20 Julai 2009

pop kuiz perdagangan

Bismillah..

tahun ni saya bakal menduduki smu. jadi pastila saya lebih fokus dan tertumpu pada subjek2 agama dan 2 subjek bukan agama, bm dan bi, termasuk dalam smu. berlansungnya pop kuiz hari ini, aah, cikgu perdagangan saya sangat berusaha. walaupun tahun ini tak ada pun exam besar perdagangan, ada2 saja usaha cikgu supaya kami tidak melupakan subjek perdagangan ini. sememangnya subjek perdagangan perlu dibaca. tak perlu teliti sangat. nah, sapa malas baca, memang susah la nak dapat.


blaja la kome btoi2..

teringat semasa menjadi pengawas di sekolah rendah. hari jumaat, 2 masa sebelum balik, kadang kala guru2 ambil masa untuk adakan meeting. semua pengawas ditugaskan menjaga kelas. mengadakan kuiz adalah salah 1 teknik untuk mendiamkan budak2 itu! selain mengarahkan ketua kelas mengambil nama pelajar yang bercakap, berjalan, keluar kelas dll. sapa ingkar, bagitau ustaz. haha.. kanak2 masa tu, kecut perut la kalau2 nama diorang sampai kat ustaz. kelas senyap.

kuiz yang tak dapat saya lupa. seingat, dalam standard 1. subjek pendidikan islam rasanya. ustazah siti aminah masa tu yang mengendalikan kuiz dalam kelas utk pelajar standard 1. saya dapat buah epal merah. aduh, rindunya zaman kekanak dulu.

standard 2, kuiz menguji minda pelajar. ustaz mazlan. dapat la duit berposen posen. hasil daripada menjawab soalan 'sambung ayat quran'. surah dhuha seingat saya. alhamdulillah.. kekanak sebaya semua berebut mendapatkan kupang2 sen dari ustaz. heh..

semasa saya di standard 3, seorang guru ganti membuat kuiz matematik. sapa dapat jawab, nah, habuannya gula2! saya pun kurang ingat berape aja gula2 saya dapat. rasanya macam banyak. huk2.. jarang benar saya buat kuiz, ya mungkin boleh saja dengan rakan2. salah satu cara utk belajar dan mengingat.



setakat ni, masih belum dapat kuiz mengejut. kalau mengejut, maknanya belum prepare baca buku. tapi sedangkan pemuda Islam kena sentiasa dalam keadaan bersedia! aah, bersedialah diri saya ini yang bakal menduduki smu hujung bulan oktober ini. selepas raya? fuh, susah nak menaikkan semangat belajar selepas beraya?! tapi bukanlah mustahil, kan?

terdekat, trial smu mungkin dalam awal2 bulan ogos ini. saat masyarakat mula nak merdeka2. ntah apa yang merdekanya.

coretan malam 21
Inteam - Halimatus Sa'diah
insan ini, mg kudapat hayati sejarah beliau

tidakkan miskin jika membela Islam
tidak hina meriba kebenaran yang mulia
jangan takut jika kau beriman

*teringat (lg) kuiz maulidurrasul..

3 ulasan:

AdH berkata...

Dalam P&P pun memang cikgu digalakkan guna macam-macam kaedah. Belajar sambil bermain merupakan kaedah yang baik untuk ajak murid-murid belajar dan mengingat secara tak langsung. Bila ada persaingan antara kawan-kawan barulah ada semangat mereka nak belajar. Kita pun macam tu juga kan ;)

Akak pun kena fikir macam-macam 'game' sebelum masuk kelas..Apalah nak ajar esok nih....ngee... ;)

Awrapurnama berkata...

Kk Aina..

Kdg2, nampak sgt guru lagi berusaha drpd pelajar. aah, sllu! betapa bsrnya pengorbann guru.. apatah lg utk kank2 istimewa. uji kesbrn kan..=)

smg didtgkan idea bernas! ;)

蚵仔麵線Jeff berkata...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社