasa, pendaftaran. Kemudian ada acara indoor game. Saya ambil bahagian batu seremban. Apa boleh buat. Kalah. Hehe Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Masak untuk tengah hari. Menu, telur goreng dan sayur goreng sebelum berlansung Fesyen Show. Setiap kumpulan perlu mereka fesyen-fesyen ala-ala busana muslimah. Agak gah juga yer pelajar Ar-Rahmah ni Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Makan petang, berupa megi segera Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Sempat saya mengimami solat isyak. Seakan menjadi bidan terjun. Betulah kata guru, pejuang perlu sentiasa bersedia. Malam aktiviti kemuncak. Ghost Hunter. Mata ditutup. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Oleh kerana saya diantara orang yang terakhir di bawa merayau, 'hantu-hantu' pun malas dah nak kacau. Kami dibawa ke tempat berhampiran sahaja. Berbanding peserta yang meredah awal. 'Hantu' belum penat, rasa jakun nak mengganggu. Tapi benarlah. Sepanjang kami berprogram Ghost Hunter, ada juga yang memerhati. Siapa? Atas pokok. Seronok bila tahu Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org.


Slot yang paling dinanti-nantikan. Macam-macam yang 'hantu' gunakan untukk menakut kami. Katak, ulat, cacing. Pagi tiu, banyak betul jumpa bangkai katak. Sempat seekor katak diletakkan dalam setiap khemah peserta. Alhamdulillah, khemah saya selamat dari katak. Penat selepas slot Ghost Hunter, katak mati akibat diduduk oleh mereka yang kepenatan Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org.

Esok harinya kami perlu menyelesaikan satu masalah. Mencari anak-anak benih di keliling kampung (Explorace). Kemudian buat batas dan siap-siap untuk bercucuk tanam. Memang amat terik pada hari itu. Tapi itulah tugasan yang dapat kami selesaikan dengan sempurna. Program tamat dalam jam 1 tengah hari.

Macam mana? Tidak dapat tidak program sebegini mempunyai kelebihan sebenarnya. Walaupun pada mulanya saya tak rela menyertai, hakikatnya selepas menyertai saya mendapat pengalaman berharga serta berjumpa dengan makhluk yang tidak diundang (hehe) Free Smiley Face Courtesy of www.Smiley-Faces.org. Siapa kata wanita muslimah tak boleh aktif?
Sekian dimaklumkan.

Blog Nisa' Melaka turut memuatkan gambar-gambar kami semasa berprogram. Yang mana satukah penulis? Hehe..

4 ulasan:

shahadah berkata...

wahh..sungguh bersemangat dirimu.. hehe..semoga terus istiqamah untuk merasa kan bahawa sorg pendakwah itu harus selalu bersedia! sy pn baru2 ni gi kem jugak. mukhayyam dakhili. hehe..moga sihat selalu ye cik awrapurnama..siapakah namamu sebenarnya? hm..

Awrapurnama berkata...

syukran kk shahadah..
smgt dizahirkan..
smga akk jga siht dan istiqomah dlm prjuangan..
byk menasihati sy dan mendoakan sy..
hu3..
kem yeh? jenis ganas atau kem ilmiah..
kalau ad peluang, ad kem kita sertai sama2?
hu3..

Ikhwan Muslimun Malaysia berkata...

Terkenang zaman persekolahan masa jadi peserta dan jadi fasilitator.

Awrapurnama berkata...

to Ikhwan,

yup, perlu sgtla hayati dri sekarang..
trutama msa dgn teman2..
inshaAllah sy bakl jd fesi esk..
mga semuanya brjaln lncr..
:|