bismillah Pictures, Images and Photos
03 Julai 2009

Permulaan Wahai Ustazah Sabrina

Bismillah..
3 Julai 2009. Hari ini sudah masuk 2 bulan Ustazah Sabrina mendidik kami. Mengajar subjek Perdagangan dan Bahasa Melayu. Amat lazim di maahad ini, seorang guru memegang 2- 3 subjek. Respek. Menggantikan Ustazah Zaliza yang bercuti pantang. Huhhu.. Ustazah, dikau tak pernah marah kami semenjak permuan pertama denganmu. Tempoh 2 bulan yang singkat ini, pelbagai macam ragam pelajar dikau hadapi. Tapi ustazah tetap sabau. Relax2, happy go lucky. Perpisahan kita pada hari ini bukanlah kali terakhir berjumpa ustazah di maahad ini. Tapi satu permulaan bagi ukhwah yang sudah terjalin.. InshaAllah..

(Chewah, masih belajar menukilkan kata2..)

Pagi selepas tazkirah, ustazah teragak-agak menerima hadiah pemberian pelajar. Sepanjang-panjang hari ini, pelajar semakin eratkan tali kemesraan dengan ustazah, lebih erat, sebelum berpisah dek kejauhan jarak.. (Huu~) Sehari sebelum hari terakhir ini, Alhamdulillah, sempat juga diri ini meminta maaf atas segala silap dan salah sepanjang ustazah mengajar. Dan hari ini, dapat juga diri ini mendakap dan mencium tangan insan yang mendidik diri ini..


Hanya ini yang dapat dinyatakan. Doa serta ingatan mengiringi..

Tidak dilupakan, oleh kerana dikau 'memarahi' (erti kata lain) pelajar yang memekak di belakang, ukhwah saya dan kawan2 lain dieratkan. Aaah~ Semuanya tinggal memori untuk diambil sebagai iktibar..

"Belajar rajin2 ok.. Gudluck.."

Tiada ulasan: