bismillah Pictures, Images and Photos
01 Julai 2009

H1N1 Dah Sampai Melaka Pun

Bismillah..
Kes selsema babi, H1N1 influenza A, swine flu, virus berbahaya, @ apa2 sajalah yang pertama di Melaka, sudah tercatat. Rakyat Melaka, rakyat2, duhai ummat Nabi Muhammad saw, berdoalah. Owh, teringat babi2 di Paya Mengkuang. Apa masih belum habis?

Melaka catat kes pertama H1N1

MELAKA: Seorang pelajar yang baru pulang selepas menyertai kontinjen sukan tajaan Universiti Nottingham (Kampus Malaysia) di London pada 19 hingga 28 Jun lalu, disahkan positif jangkitan selesema babi (H1N1) semalam, sekali gus menjadikan ia kes wabak itu yang pertama di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Norpipah Abdol, berkata pelajar perempuan berusia 20 tahun itu didapati menunjukkan simptom virus terbabit selepas menjalani ujian saringan di bilik gerakan H1N1 Hospital Melaka, kira-kira jam 12.10 tengahari semalam.

Katanya, pelajar dari Taman Ozana Impian, Bukit Katil itu disahkan positif wabak berkenaan berdasarkan keputusan swab tekak dan ia membabitkan kes jangkitan luar atau import. Baca lagi...

Kes ini akan menjadi sejarah di Melaka yang memang bersejarah..


Ya Allah, jauhi keluargaku, sahabat2, warga Ar Rahmah, mukminin mukminat, muslimin muslimat daripada kemudharatan bahaya ini..

Tiada ulasan: