bismillah Pictures, Images and Photos
27 April 2009

Bawang Besar

onion Pictures, Images and Photos
Bawang yang kepeningan~

Bismillah..
Pasti semua tahu macam mana perasaan bila kupas kulit bawang? Sedihkan? Tapi sekarang bukan untuk dicerita macam mana rupa bawang, nama saintifiknya, kegunaannya, atau berkaitan bawang..

Perjalanan semakin rumit. Cukup sukar untuk dikatakan buat masa ini. Mulalah amanah datang bertimpa-timpa. Program itu ini. Masalah itu ini. Hal itu ini. Semua itu perlu disusun dalam bentuk check list untuk memudahkan urusan seharian. Aha! Jadual harian. Kenapalah masih tidak berdisplin?

Cabaran terdekat:

Kem Amali Solat dan Motivasi:
Kem yang dikhaskan untuk sebahagian pelajar-pelajar di sekolah saya demi memantapkan lagi kefahaman mereka dalam solat serta memberi kesedaran diri. Saya pula dilantik menjadi AJK program. Sebetulnya sebagai fesi yang bakal bermain emosi dengan para peserta. Bagaimana untuk saya mendidik jiwa mereka? Masih mencari motivasi untuk diri ini~ Aha! Bahan untuk slot muhasabah? Video dah cukup?

Hari Sukan Peringkat Sekolah.
Sebelum Hari Sukan berlansung, saringan akan dibuat. Saya telah terpilih untuk memasuki acara bola jaring, bola tampar dan badminton (mungkin sekali akan tarik diri antara salah satu acara? Hehe..). Cukup merunsingkan saya. Bukan pernah main bola tampar bola. Menampar bola pernah. Alangkah sukarnya buat orang yang tidak aktif dalam sukan~ Perlu membuat latihan petang-petang nampaknye. Bagusnyer pelajar yang semangat kesukanan. Tang belajar je kantoi..

Hari Guru Peringkat Sekolah:
Dicadangkan agar Hari Guru pada tahun ini akan diadakan dengan gempaknya. Apa yang boleh dicadangkan untuk menggempakkan Majlis Hari Guru pada tahun ini? Kita main bom la.. Baru nampak kegempakannya..

Minggu Bahasa Inggeris:
Mungkin ini agak ringan. Di mana-mana, kamus English- BM, BM- English sentiasa menjadi sahabat baik. Ape persediaan sebelum datangnye Minggu Bahasa Inggeris? Perlu untuk menyertai pertandingan yang disediakan? M***s. Tak molek betul jawapan. Raikan. Bahasa Inggeris pun ilmu. Program masih dalam perancangan.

Ujian Bulan April:
Sudah siap dengan cabaran ini? B***m. Masih lagi pandai melengahkan masa. Masih suka main-main. Masih m***s nak ulangkaji. Masih masih masih.MySpace (Program penuh, macam tak jadi jer? Cancle kot. Hehe..)

Antara aktiviti yang dalam perancangan. Urusan Badan Pengawas dan pelajaran jangan lupe yer.. Lagi lagi lagi? Iktibar dari bawang. Walaupun bawang akan menyebabkan anda menangis, anda masih menggunakan bawang untuk dibuat masak. Sesungguhnya bawang mempunyai kelebihan. Aiyoo.. Mengarut lagi. Semoga ini cukup untuk mengemas kini berita terkini. Sekian buat kakak yang membaca.MySpace

2 ulasan:

miss kalut berkata...

bwang sedap,,tnpa bwang tdak sempurna lah msakan ku..
ngee..
ain dah hbis bca kitab tuh? hee

Awrapurnama berkata...

belum ustazah..
hehe..
sape lak kata bawang xbest..
kita kena bljr dr bawang..
walaupun bawang xtao paper..
dia ad ajar kita..
ngeh3..