bismillah Pictures, Images and Photos
16 Mei 2009

Guru, Abu al-Ruuh



Terima Kasih Guru
Album : Hikmah Kembara
Munsyid : Mirwana
http://liriknasyid.com

Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Bismillah..
Sambutan Hari Guru peringkat maahad telah diadakan semalam dengan penuh ceria rahmahnya.. Walaupun ada sedikit kekabutan dalam menjayakan program ini, namun itu tidak menghalang untuk kami menzahirkan ucap kasih kami kepada guru (walaupun sebenarnya tak mungkin akan mampu dizahirkan kasih ini kerana banyaknya jasa guru).

Masih ingat lagi diri 'ter'berbual di dalam kelas, guru maafkan. 'Ter'tidur di dalam kelas, guru maafkan. 'Ter'tak siapkan kerja sekolah yang diamanahkan, guru maafkan. Guru memang pemaaf, penyayang, guruku sahabatku, guruku understanding, guruku ada gaya, guruku hadir awal, guruku berdedikasi, guruku ialah guruku. Sampai terciptalah anugerah tersebut dan anugerah paling pelajar nantikan; anugerah guru paling popular di sekolah saya. Bukan nak membeza-bezakan antara guru, sekadar memeriahkan lagi suasana sambutan yang pasti diadakan setiap tahun. Biasanya juara berturut-turut ialah mudir saya yang dah konfiden sungguh bakal dinobat guru paling popular. ^o^


Di maahad ini, guru tak ajar kami takut akan guru. Kalau nak takut.. Takutla pada Allah SWT.. Ini yang saya dapat bezakan antara sekolah yang ada segelintir pelajar takut akan guru bila berdepan dengan guru, belakang guru, habisla kereta dicalarkan, tayar dipancitkan. Fuh berani betul. Kalau la mereka takut akan Allah, tak kira la dengan guru, rakan-rakan, ibu bapa, nak buat jahat belakang2 pun tak berani.

Guru abu al-ruuh, berkat kesabaranmu mengajarku, saya telah menjadi 'manusia'. ^o^

Guru, terima kasih..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA

to kak kiah, kak mahabbah, selamat ari guru.. (!.!)

[Dah nak peksa ni ape la yg dikarutkan~@.@]

2 ulasan:

miss kalut berkata...

hikhik.. ain macih2.. maluw nya =) (merah pipi nih.. ngeee)

Awrapurnama berkata...

to mahabbah;

aiseh kak.. ape nak malu.. jd cikgu kna bangga.. ehe..
*jgn main rotan.. :D