bismillah Pictures, Images and Photos
22 Mac 2009

Malam Anugerah Cemerlang


Surau di Maahad Ar-Rahmah. Sudah diupgrade, pasang air cond. He2.. Hebat tak.. Merupakan tempat cawangan Darus Syifa'. Sebelum ceramah bermula,
orang ramai solat isya' berjemaah berimamkan Ust Kamal.


Bismillah..
Malam anugerah cemerlang..
Hu2.. Seperti biasa, setiap tahun pasti mudir saya akan adakan malam anugerah ini untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Dan yang paling best (in da world) sekali, tetamu khas yang akan dijemput ialam Profesor Dato' Dr Harun Din. Al Fadill yang juga merupakan penaung sekolah kami akan menyampaikan anugerah seterusnya sebagai penceramah pada malam itu. Jadi tiap-tiap tahun la dapat jumpa beliau. Hu2.. Alhamdulillah. Tak silap saya, 2 kali sahaja Ust Harun tak dapat hadir atas kesempitan waktu. La baksa bih.. Anugerah diberi kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam:
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI)
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU)
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Sijil Menengah Ugama (SMU) dan;
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Alhamdulillah pada tahun lepas ada pelajar yang mendapat 12A straight (UPSRI), 5A straight
(UPSR), 9A 1B (PMRU), 6A 3B (PMR) (tahun lepas PMR kureng. Im very very sorry), Mumtaz (SMU) dan 9A 1B (SPM). Alhamdulillah tahun ni peratusan kecemerlangan meningkat. Hu2..


Salah seorang pelajar telah menerima wang tunai dan piala pusingan untuk PMRU.
Adik sapa la tu. He2..

19 Rabiul Awwal (15 Mac, Ahad), tarikh di mana saya menerima anugerah dari Al Fadhil. Hu2.. Alhamdulillah, rasa tak akan lupa peristiwa malam anugerah. Memandang wajah orang alim, wajah yang bersih, wah alangakah bahagia. Antara kata-kata beliau:
"Belajar rajin-rajin. InshaAllah saya doakan."
Alangkah! He2.. Mesra sangat-sangat. Saya tak boleh dan tak boleh lupakan. Malam itu ceramah berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca baik. Apabila ceramah bermula, suasana menjadi tenang. Wow, subhanallah. He2.. Tempat jual-jual memang bising. Dengan bunyi enjin ke apa ntah. Generator ye nama mesin tu. He2..


Suasana membeli-belah dari pelbagai sudut. Hu2..
Seronoknya datang ceramah.


Petugas-petugas terdiri dari Unit Amal Maahad Ar Rahmah
sibuk mengagihkan air yang telah didoa'


Petugas siap-siap mengemas tapak yang digunakan untuk mendengar ceramah.
Kumpul surat kabar dengan kaki je. Hebat betul. Jimat masa.


Sempat beli-belah lagi sebelum balik. Boleh boleh.
Dah hujung-hujung ni orang bagi potongan harga je. Ha2..

Setiap tahun majlis ini diadakan di Maahad Ar Rahmah. Setakat ini. Mana tahu tahun-tahun akan datang akan dibuat kat pantai ke, hotel 5 bintang ke. He2.. Semoga majlis sebegini yang susah payah diadakan memberi makna yang mendalam kepada semua pelajar, dapat memotivasikan diri. Sebagai peniup semangat. Semoga pelajar-pelajar lebih berdaya saing yep.

4 ulasan:

Nazneen berkata...

uish.................... lm nye xg ceramah
AMAR jual ap j?

Awrapurnama berkata...

ho la..
kat sana sure lagi byk ceramah kan?
ceramah, kuliah, al kuliyah, tazkirah, kira sama la majlis ilmu pentingnyer..
hehe..suasana jer lain ek..
AMAR jual kek, roti..tya timb presidennyer..hehe..
smga dpt dtg ke suasana ceramah lagi..
;)

muSafir bahagia berkata...

Hari Bersejarah bg Ma'ahad ArRahmah Melaka...
DA makin berkembang sesuai dgn nama majalah skolahnye.. Attaqaddum...alfu mabruk kpd suma yg terlibat membangun kan ma'ahad kite...

Awrapurnama berkata...

to Musafir Bahagia..

mg berbahagia sslu..hehe..hrp2 slmt dlm prjlnn ke maahad kami dan musafir bahagia jgk..
yup, attaqaddum, hmm, nma majalh pun dah beri motivasi kpd sye tuk lebih berkembang..hehe..
syukran buat musafir bahagia..sumbgn dari senior2 sgt dihargai..