05 Julai 2009

Ini Dia Kenduri...

Bismillah..
Hujan masih belum berhenti turun. Mencurah-curah. Seronok. Satu keluarga besar berkumpul meraikan kenduri perkahwinan yang seorang. Bukan senang nak berkumpul ramai2. Tunggu kenduri keluarga dan Hari Raya le jawabnya.. Dari mak ngah, mak lang, mak uda, pak cik, mak cik. Melayan sepupu2 yang makin membasar! Dah macam2 rupe. Huhu.. Pak teh? Sayangnya, Aqidah demam. Ya Allah, segeralah sembuhkan Aqidah.


Kanak2, pas makan, korang tengok astro. Tu jer keje budak2 zaman skang ni. Aku? Tumpang sekaki skali..


Farhani.. Dah besar pun. Hani mesre ngan sepupunya hari ni? Harap2 dia kenal saya. Ni la akibat kalo tak diberi perhatian. Main surang2. Orang makan, dia duk control comey dia..


Pak cik, bakal pengantin yang menjadi tukang pukul gambar pengantin pada hari ni. Huh, bila la nak tangkap gambo pada hari tu..


Seronoknyer suasana macam gini. Kumpul ramai2. Borak2 sembang, tukar citer. Jumpa nek sedare, tok sedare. Lepak2 tengok bebudak main2. Kadang2 tak sangka dapat borak hal yang remeh dengan keluarga. Mesra.


Insan yang kusayangi. Nek Birat. Lama tak jumpa nek. Pengasuh saya semasa saya kecil. Berjumpa dengan nek, satu kucupan saya terima. Diperjumpakan lagi kami di kenduri. Allah2.. Insan ini yang membesarkan saya satu ketika dulu. Nek sebahagian daripada saya yang kini.. Hi2..


Ummi abah. Tak sangka kan, kadang2 kemesraan sesama keluarga dapat ditonjolkan di kenduri ini..

Semoga detik2 ini dapat saya hargai. Bila lagi nak berkumpul dengan keluarga. Hu2.. Oh Ramadhan.. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga diri ini dipertemukan lagi dengan keluarga beramai-ramai.

*Gambar kabur kan? Kenapa? Hehe..