21 Mac 2009

Berusaha ke Arah Kecemerlangan

Bismillah..
Hari ini seperti hari-hari Sabtu yang lain. Kelas tambahan. Siap sedia ke sekolah. Sarapan. Aduh tiba-tiba ummi tanya:
"Ain boleh score SMU."
Lebih berbaur pertanyaan. Saya patut letak simbol '?'. Tapi tak diletak supaya samada saya perlu menjawab atau tidak. He2.. Pelahan-lahan saya menjawab:
"Insha-Allah."
Antara dengar atau tidak. Hu2.. Tiba di sekolah, sahabat saya juga kena dengan ayah dia. Ditanyakan perihal SMU. He2.. Jawapan hampir sama dengan saya. Masing-masing takut untuk menjawab. Harapan ibu bapa penuh pada anak-anaknya. Saya takut memegang amanah ini. Takut akan mengecewakan. Tapi siapalah suruh fikir negatif? Sejak semua kakak-kakak saya belajar jauh-jauh, tak ada siapa nak membebel untuk saya. Sungguh risau akan diri ini. Hu2.. Mohon bebelan dari semua! Arigato!

'Bebelan' pada hari ini:
Jangan sekadar memasang telinga tanpa usaha memasang tali. Binatang diikat dengan simpulan, ilmu ditambat dengan catatan. So, jangan nanti jangan lupa mencatit. Study molek.
Tak cukup itu saje:
Orang yang berjaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan. Apa yang dijangka dan disangka dalam hati adalah doa dalam senyap (Razzi Ar Mansur)
Alhamdulillah. Sebenarnya sangat cukup untuk memotivasikan diri. keputusan terletak pada tanganmu Ain.

2 ulasan:

muSafir bahagia berkata...

Ma'atTAUFiq Wannajah ila Ukhti

Awrapurnama berkata...

Afwan.. :D
salam najah dari ukhtimu ini..
fighting!!