bismillah Pictures, Images and Photos
09 Mac 2009

Merindui Rasulullah


Bersempena Mailidurrasul ini, ada saje teman2 mengingatkan saya tentang hadis2 dan kisah2 Baginda Nabi tak kira dalam bentuk mesej atau lisan..

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".

Adakah kita dikalangan ikhwan yang Baginda maksudkan.. Takutnya..

Dari Ibnu Mas'ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku (HR At- Tarmidzi)

Banyakkan selawat keatas Baginda s.a.w..
Sesungguhnya selawat itu salah satu penyebab penghapus dosa..

Tiada ulasan: