bismillah Pictures, Images and Photos
08 Mei 2009

Hari Terbuka Muslimat Melaka 10 Mei

Hari Terbuka Muslimat Melaka 10 Mei

Zaili Muhammad

Fri | May 08, 09 | 3:53:30 pm MYT

MELAKA, 8 Mei (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan Hari Terbuka Muslimat Melaka yang akan diadakan pada 10 Mei ini bertempat di Dataran HAMAS, Sempang Kemendor, Jasin, di sini.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu akan bermula pada pukul 8.00 pagi untuk sesi pendaftaran dan dijangka berakhir pada pukul 5.30 petang, di mana upacara perasmian akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Serentak dengan itu akan diadakan tiga upacara pelancaran iaitu pelancaran Dana Kebajikan Muslimat, Kelab Penyokong PAS dan Kempen 'Kita Bersaudara'.

Pelbagai pameran dan acara diadakan untuk memberi peluang kepada orang-ramai mengambil bahagian seperti pertandingan tarik-tali lelaki berpasukan, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak dan pertandingan untuk wanita seperti gubahan hantaran, anyaman ketupat, masakan lauk serta silang kata terbuka kepada semua.

Pada sebelah petangnya pula turut diadakan persembahan pelajar Pasti dan persembahan busana anggun bestari yang bertemakan 'syariat ditepati, keterampilan diangguni'.

Selain itu satu forum Pakatan Rakyat yang bertajuk 'Menjana Gelombang 13' turut diadakan pada jam 3.30 petang dan disusuli kemudiannya acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada program tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran GMI dan Palestin, aneka jualan, jumble sale, kempen daftar ahli dan lain-lain lagi. - mns_

Sumber: http://www.harakahdaily.net/

*Ape tunggu lagi? Mari le beramai ramai. Ajak kaum keluarga sanak sedara sepupu sepapat kaum kerabat hadir. Jumpa anda di sana........................................

Tiada ulasan: